Thursday, 14 August 2014

Jatuh Cinta Kali Pertama Makan Daging Pekasam Masak Lemak Cili Padi

"Pekasam" pertama kali dengar ingatkan ikan pekasam je, rupanya daging pekasam pon ade jugak. kali pertama makan masak lemak daging pekasam nie kawan saya Put yang buat. Ada 1 malam die ajak tidur umah dia dan janji dinner die nak masak lauk nie. 

Mula2 tu macam sedap ke lauk nie? macam mane rasenye? sbb xpernah pon makan. Malam tu dia masak la, tup tup tgok dia keluarkan daging dari bekas tupperware tertutup kemas. Rupanya daging tu dia perap.. khusyuk duk tngok dia masak macam lauk biasa jugak. dah siap tu dia hidangkan dengan nasi panas2 kawan sorg lagi nama nida, dia masak" kacang botol goreng pedas berapi". Sebab ape berapi sbb pedas giillleerrrr..!! klau dibiarkan berpuluh-puluh cili api dia ltak..so makan malam pada malam itu merupakan makan malam yang paling tidak dapat dilupakan kerana lauk yang dihidangkan sampai sekarang saya ingin. memang tak malu dah duk tambah nasi. Makan nasi sama laju dgn air mata yang keluar sebab lauk-lauk yang dimasak oleh sahabat-sahabatku ini memang peedddaassss tapi seedaddaaappp. 

Setiap kali jmp diaorg mesti minta masak 2 lauk nie. Korang masak memang taraf-taraf mak nenek. Sedap xdapt nak digambarkan. Lps 2, 3 kali duk makan lauk nie umah dorg, terlintas la untuk belajar sendiri buat lauk nie, nnti senang kalau teringin je nak makan, boleh beli bahan dan terus masak. So, kat bawah nie antara bahan-bahan yang diperlukan untuk masak  Daging Pekasam Masak Lemak Cili Pada 

BAHAN-BAHAN:

* 400gm daging | hiris lebar-lebar
* 7 biji cili padi | ditumbuk (lebih pn boleh kasi berapi..hehehe)
* 4 biji bawang merah | ditumbuk
* 1 inci kunyit hidup | ditumbuk
* 2 batang serai | dititik
* 150ml santan cair
* 100ml santan pekat
* 1 keping asam keping
* 1 helai daun kunyit | disiat-siat
* Garam kasar secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Perap daging dengan garam kasar dan asam keping. Susun berselang
seli dengan asam keping. Biarkan seminggu untuk menghasilkan daging
pekasam.

2. Masukkan bawang merah, serai, kunyit hidup, cili padi, santan cair
dan daging pekasam ke dalam periuk. Reneh seketika sehingga daging
menjadi separuh empuk.

3. Apabila daging sudah separuh empuk barulah dimasukkan santan
pekat, garam, asam keping dan daun kunyit. Kacau sehingga santan
berwarna kuning.
xde la susahk sangatkan? ok la u'olls, selamat mencuba :-) Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment