Showing posts with label Herb-lex. Show all posts
Showing posts with label Herb-lex. Show all posts

Saturday, 8 August 2015

4 Tips Kekalkan Berat Badan Ketika Syawal Walaupun Menghadiri Banyak Rumah Terbuka

Assalamualaikum,

Entry kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua 5 tips Kekalkan Berat Badan Ketika Syawal Walaupun anda Menghadiri banyak Rumah Terbuka @ Open House atau pun kenduri kahwin.



Seperti biasa setiap tahun dalam bulan syawal nie tiap-tiap minggu ade open house. Ade jugak dalam 1 hari sampai 2 atau 3 majlis..tak termasuk dengan majlis kenduri kahwin lagi. Ternyata makanan yg dihidngkan membangkitkan selera. Apa lagi, tanpa rase bersalah pada tubuh badan, anda memonopoli makanan yang ada depan mata dan untuk memujuk hati, hanya akan berkata " tak pe la setahun skali je makan banyak macam nie". Tanpa anda sedar, tubuh anda bagai dipam-pam. Habis je syawal baru la menyesal sebab badan naik dengan mendadak dan perlu bekerja keras dengan diet, bersenam untuk kembalikan bentuk badan yang asal.



Tapi, bukan mudah untuk menurunkan berat badan anda supaya kembali ke jarum penimbang yang asal. Untuk menaikkan berat badan, anda hanya perlukan seminggu. Namun, untuk menurunkan berat badan, sebulan pun belum tentu turun lagi tau..

Jadi apa yang perlu anda lakukan? Kat sini saya akan kongsikan dengan anda ape tips yang saya amalkan.


1. Mulakan Dengan Makanan Ringan

- Sekali pandang, semua makanan nak rase kan? Jadi, kalau boleh, kawal pandangan anda, mulakan dengan makanan ringan seperti buah-buahan atau kuih-muih dahulu untuk mengalas perut, nanti tak ade la makan makanan berat dengan banyak sebab dah rase kenyang makan makanan ringan tadi.


2. Elakkan Mengambil Banyak Makanan Sekali Gus

- Selalu saya tengok ramai diantara kita yang mengambil pelbagai jenis makanan contohnya nasi, mee, kuih, buah, sampai 2 hingga 3 pinggan, alasannya dengan mengambil banyak, nanti tak payah untuk ulang alik mengambil makanan lagi. Keadaan ini sangat bahaya kerana anda berisiko menghabiskan makanan tersebut.


3. Pilih Makanan Yang Anda Inginkan Namun Kuantiti Yang Sedikit

- Semua orang mempunyai selera dan nafsu makan, apa yang saya lakukan, saya hanya akan memilih 1 menu sahaja dengan kuantiti yang diperlukan. Contoh Satey bersama nasi impit dan kuah kacang. Saya akan menghabiskan menu itu sahaja. Tiada lagi menu nasi, mee atau laksa. Jika anda ingin menu lain, anda boleh pilih. Tapi perlu ingat, ambil dalam kuantiti yang sedikit.


4. Amalkan Vitanim

 

- Tidak dinafikan saya juga mengambil makan yang mengandungi kolestrol yang tinggi ketika menghadiri majlis jamuan begini. Namun, apa yang saya buat selepas makan ialah saya akan mengambil Licithin atau Omega Guard untuk membakar lemak tersebut. Alfalfa atau Herblex pula sayan ambil untuk memudahkan proses detox atau pembuangan. Selepas lemak dibakar, ia perlu dibuang sepaya tidak memudaratkan tubuh kita. Seterusnya, ambil Cinch atau ESP untuk membina otot yang menggelebih akibat lemak yang telah dibuang tadi. ESP juga sangat bagus kerana memberi kita rasa kenyang, so, tak ade la pergi majlis nanti makan banya-banyak kan? sebab awal-awal lagi dan minum ESP.


Badan yang kurus serta mempunyai bentuk badan yang cantik memang menjadi idaman semua orang, lagi-lagi wanita. Anda sendiri yang bertanggungjawab pada tubuh badan anda. Bukan hanya untuk kelihatan cantik, tapi untuk cantik dalaman juga. Jumpa lagi di entry seterusnya bye...


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

Tuesday, 25 November 2014

Cara Hilangkan Nafas Berbau Supaya Orang Tak Panggil Mulut Longkang

Assalamualaikum,

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda cara hilangkan nafas berbau. Pernah tak orang tanya anda "You nie tak berus gigi ke? busuk la bau nafas you? atau pun anda yang menjadi mangsa kena tahan nafas bila bercakap dengan seseorang yang mempunyai nafas berbau. Haaa..yang nie tuhan je yang tahu betapa seksanya tahan nafas.

Bila nak bagitahu die yang nafas berbau, takut die terasa. So, kalau berdepan dengan orang macam nie saya akan bagi die gula-gula atau gula-gula getah yang ade papermint. Tapi sampai bila kan? esok lusa kena hadap die lagi. Jadi, die kena la tahu cara hilangkan nafas berbau.





Bila mengalami nafas berbau, memang sangat memalukan, nak-nak kalau bercakap dengan bos atau dengan pasangan. Apa tanggapan mereka kepada kita? mesti mereka fikir kita tak jaga kebersihan mulut.




Kadang-kadang tengok muka, kulit, semua cantik tapi bila bercakap dengan die, nafas berbau. Mustahil la kan kalau die tak berus gigi. Masa belajar dulu pernah kawan saya mengadu dengan saya yang ramai orang tak selesa dengan die disebab nafas die yang berbau.

Die selalu berus gigi selepas makan, tapi nafas die still berbau. Pastu saya tanya die, die ade masalah resdung x? then, die jawab ade. Jadi kat situ, saya bagitahu die yang salah satu punca nafas die berbau adalah disebabkan oleh resdung.


Punca Masalah Nafas Berbau 

Kekurangan Air Liur 
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Kekurangan air liur dalam mulut menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Antara sebab mengurangkan pengaliran air liur stress, pengambilan minuman beralkohol, kekurangan air dalam badan, dan yang menghidap penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru. 

Bakteria 
Bakteria yang wujud di dalam mulut hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino dan bakteria ini kemudiannya merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak. 

Gusi 
Gusi juga boleh menyebabkan masalah pernafasan berbabu busuk akibat jangkitan kuman,abscess, ruang lompang di antara gigi, ruang di antara gigi dan gusi atau akibat tampalan yang tidak sempurna dan gigi palsu yang kotor.

Jadi, nak tahu cara hilangkan nafas berbau? taadaaaaa....Supplement dari Shaklee


Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau. Alfalfa juga dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan dan bau nafas mulut.

Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria. Garlic Shaklee diproses secara semulajadi dibawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab, nafas berbau namun tablet garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau. 

Herblax – Seperti yang kita ketahui masalah nafas berbau juga berpunca daripada kesukaran membuang (sistem pencernaan yang kurang baik) Herb-lax Shaklee baik untuk pembersihan usus. 

Vitamin C - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus.

Cepat-cepatlah cari penawar kalau anda salah seorang mengalami masalah nafas berbau. Mesti terasa malu dan segan untuk bercakap dan orang sekeliling juga semakin menjauhkan diri dan mengelak untuk bercakap dengan anda.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.







Thursday, 10 April 2014

Set Pelawasan Herb-lex Dan OsteMatrix Untuk Dewasa Dan Mealshake Untuk Kanak-kanak



Set Pelawasan Herb-lex +  OsteMatrix Untuk Dewasa Dan Mealshake Untuk Kanak-kanak dari Shaklee membantu kita untuk mengatasi dan melegakan masalah pelawasan dan sembelit dari pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak sehingga lah orang dewasa. Set ini dirumus khas untuk membantu dan melancarkan pembuangan tanpa kesakitan dan kesusahan untuk membuang.
Selain membantu kita untuk mengatasi dan melegakan SEMBELIT,ia juga dapat mengurangkan PERUT BUNCIT dan juga secara tidak langsung membantu penurunan badan dengan cara yang selamat. InsyaAllah secara selamat kerana kesemua supplemen ini berasaskan sumber semulajadi dan semestinya bukan sintetik





1) Herblax

- Sesuai diambil oleh lelaki dan wanita
- Produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi
- Mengandungi 9 herba semulajadi dan menggalakkan pembersihan secara lembut dan terbukti                kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan dalam jangka masa panjang
- Ia membantu untuk mengelakkan sembelit
- Membantu pembersihan usus dan detoks
- Meningkatkan pelawasan pada sistem pencernaan
- Membantu mengempiskan perut
- Diambil setiap hujung minggu sahaja

Ostematrix

- Ostematrix Shaklee terdiri daripada kalsium, magnesium dan vitamin D
- Bagi wanita yang berpantang, ramai yang mengamalkan Ostematrix untuk mengelakkan sembelit
- Selain itu ia membantu untuk kita lebih mudah bangun di pagi hari


Meal Shake

-Membantu masalah penghadaman yang dialami kanak2 autisme yg berpunca dari pemakanan yg tidak        berkhasiat, pengambilan ubat-ubatan, sindrom usus bocor dan lain-lain penyebab.
- Tiada/ kurang selera makan.
- Memilih makan – tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian.
- Selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery.
- Mempunyai athma & bronchitis.
- Mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).
- Mengandungi fiber dan membantu dalam pelawasan.

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum



Saturday, 5 April 2014

Set Detox Shaklee Yang Berkesan










Toksin merupakan punca utama kepada pelbagai penyakit yang menyerang manusia. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin.

Toksin dalam badan manusia berpunca dari pendedahan kepada penggunaan bahan kimia yang berleluasa seperti racun perosak, racun serangga, baja kimia, pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa/pewarna tiruan dan sebagainya.

Simptom-simptom di bawah menunjukkan bahawa badan berkemungkinan mempunyai toksin yang berlebihan:

* Jerawat/kulit kusam
* Selalu berasa lesu dan tidak bertenaga
* Sakit kepala yang kerap dan berulang
* Rasa gatal
* Emosi yang bercelaru
* Radang pada kulit
* Alahan
* Ekzema 





Alfalfa Sebagai Pencuci Seluruh Badan
Antara penyahtoksik yang terbaik iaitu Alfalfa. Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh ke dalam tanah dan bertindak untuk detox keseluruhan badan kita. Alfalfa yang bersifat alkali boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.

Alfalfa bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan. Ia juga membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.


Garlic Sebagai Pencuci Darah
Garlic bertindak untuk mengeluarkan raksa daripada dalam badan dengan pantas. Selain itu, logam toksik yang lain seperti kadmium dan plumbum akan menaikkan tekanan darah jika tidak dibuang. Garlic mampu untuk menyahkan logam toksik.

Garlic Shaklee merupakan lain daripada yang terdapat di pasaran kerana bahan kimia yang terdapat dalam bawang putih iaitu Allicin masih terpelihara disebabkan proses pembuatannya menggunakan suhu yang rendah.


DTX Complex Sebagai Pencuci Hati
Hati merupakan organ badan kedua terbesar selepas kulit. Antara punca utama hati mengalami tinggi toksik adalah disebabkan oleh rokok.

Kandungan utama menyebabkan DTX Complex Shaklee lain daripada yang lain ialah diekstrak daripada biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reshi yang mempunyai antioksida yang tinggi. Iaitu berfungsi untuk menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protein untuk menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.


Herb-Lax Sebagai Pencuci Usus
Bertindak untuk membersihkan usus kita daripada sisa lemak dan toksik yang melekat di dalam usus ataupun colon. Herb-lax bertindak untuk meransang usus untuk mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis-najis yang tersekat ataupun tersimpan lama.

Selain itu, keberkesanan Herb-Lax menghilangkan bau badan, melegakan sembelit, mengurangkan masalah jerawat dan usus boleh berfungsi dengan keadaan baik.



Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Wednesday, 2 April 2014

Pelbagai Kebaikan OsteMatrix Dalam Set Combo





Fakta ringkas tentang OsteMatrix . Membekalkan:

1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan
Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.




Gangguan tidur akibat kekejangan sangat boleh mengganggu fungsi fisiologi. Beberapa penyebab kekejangan adalah :


  • Posisi kaki semasa tidur yang tidak betul, lantas mengganggu peredaran darah
  • Pengambilan ubat diuretik yang menggalakkan membuang air kecil lalu sekaligus menyebabkan kehilangan garam galian seperti potassium dalam badan
  • Penyakit seperti Addison's dan Parkinson's
  • Pesakit diabetes : pengambilan insulin boleh merendahkan aras potassium. Serta pesakit insulin juga mengalami aras magnesium dan sodium yang rendah. Ini memburukkan lagi keadaan
  • Pesakit arteriosklerosis, iaitu salur darah yang menyempit akibat pengumpulan plak kolestrol didinding arteri. Ini menyempitkan salur darah dan menjejaskan peredaran darah
  • Wanita mengandung terutamanya di trimester kedua dan ketiga (bulan ke4-9), selalu mengalami nocturnal leg cramp (kejang di waktu malam). Ini dipercayai disebabkan perkongsian kalsium + nutrien lain dengan bayi dan tekanan uterus (rahim) ke atas salur darah yang membawa darah dari bahagian bawah badan ke jantung.
  • Sesetengah kekejangan diwaktu malam pula masih belum diketahui puncanya

Jadi, bagaimana mencegah kekejangan?

  1. Minum air yang mencukupi
  2. Lakukan warm up sebelum melakukan senaman
  3. Mengamalkan diet yang sihat dan mengandungi unsur-unsur yang mencukup dalam mencegah kekejangan sepertipotassium (cth : pisang, avocado, kentang, soya bean),Vitamin D (cahaya matahari) dan kalsium (cth : susu)




Set Ibu Hamil
Mengurangkan alahan serta membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang tempong kehamilan. Melancarkan proses pengedaran darah, melegakan sakit kepala, pening dan juga memberikan mood yang ceria kepada si ibu. Meningkatkan imunisasi badan ibu daripada terkena jangkitan demam atau selesema. Menguatkan tulang dan gigi ibu serta mengelakkan berlaku kekejangan, gusi berdarah dan kebas2 akibat kekurangan kalsium.
  • Bonus! Kulit kelihatan cantik berseri dan anjal kerana adanya vitamin C.


Set Ibu Menyusu
Memperbanyakkan dan mempercepatkan penghasilan susu ibu, mengatasi masalah keputihan, memberikan tenaga, serta menghilangkan kelesuan kepada ibu menyusu. Menghasilkan susu yanglebih pekat dan berkrim, jadi baby cepat kenyang dan kurang meragam.Membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi bayi, tanpa menganggu keperluan kalsium badan ibu. Si ibu boleh tidur nyenyak dan bangun dengan keadaan segar dan ceria pada keesokkan pagi.
  • Bonus! Ibu menyusu yang mengamalkan ESP akan mendapat kulit yang cantik bersih, parut cepat pudar, badan bertenaga, serta membantu menurunkan berat badan.


Set Kesihatan Optimun
Membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, merangkumi sistem pertahanan badan melawan jangkitan serta melambatkan proses penuaan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Meningkatkan kesegaran otak sekaligus membantu sistem memori. Membekalkan kalsium yang penting menguatkan gigi, tulang, kuku, sekaligus dapat membantu masalah sakit dan kejang kaki, sakit sendi, sakit lutut mahupun pinggang. Meringankan stress, mengimbangi tekanan darah, dan memelihara denyutan jantung.


Set Sembelit
Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan. Meal Shakes mengandungi serat yang amat penting dalam pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit. Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.




Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum