Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Friday, 14 August 2015

3 Tips Memilih Baju Untuk Orang Kurus Supaya Kelihantan Sedikit Berisi.

Miliki bentuk tubuh dan berat badan yang ideal merupakan satu keinginan dan impian yang dimiliki oleh semua orang. Karana dengan memilikinya maka kita akan lebih mudah dalam me”make over” diri kita seperti apa yang kita inginkan. Terutama dalam menjaga penampilan yang kita miliki dari segi pakaian. Mungkin ramai di antara kita yang selama ini menganggap bahawa permasalahan pemilihan tubuh hanya dirasakan oleh mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau orang gemuk saja. Mereka yang memiliki bentuk badan yang kurus juga mempunyai masalah yang hampir serupa ketika hendak memilih pakaian yang akan dikenakannya.


Oleh sebab itu lah, saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai tips memilih baju untuk orang kurus. Di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Tips memilih baju untuk orang kurus yang pertama yang akan saya kongsikan di sini adalah memilih ukuran baju yang sesuai. Sesuai yang saya maksudkan di sini adalah jangan memilih baju yang terlalu press body dan jangan terlalu longgar karana ia akan memberikan kesan yang buruk bagi penampilan anda. Sebaiknya anda harus memilih ukuran baju yang sedikit lebih besar dari ukuran tubuh anda untuk menghilangkan kesan “kerempeng”. Namun, seperti yang saya katakan jangan berlebihan, karana baju yang tampak kendur  atau longgar akan membuat tubuh anda nampak semakin kurus.

2. Jika anda memilih baju yang memiliki motif garis – garis. Maka sebaiknya anda memilih baju dengan motif garis melintang atau horizontal dan sebaliknya anda sangat disarankan untuk tidak memilih baju dengan motif garis vertikal atau tegak lurus. Kerana garis-garis yang melintang pada baju akan memberikan kesan terlihat lebih gemuk pada penggunaannya, sedangkan garis vertikal akan membuat tubuh anda tampak semakin kecil atau kurus.

3. Pilih bahan yang mampu membuat tubuh anda nampak berisi. Memilih baju yang tebal namun diperbuat dari bahan yang sekesa adalah salah satu alternatif berpakaian terbaik yang sebaiknya dilakukan oleh orang yang memiliki tubuh kurus. Alasan pertama adalah karana dengan kain yang tebal dan selesa, bentuk tubuh yang anda miliki tidak akan kelihatan dan anda akan terlihat lebih berisi. Alasan kedua, jika anda memilih untuk memakai sehelai baju yang nipis apalagi yang tembus pandang, hal tersebut sama saja dengan mempamerkan tubuh kurus yang anda miliki. Sehingga akan menciptakan sebuah kesan yang tidak elok dipandang, baik bagi anda sendiri maupun orang yang kebetulan melihat anda. Jadi sebaiknya, yang harus anda lakukan adalah dengan selalu menyedari bagaimana harusnya anda memilihkan baju dengan bahan tertentu untuk tubuh kurus yang anda miliki tersebut.

4. Anda juga dicadangkan untuk mengambil vitamin untuk menambahkan berat badan. Antara vitamin yang saya ambil untuk menambahkan berat badan saya ialah Vitamin Shaklee. Antara Vitamin tersebut ialah:


Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang hebat sebagai suplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.


Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Meal Shakes - Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.


Anda perlu mengambil Vitalea, B Complex dan Meal Shakes mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selapas sebulan.
Demikianlah tadi, beberapa tips memilih baju untuk orang kurus dan tip untuk menambahkan berat badan anda. Semoga dengan tips ini anda dapat memperbaiki penampilan anda menjadi lebih berisi dengan memperhatikan beberapa tips yang saya sampaikan di atas.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

Friday, 3 July 2015

Petua Tambah Berat Badan Kanak-Kanak Supaya Nampak Comel

Sering kali ibu bapa menghadapi masalah untuk tambah berat badan anak-anak. Ini kerana anak-anak tidak mempunyai selera makan dan lebih berminat untuk mengambil makanan yang kurang zat dan vitamin seperti makanan segera atau jajan. Ibu bapa harus peka terhadap berat badan anak-anak. Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus atau pun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh comel dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa perlu mencari jalan untuk tambah berat badan anak-anak supaya segala zat dan serat cukup untuk tubuh badannya.


Cara Untuk Mengetahui Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
  • Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.


Faktor Kekurangan Berat Badan Kanak-Kanak

1. Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan       makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan                       sebelumnya.
2. Penyakit seperti jangkitan cacing.
3. Tekanan.
4. Senaman yang berlebihan
5. Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang           menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan           mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
6. Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Petua Tambah Berat Badan Kanak-Kanak


1) Meal Shakes

• Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
• Menambah selera makan anak
• Anak tak mudah kerap jatuh sakit
• Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
• Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
• Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
• Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein – untuk perkembangan tulang yang sihat
• Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french vanilla dan teksturnya seperti susu tepung
• Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
• Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
• Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

☆ Kanak-kanak sedari usia setahun sudah boleh mengambil meal shake shaklee (yang tidak menyusu badan) sebanyak satu sudu teh yang kecil. Anak-anak yang minum susu ibu tak digalakkan bancuh dengan susu ibu, kerana ada kemungkinan anak akan tolak terus minum susu ibu selepas itu sebab rasanya yang berlainan.

☆ Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sukatannya sedikit sahaja setiap hari untuk membantu mengekalkan perlindungan system imun pada tahap terbaik.

2) B Complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

3) Vita Lea

Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai ” Explo-tab”. Jadi ianya merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia larut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea dipilih oleh Center for science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:


FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum


Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

Tuesday, 18 November 2014

Cara Atasi Rambut Gugur Supaya Tak Nampak Muka bulat Sebab Rambut Nipis

Sakit mata tak tengok rambut gugur merata-rata atas lantai? dalam bilik ada, dalam tandas ada, mana-mana pergi, ade je. So, macam mana nak atasi rambut gugur nie??? macam-macam syampu dan guna, tambah dengan perapi lagi. Yang mahal, yang murah semua beli. Tapi tak boleh juga atasi rambut gugur nie. Bila sikat je rambut, banyak rambut yang lekat dekat sikat, dah macam sakit leukemia dah. Nak tahu cara atasi rambut gugur?? jom bace lagi..




Jadi meh sini saya nak kongsikan salah satu cara yang anda boleh atasi rambut gugur adalah dengan cara mengamalkan supplement / Vitamin dari. Saya cadangkan amik supplement dari Shaklee sebab memang semula jadi tak de tambah perisa atau bahan kimia, dah 50 tahun umur Shaklee nie, mamang terbukti berkesan.

Kalau buat tak tahu je, biarkan je rambut tu terus gugur,lama kelamaan rambut yang gugur tu, boleh la kumpul, pastu pergi jual buat rambut palsu, pastu kita pulak pergi beli rambut palsu tu nak tutup kepala yang hampir botak nie..ish..ish..ish..tak sayang ke dengan rambut awak tu? nak ke muka cantik tapi kepala botak? kat luar boleh la tutup pakai tudung, kalau kat rumah dengan suami?? maluuu la awak oiii...

Nak tahu apa Supplement yang diperlukan untuk rambut gugur?? Taadaaa...

Yang Nie Set Badget




B-Complex - Satu komponen kumpulan kompleks B, Biotin sering dirujuk Vitamin H atau vitamin rambut. Ini kerana ia menggalakkan pertumbuhan rambut dan menghalang keguguran. Ia berfungsi untuk memetabolismakan asid lemak yang menjana pertumbuhan dan pembaikan folikel rambut, sekali gus mengurangkan kerosakan folikel yang disebabkan oleh DHT.


Zinc-Complex
  • Membina sel-sel sihat 
  • Mengawal hormon 
  • Membantu dalam penyerapan nutrien lain 
Satu lagi sebab penting yg perlu kita tahu kenapa kita memerlukan zink yg cukup terutama apabila menghadapi masalah keguguran rambut adalah zink diperlukan oleh seluruh badan. Sebahagian besar daripada jumlah zink dalam badan kita terdapat dalam folikel rambut. Tetapi zink juga digunakan di tempat lain, untuk penglihatan, ingatan, bau dan rasa, penghadaman, dan lain-lain Jika kita kekurangan zink, badan anda akan mengmabil folikel rambut pertama untuk memastikan zink boleh digunakan untuk proses yang lebih penting dari segi biologi.


Full Set, Termasuk Shampoo



~ESP : ESP adalah serbuk protin. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat.

~Bcomplex: Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. Bcomplex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur.

~Zinc: Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal.Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

~Revitilizing Shampoo: Shampoo untuk mengatasi masalah rambut & kulit kepala. Istimewanya shampoo ni ia adalah bebas paraben, bebas SLS.

Kalau duk biarkan lama-lama, tak nak cari jalan penyelesaian rambut yang gugur tu, terima la hakikat yang awak akan nampak tua dari usia, tak pakal-pasal jadi macam Mah, suami  lagi terpikat dengan janda anak ramai Zulaikha tu sebab Mah tak pandai nak cantikkan diri untuk suami. alahaii mintak jauh la jadi macam tu..

Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Thursday, 13 November 2014

Jangan Pelik Jika Anda Tidak lagi Stress Dan Letih Selepas Mengambilnya.

Mesti anda terfikir apa yang perlu dilakukan untuk tidak lagi stress dan letih. Entry hari nie saya akan kongsikan dengan anda tajuk jangan pelik jika anda tidak lagi stress dan letih selepas mengambilnya. Mengambil apa tu? kena baca sampai habis..hihihi.  Pernah kan rasa lemah, mengantuk dan tak bermaya? Asyik stress je. Muka pun nampak letih.

Kalau ibu menyusu tu normal la sebab selalu berjaga malam bagi susu dekat anak kan? mesti la tak cukup tidur,letih dan stress anak menangis nak susu tengah malam. Esoknye mesti letih sebab tak cukup tidur. Tapi macam mana pulak bagi yang tak ada anak lagi? tidur cukup, tapi nak bangun pagi tak bertenaga, liat semacam je. Sepatutnya pagi-pagi la kita rase cergas bertenaga selepas mendapat rehat yang cukup. Jangan bimbang, lepas anda bace entry nie, anda tidak lagi stress dan letih.




Datang office atau pergi kelas lambat. Lepas breakfast dengan lunch mula la nak cari bantal. Yela perut dah kenyang, mata mula mengantuk. Kerja kat office pun buat ala-ala kadar je. Kalau student, Lecturer kat depan mengajar memang tak masuk apa dah dalam kepala. Kalau keadaan macam nie, tengok result exam nanti lagi la stress.

Jadi apa yang perlu dibuat kalau mengalami keadaan begini? Nak biarkan je. Tak apa lah nak stress pun, tak apa lah asyik mengantuk je, asalkan dapat makan, dapat gaji. No..no..no..jangan jadikan ianya habit. Cuba cari jalan untuk keluar dari keadaan ini.

So kita kena lakukan sesuatu, contohnya kalau hari minggu atau ada masa lapang pada waktu petang, buatlah senaman ringan yang ringkas, yang dapat mengeluarkan peluh. Buat regangan yang dapat mengejutkan urat-urat sarat yang dah lama membeku tu.

Selain senaman, jaga pemakanan anda, kat bawah nie contoh makan yang dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan stress serta badan letih. Lepas baca entry nie, terus pergi kedai cari semua makanan nie jika anda stress.





Selain itu, saya sangat cadangkan dan cara ini paling senang iaitu dengan mengambil vitamin / supplement yang dapat menghilangkan stress dan dapat memberikan anda tenaga. Buang jauh-jauh rase mengantuk dan lemau badan tu. Vitamin dan Supplement yang saya cadangkan ialah B-Complex Shaklee.




  • Vitamin B1 : mengurangkan kelesuan,keresahan,mempertingkatkan kecerdasan mental,melancarkan peredaran darah,meningkatkan stamina badan,menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisme
  • Vitamin B2 : mengurangkan keletihan mata,katarak,jangkitan lidah,membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
  • Vitamin B3 : mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah,memperbaiki kesihatan kulit,rambut,sistem pencernaan dan mengelakkan depresi
  • Vitamin B5 : mengurangkan stress fizikal dan mental,membantu mengurangkan penuaan pra matang
  • Vitamin B6 : penting dalam proses asid amino,mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi) ,mengurangkan senggugut,menenangkan emosi,mengurangkan kekejangan otot
  • Vitamin B12 : meningkatkan selera makan,memperbaiki tindakbalas saraf,mengelakkan anemia,keletihan,baik untuk kecerdasan otak,kekuatan fizikal,memori,fokus dan keupayaan seksual
  • Biotin : membantu B Complex menjadi lebih efektif,mengurangkan rabun,rambut beruban,ekzema dan keradangn kulit
  • Asid Folik : kesihatan fetus,mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks,anemia,stress,ulser mulut
B-Complex merupakan salah satu Vitamin / Supplements yang sangat bagus untuk memberikan kesegaran dan memberikan ketenangan kepada. Satu lagi keistimewaan B-Complex ialah ianya diperbuat dari bahan semulajadi dan tak ada pun campuran bahan kimia. Terbukti selamat dan berkesan. 

Jadi apa tunggu lagi? tak kan nak tunggu stress tu melarat. Tak kan nak tunggu badan asyik letih dan lemah je. Kalau berterusan macam nie, muka pun tak berseri. huhuhu..bertindak segera. Jadikan setiap hari merupakan hari yang indah dalam hidup anda. Cipta lah lebih banyak kenangan manis. Jangan sia-siakan hari anda dengan stress.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.






Wednesday, 12 November 2014

Lupakan Penat Dan Stress Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Anda nak kekal bertenaga sepanjang hari? tugas di pejabat yang memerlukan perhatian anda? meeting sana sini sampai makan pun tak sempat, atau anda seorang pelajar yang mempunyai kelas yang penuh sepanjang hari? mesti penat untuk menghadapi keadaan ini kan? Nak-nak pula kena drive jauh-jauh, kerja kat Wangsa Maju, tapi tinggal kat Pelabuhan Klang, nak hadap jem lagi. Penat mental dan fizikal kalau mcm nie.



Oleh sebab itu lah anda perlu kekal bertenaga. Bila dah penat dan stress, kekusutan dan terpancar diwajah anda yang akan mengakibatkan anda akan nampak lebih tua dari usia. OOhhhh tidak..!!! 

Tak mungkin seorang yang bekerjaya atau seorang pelajar mahu nampak tua dari usia kan? jadi kena lah cari jalan macam mana untuk kekal bertenaga sepanjang hari walaupun jadual anda padat. 

Meh sini saya nak site salah satu cari untuk anda kekal bertenaga ialah dengan mengambil Vitamin atau supplemet. Tapi kena lah pilih vitamin yang semulajadi. Jangan sesekali amik vitamin yang ada bahan kimia tau. tak pasal-pasal akan jejaskan kesihatan anda pulak.



Kat sini saya cadangkan anda mengambil vitamin atau supplement shaklee kerana ianya semulajadi dan terbukti berkesan. Tak caya?? kena la try..Jom kita tengok apa fungsi dan kelebihannye yang dapat membantu anda.




Vitamin Untuk Tenaga (Energy Booster)

Vit B-complex, C, E & zinc adalah kombinasi yang bukan sahaja efektif untuk 'energy booster', tetapi juga memastikan tenaga itu berkekalan (endures) bagi membolehkan kita tidak merasa letih dengan tugas seharian yang mencabar.

Bagi seseorang yang mempunyai gaya hidup yang sibuk, tidur lewat, pemanduan jarak jauh, aktiviti tanpa henti dan lain-lain, 'stress' ini akan menyebabkan vitamin seperti B-complex & E hilang dengan cepat dari badan. Oleh sebab itulah kita memerlukan supplemen vitamin kumpulan ini setiap hari untuk menimbal balik kehilangan vitamin akibat 'stress' daripada rutin seharian yang padat. Disebabkan itu jugalah B-complex juga dipanggil vitamin anti-stress.
Vitamin B-complex membantu meningkatkan metabolisma badan bagi menghasilkan tenaga daripada makanan, Vitamin E pula mengekalkan kesihatan badan yang baik, vitamin C meningkatkan antibodi badan terhadap virus/jangkitan penyakit & zinc merupakan antioksidan menentang radikal bebas daripada merosakkan sel badan kita.

Haa..apa tunggu lagi? bertindak la sekarang. Mesti ada mahukan semua tugas harian anda berjalan lancar dan anda kekal bertenaga sepanjang hari.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Tuesday, 11 November 2014

Mandilah Sebelum Subuh Jika Mahukan 10 Kebaikan Ini

Pada waktu pagi, mandi sebelum subuh, selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan, betul tak? Tapi saya sangat jarang mandi dengan "water heater" nie, yela masa kecik-kecik kat kampung dulu, kat rumah tak ada 'Water heater", Kalau nak mandi time hujan, nak pergi sekolah, mintak umi masakkan air je, dapat la mandi air panas sebelum subuh. Kenapa kena mandi sebelum subuh? Sebab banyak kebaikan jika kita mandi sebelum subuh.



Tapi, arwah nenek marah sangat kalau mandi air panas tak kira la waktu sebelum subuh ke, time hujan ke, sebab die kata kulit akan jadi kecut kalau kerap mandi dengan air panas. Tu petua orang dulu-dulu. Sampai la dah besar sekarang, tak ada pun "water heater"kat rumah, kalau menginap di hotel pun, tak guna "water heater" sebab dah biase mandi air sejuk, dan duk ingat petua nenek tu. hehehehe tak nak kulit kecut..itu lah salah satu kebaikan mandi sebelum subuh tapi jangan mandi guna air panas.

Nak tahu lagi apa kebaikan mandi sebelum subuh? kat bawah nie saya sediakan 10 kebaikan mandi sebelum subuh:


1) Kulit lebih lembut dan halus
Jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus. Betul la cakap arwah nenek dulu, kena mandi dengan air sejuk..pandai betul nenek saya..hehehe




2. Meningkatkan Gula Dalam Darah
 Kandungan ‘al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.

3. Mencegah Penyakit Hati Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.

4. Membekalkan Vitamin Kepada Tubuh Badan
Tabiat mandi di subuh hari dapat membantu kita membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan dan ia sangat bagus untuk menjadikan badan kita lebih segar dan sihat.

5. Membekalkan Tenaga Kita digalakkan untuk bangun awal pagi. Sebaik-baiknya adalah sebelum subuh dan mandi kerana ia mampu membantu dalam membekalkan tenaga dan mencergaskan tubuh badan kita. 

6. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.




7. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

8. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

9. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

10. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


Kalau susah sangat untuk bangun mandi sebelum subuh, anda boleh cuba Supplement Shaklee iaitu:



  • Sesuai untuk mereka yang selalu stress, keletihan, mudah mengantuk, bisa-bisa di kaki, sakit tumit, sejuk-sejuk badan dan sukar bangun tidur.
  • Sesuai untuk semua golongan yang memetingkan kesihatan - lelaki, wanita, pelajar, wanita mengandung, menyusukan anak dan warga emas.
  • Sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan tumbesaran anak yang dikandung mahupun disusukan.
  • Sangat tepat untuk mereka yang sibuk dan gaya pemakanan seharian yang tidak sihat dan tidak seimbang.


Banyakkan kebaikan yang kita akan dapat kalau mandi sebelum subuh? Kalau mandi selepas subuh, badan akan terasa lemau, letih dan tidak bermaya walaupun kita mendapat rehat dan tidur yang cukup. Kalau mandi sebelum subuh juga, kulit kita akan nampak kusam dan tidak berseri..Eeeewwuu tak la jadi macam tu kan?

Kalau tak nak dapat kesan buruk begitu, amalkan lah mandi sebelum subuh, bukan setakat dapat semua kebaikan ini, tapi kita juga mengikut Sunnah Nabi.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Tuesday, 4 November 2014

FAQ: B-Complex Shaklee

Kita selalu diberitahu vitamin B banyak khasiat dan kelebihannya. Untuk semua golongan tak kira kanak-kanak hinggalah orang yang berusia. Shaklee pun ade vitamin B Vitamin B Shaklee dipanggil B Complex. Terdapat banyak kelebihan dan manfaat B Complex Shaklee yang membuatkan ianya sangat berbaloi utk dimiliki.



Sebelum kita lihat dengan lebih terperinci tentang B Complex Shaklee, kita lihat dulu manfaat vitamin B secara umumnya

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?
Vitamin B1
  • Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
  • Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
  • Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
  • Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
  • Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
  • Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee. Antaranya;
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B? Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?
  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?
  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?
  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?
  • Ibu yang menyusukan
  • Ibu yang hamil 
  • Ibu yang sedang berpantang 
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat 
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak 
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut 
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Monday, 3 November 2014

Supplement Shaklee Untuk Penghidap Thalassemia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pernah anda dengar tentang penyakit Thalassemia? Andakah anda memandang serius atau tidak tentang penyakit ini? Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang Penyakit Atau Penghidap Thalassemia. Thalassemia merupakan penyakit keturunan yang tidak dapat disembuhkan. Pencegahan penyakit Thalassemia dapat dicegah atau dikurangkan jika setiap orang melakukan pemeriksaan atau skrining Thalassemia. Biasanya pemeriksaan ini akan dibuat jika pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Ade ke Supplement Shaklee yang boleh merawat Thlassemia? Apa fungsi Supplement Shaklee untuk Penghidap Thalassemia?






Apa itu Thalassemia?

Thalassemia merupakan penyakit kelainan darah yang diturunkan / diwariskan, kerana adanya kelainan genetik yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem rantaian darah. Akibatnya, penghasilan hemoglobin berkurang, keadaan sel darah merah mudah rosak atau jangka hayatnya lebih pendek dari usia sel darah merah normal (<120 hari), sehingga penderita akan mengalami gejala anemia / kurang darah.


Punca Thalassemia 

Adanya kelainan/perubahan/mutasi pada gen globin alfa atau gen globin beta, sehingga penghasilan rantaian globin tersebut berkurang dan sel darah merah mudah sekali rosak.


Simptom Thalassemia
  • Anemia -Pucat, sukar tidur, kurang nafsu makan, jangkitan yang sering berulang.
  • Jantung Berdebar -Jantung bekerja keras untuk memenuhi keperluan hemoglobin dan semakin lama jantung akan menjadi lemah dan mudah berdebar-debar
  • Tulang Tipis dan Rapuh -Sel darah dihasilkan dalam sumsum tulang. Pada keadaan thalassemia sumsum tulang dipaksa bekerja lebih keras untuk pembentukan hemoglobin lebih banyak. Dalam kes thalssemia berat (mayor), dari segi luaran penderitanya mengalami “facies cooley”.

Kenali Thalassemia Melalui Panel Ujian Saringan Thalassemia

Panel Thalassemia merupakan serangkaian pemeriksaan yang dilakukan untuk mengetahui kemungkinan thalassemia. Pemeriksaan ini terdiri dari:
  1. Hematologi rutin– Untuk mengetahui nilai MCV-volume hemoglobin dalam sel darah merah dan MCH-konsentrasi hemoglobin di dalam sel darah merah
  2. Gambaran darah tepi– Untuk melihat morfologi eritrosit (bentuk/gambaran sel darah merah)
  3. Analisis Hb– Untuk mendeteksi hemoglobin yang abnormal, baik jumlah produksi maupun jenisnya
  4. Badan inklusi HbH– Untuk mengenal kemungkinan pembawa sifat thalassemia atau HbHdisease
  5. Ferritin– Untuk mengetahui apakah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi, penyakit kronik atau thalassemia
  6. Ujian DCIP– Untuk mengenali kelainan hemoglobin varian HbE

Rawatan Yang Diberikan
Pesakit Thalassemia mayor memerlukan perhatian lebih khusus. Pada umumnya, penderita thalassemia mayor harus menjalani pemindahan darah dan bergantung pada ubat seumur hidup.

Selain pemindahan darah, perlu diberikan ubat desferal (deferoxamine) untuk mengatasi penumpukan zat besi di dalam organ tubuh akibat pemindahan darah berulang dalam waktu lama. Ubat ini diberikan melalui suntikan di bawah kulit , yang dapat mengikat zat besi tersebut untuk dikeluarkan melalui urin.

Namun, cara ini sangat menyakitkan bagi anak-anak, namun pada zaman ini penemuan ubat tablet deferasirox sebagai pengganti suntikan infus desferal, yang dapat diberikan pada penderita berusia di atas dua tahun.


Cara Mencegah Thalassemia
  • Mencegah perkawinan antara dua orang pembawa sifat thalassemia
  • Memeriksa janin yang dikandung oleh pasangan pembawa sifat thalassemia, dan menghentikan kehamilan bila janin dinyatakan sebagai penderita thalassemia mayor
Bagi seseorang yang mempunyai masalah Thalasemmia, tidak digalakkan mengambil supplement yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula, Zinc Complex dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia. Namun supplemen yang harus diambil adalah: 



  • Vitamin B complex. Menurut pembacaan saya, Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. 
  • Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. 
  • OsteMatrix (Magnesium and vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.
  • Energizing Soy Protein juga disarankan kerana protien membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.
Jika anda salah seorang penghidap Thalassemia, buat lah ujian saringan dan ikhtiar lah dengan produk Shaklee, InsyaAllah dapat membantu anda, kawan saya seorang jururawat dan penghidap Thalassemia, Alhamdulliah setelah mengambil produk shaklee, masalah Thalassemianya telah berkurangan dan tidak perlu lagi menambah darah.



Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Thursday, 9 October 2014

Tips Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Halus, Lembut Dan Gebu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Bila bercakap mengenai kecantikan, semua wanita inginkan kecantikan, tidak kita usia muda atau pun tua. Mendapatkan kulit yang halus, lembut dan gebu menjadi impian dan dambaan kita. Jika anda telah dianugerahkan rupa paras yang cantik, kulit pula halus , lembut dan gebu, mungkin tiada masalah untuk anda. Namun bagaimana pula yang tidak bertuah seperti anda? Kulit bermasalah jerawat, jeragat, kusam dan tona kulit tidak sekata, mesti merasa rendah diri kan? pembagai cara dan rawatan yang akan dicuba, perbelanjaan juga mungkin banyak. Hari ini, sayan akan kongsikan dengan anda semua, tip bagaimana untuk mendapatkan kulit halus, lembut dan gebu.





Tips untuk mendapatkan kulit halus, lembut dan gebu. 

Tips semulajadi - anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan singkirkan toksik dalam badan kita. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup. Tidur seharusnya perlu sekurang-kurangya 8 jam sehari. Buat senaman ringan untuk mengelakkan stress dan melancarkan perjalanan darah. anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam seharian. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

Tips rawatan muka - amalkan membersih muka 2 kali sehari, iaitu ketika bangun tidur waktu pagi dan sebelum tidur malam. Gunakan toner yang sesuai sebab toner akan menyingkirkan lebihan minyak dan kekotoran di muka yang menutup pori2 kulit. Pelembap juga sangat perlu kerana pelembap boleh menjadikan kulit lebih glowing bagi jangka masa panjang.





Tips Pengambilan supplement - membantu merawat kulit dari dalam. Jika dalaman kita sihat, akan terpancar kesrian diwajah kita. Vitamin apa untuk dapatkan kulit lembut, halus dan gebu? saya mengamalkan Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex. Ini adalah antara vitamin yang paling mendapat tempat di hati wanita. Selain tu, vitamin itu, pengambilan ESP juga sangat penting kerana ESP adalah sumber protin, ESP sangat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jika sel kulit itu tidak diganti maka perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Lama kelamaan kulit akan menjadi bertompok-tompok dan tidak sekata.

Vitamin E adalah vitamin antioksidan. Penting untuk menjaga sel-sel agar tidak dirosakkan oleh radikal bebas. Kita memang tak nampak radikal bebas ni. Tapi kalau kita selalu terdedah kepada pencemaran, asap kenderaan, asap rokok maka faktor ini yang akan menyebabkan badan kita akan diserang radikal bebas. Sel-sel yang diserang radikal bebas ni akan menjadi tua dengan lebih cepat. Ia berkemungkinan anda akan nampak lagi tua dari usia anda.  

B- Complex juga harus diamalkan untuk dapatkan kulit halus, lembut dan gebu. kerana ia penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah yang tidak sekata. Jadi masalah warna tona kulit yang tidak sekata tidak akan timbul. Selain itu,  B-Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan dan dapat mengurangkan stress pada diri kita.

Untuk pengambilan supplement, anda harus mengambilnya dengan konsisten. Perlukan kesabaran yang tinggi kerana supplement bukan ubat, atau badan kimia yang apabila anda mengambilnya, ia terus berkesan dalam masa 3 hari. Supplement merupakan makanan tambahan yang membantu untuk menambah apa yang kurang dan diperlukan oleh badan kita. Insyaallah, jika anda sabar, konsisten dan mengambilnya dengan cara yang betul, anda akan mendapat kulit halus, lembut dan gebu seperti yang anda inginkan. Pilihlah SID yang berpengetahuan untuk consult anda tentang pengambilan supplement yang betul. 

Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Wednesday, 8 October 2014

Bagaimana Cara Untuk Hilangkan Jerawat Batu Dengan Berkesan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang bagaimana cara untuk hilangkan jerawat batu dengan berkesan. Bila cakap je pasal jerawat, mesti ramai yang tertarik sebab bagi saya yang pernah alami masalah jerawat batu, sangat sukar untuk sembuh dan sangat menyakitkan. Dulu macam-macam cara saya cuba untuk hilangkan jerawat batu dan pelbagai produk saya gunakan. Tetapi ternyata hampa dan membazirkan wang ringgit. Kadang-kadang, jerawat tu lagi banyak yang naik kat muka. Muka nampak kotor sebab ade kesan bekas jerawat.Selain itu, darah dan nanah yang ada dalam jerawat tu pun nampak muka kotor. memang sakit dan berdenyut-denyut, lebih-lebih lagi kalau ada dekat dahi, nak sujut solat pun sakitt sangat.




Punca jerawat batu terjadi adalah kerana banyak kotoran sedang berlapik di bawah permukaan kulit, di mana tunjangnya jauh bersambung kepada sarang resdung yang bertempat di sekitaran tengkuk. Kawasan ini berupaya menyimpan banyak stok kuman sebab ia adalah tempat utama perjalanan di antara dua hala iaitu - tempat makanan tiba di mulut, di kunyah kemudian baru dapat lalui tekak / kerongkong (setelah dah hancur), lepas tu baru boleh lalui bahagian dada (hati, jantung) sebelum jatuh jauh ke dalam di perut - usus tempat pem'proses'san. Jerawat batu selalu datang dalam keadaan bernanah. Jadi, hari ini saya kongsikan bagaimana cara saya hilangkan jerawat batu dengan berkesan.  



1. Vitamin C
~ Juga sejenis vitamin antioksidan
~ Mengecutkan jerawat dan menghaluskan kulit
~ Membantu dalam penghasilan collagen
~ Mencaerahkan kulit dan mengekalkan kelembapan kuli muka


2. Vitamin B complex
~ Patut ditambah dalam diet untuk mendapatkan kulit cantik
~ Meningkatkan segala fungsi tubuh badan.
~ Jika beberapa fungsi dalam badan tidak berjalan lancar, kesannya boleh dilihat pada kulit. Kulit          nampak kusam dan tidak sihat
~ Mengangkut oksigen ke kulit, ini membantu menghalang pembentukkan jerawat


3. Vitamin E
~ Terkenal sebagai vitamin untuk kesihatan kulit
~ Sejenis vitamin antioksidan yang effektif.
~ Membantu melawan radikal bebas dalam tubuh badan
~ Radikal bebas adalah foktor utama berlakunya penuaan kulit dan Vitamin E diperlukan untuk              meneutralkan radikal bebas ini
~ Memudarkan parut dan menjadikan kulit muka lebih lembap dan berseri


4. ESP
~ Kenapa perlu ada ESP? ESP ni adalah protein yg boleh memperharui sel-sel lama dengan sel-sel        baru samada di bawah kulit atau di atas kulit, dengan ini proses untuk pengecutan jerawat dan              memudarkan parut lebih cepat dengan ESP.
~ Kenapa  saya cadangkan ambil ESP bersama set kecantikan? ESP adalah sumber protein yang mana penting untuk pertumbuhan sel-sel baru yang sihat. Sel kulit kita akan bertukar setiap 21 hari, jadi      penting untuk kita mengambil protein yang berkualiti supaya sel-sel baru kulit kita juga berkualiti      seterusnya menyumbang kepada kulit yang lebih cantik, halus dan gebu.
~ Parut-parut kat wajah kita tu juga wujud disebabkan oleh sel-sel kulit yang dah mati namun tak          diperbaharui. Dengan ESP, sel-sel kulit yang dah mati atau rosak akan disingkirkan dan digantikan    dengan sel-sel yang baru. Jadi, penting untuk kita ambil ESP untuk kesan yang lebih bagus.


Testimoni Pengguna Yang Telah Bebas Jerawat Batu


Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Monday, 6 October 2014

Kenali Tanda-Tanda Stress Dan Cara Menangani Serta Cara Merawatnya

Stress sering berlaku jika anda tidak dapat mengawal perasaan dan pemikiran anda. Kenali tanda-tanda stress dan cara menangani serta cara merawatnya supaya stress anda tidak memudaratkan kesihatan anda. Tanda-Tanda Stress Dan Cara Menangani Serta Cara Merawatnya anda boleh kenali dengan membaca entry ini. Mungkin dengan cara ini anda dapat menyedari dan mengenali tanda-tanda stress dan cara menangani serta cara merawatnya.



Apa Itu Stress?
Stress didefinasikan  sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. 

Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah:

Fizikal
  • Kering mulut
  • Gementar
  • Sakit Kepala
  • Masalah tidur
  • Perubahan Selera Makan 
  • Cepat Letih
  • Lenguh-lenguh Badan
  • Jantung Berdebar-debar
  • Pernafasan Menjadi laju
  • Sakit Perut
  • Cirit-birit
  • Sembelit

Tingkah Laku
  • Merokok Berlebihan
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah
  • Masalah Tabiat Makan
  • Tingkahlaku Agresif Seperti Buli dan Vandalisme

Psikologikal
  • Gelisah
  • Cepat Marah
  • Lemah Semangat
  • Bimbang
  • Kurang Daya Tumpuan
  • Mudah Lupa
  • Takut Gagal
  • Rendah Diri
  • Keresahan
  • Tidak Merasa Seronok
  • Bosan
  • Low Mood dan Murung


Supplemen Kurangkan Stress - Vitamin B Complex Shaklee

Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur. B Complex Shaklee juga mengurangkan stres dan risiko penyakit-penyakit kronik.



Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress
B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.
Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma.

Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee 
B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

  • Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.
  • Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 
  • Vitamin B5~ mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya
  • Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual
  • Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit
  • Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 
  1. Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.
  2. Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 
  3. Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.
  4. Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.


Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?

1) Menukarkan makanan kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut - B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata - B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut - B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8) Mengurangkan risiko mendapat Perleche - B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.

Kesimpulannya, kenali tanda-tanda stress dan cara menangani serta cara merawatnya untuk memastikan ianya tidak memudaratkan diri dan kesihatan anda. 

Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:


FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum


Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Sunday, 14 September 2014

Bagaimana Migrain Berlaku Dan Cara Merawat Yang Berkesan.

Bagaimana migrain berlaku? Adakah ianya merbahaya? Ramai menganggap sakit kepala hanya penyakit ringan, namun kecekapan kerja seseorang akan terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain dan sakit akibat ketegangan menjadi serius. Bagaimana migrain berlaku sering menjadi tanda tanya kepada pesakit dan tidak mengetahui mereka mengalami migrain. Bagaimana pula cara merawat migrain dengan berkesan?




Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.


Jenis-jenis migrain yang utama
1 - Classic migraine
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

2 - Common migraine
Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.

Sebab-sebab terjadinya migrain
Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Keturunan. Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).
  • Pemakanan. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain. 
  • Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang. 
  • Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. 
  • Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang. 
  • Hormon. Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun. 
  • Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid. 
  • Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain. 
  • Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain. 
  • Cara hidup. Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.
  • Pengambilan ubat. Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba. 
  • Perubahan cuaca. 
  • Cuaca terang matahari atau lampu. 
  • Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat. 
  • Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. 
  • Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.

Cara Merawat Migrain
Antaranya ialah:
  1. Jauhi bunyi bising, bau-bauan kerana ia boleh memburukkan lagi migrain anda.
  2. Cuba tidur seketika dalam suasana yang gelap dengan posisi yang anda selesa.
  3. Kurangkan pengambilan kafein dalam minuman anda, sebaliknya biasakan diri dengan pengambilan jus oren kerana jus oren membekalkan vitamin C dan ia dapat merawat migrain anda.
  4. Mandi tanpa menggunakan water heater, anda akan rasa lebih segar dan migrain anda akan beransur hilang.
  5. Lakukan solat dan berlama-lamalah semasa sujud kerana salah satu fadhilatnya ialah sangat baik untuk peredaran darah.


Bagaimana Set Migrain Shaklee Membantu




1. Ostematrix 120 biji RM61.00
Merupakan kalsium untuk membantu ritma jantung, menyelesaikan masalah insomia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran dan dalam pembekuan darah.

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot dan buah pinggang. Ia juga dapat mengurangkan kolestrol dalam darah.

Dalam Ostematrix juga mengandungi magnesium di mana ia dapat membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang iaitu salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.

2. B-Complex 120 biji RM53.75
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain.

Vitamin B lengkap dalam B-Complex bukan sahaja dapat mencegah migrain, malah dapat mencegah penyakit-penyakit lain juga seperti depresi, strok dan sebagainya



untuk mencuba sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Tuesday, 2 September 2014

Kenali Resdung Dan Cara Rawatan Paling Mudah Serta Berkesan

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.??? Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka. Kenali resdung anda Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.

Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. "Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang. Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara. "Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.

Resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya. Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung. Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.

Apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut. Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.

"Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.

Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut. Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda. Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.


Gejala resdung:

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:

* Keturunan / Baka
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.


Komplikasi Resdung:

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Oleh itu, jika anda mengalami Resdung, atau mengalami  tanda-tanda awal resdung, ikuti dan amalkan tip dibawah untuk mengawal resdung anda dari merebak.

Tip Mengawal Resdung :

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan - Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

Atau Anda Boleh Merawat Masalah Resdung Anda Dengan Mudah dan Berkesan Dengan:



Testimoni Pengguna




Berminat untuk mencuba sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.