Sunday, 8 June 2014

Ketahui Dos Yang Diperlukan Untuk Setiap Penyakit

Ramai yang bertanyakan saya, bagaimana dan bila masa terbaik untuk pengambilan suplemen mereka. Perlu diketahu bila waktu yang sesuai untuk mengambil supplemen, berapa dos yang perlu diambil untuk setiap masalah dan penyakit, apa yang tidak boleh diambil bersama, banyak lagi soalan yang selalu diajukan. Jadi, untuk menyenangkan jadual kita, kita cuma perlu alert kepada beberapa rules. Ikut je rules ni, insya Allah selamat




Vitamin Larut air (B - Complex & Vitamin C) 

~ Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) 
~ Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium)  
~ Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Iron
~ Diambil bersama Vitamin C kerana iron memerlukan Vitamin C untuk lebih mudah diserap.

Lecithin
~ bagi yang mengamalkan lecithin untuk berdiet, atau merndahkan kolestrol, ambil 2 biji selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam beserta dengan 2 biji Alfalfa.


Lecithin pemecah lemak dan Omega pemecah kolesterol sebaiknya dimakan 15 minit sebelum makan tengahari dan makan malam supaya telah bersedia untuk mengurai lemak dan kolesterol yang terdapat di dalam makanan.

Alfalfa disamping mengandungi banyak mineral dan fitonutriens, merupakan sumber serat yang tinggi. Peranan serat apabila diambil bersama air yang mencukupi akan menjadi seperti jala yang memerangkap segala benda asing di dalam darah seperti lemak, kolesterol, gula, toxic, logam berat dsb, dalam perjalanannya dari mulut ke usus besar.

Pembuangan air besar akan menjadi lawas apabila cukup fiber dengan syarat minum air yang mencukupi. alfalfa juga baik untuk masalah angin dalam badan dan gastrk dan alergik


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN


1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

CADANGAN JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE


WaktuCadangan Pengambilan
PagiB Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi ESP
Tengah Hari Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang ESP
Makan MalamLecithin/Kalsium/Vitamin E
SupplementCadangan Pengambilan
ZincSeminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shakeBoleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
AlfalfaAmbil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..

~ Perlu diinginkan untuk minum air yang mencukupi iaitu sekurang - kurangnya 3 Liter sehari.



Cara Makan Vitamin Shaklee dan Ubat-ubatan.


Bagi individu yang sudah berpenyakit dan sedang memakan ubat-ubatan perubatan, juga jarakkan antara pengambilan vitamin dan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit.

Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat-ubatan apabila anda mula mengambil suplimen, kecuali apabila doktor telah mengesahkan anda semakin pulih dan pengurangan ubat adalah atas arahan doktor anda, kerana mendapati anda semakin sihat.


Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Saturday, 7 June 2014

Fungsi Vitamin E Shaklee

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.


Untuk Kesuburan Lelaki
Vitamin E adalah vitamin kesuburan untuk lelaki. Vitamin E atau juga dikenali dengan nama Vitamin Cinta diperlukan oleh lelaki maskulin untuk meningkatkan kesuburan.



Vitamin E adalah penting dalam melindungi dan meningkatkan kesihatan sel tubuh. Setiap bahagian tubuh manusia terdiri daripada berjuta-juta sel, termasuklah organ-organ pembiakan, telur dan sperma.
Lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplement Vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg). Hasil kajian ini menunjukkan keputusan yang memberansangkan apabila kadar radikal bebas dalam badan memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelaki kerana ia merosakkan DNA sperma. Manakala, kekurangan Selenium dan Vitamin E juga memberi impak kepada fungsi kelelakian. Kajian ini jelas membuktikan betapa kritikalnya keperluan Vitamin E untuk kesuburan lelaki.
Vitamin E meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium.


Menghilangkan ParutVitamin E telah terbukti berkesan untuk mengurangkan parut jerawat serta parut-parut lain. Ini kerana Vitamin E mengandungi antioksidan yang tinggi. Ciri ini membantu untuk menggalakkan penyembuhan kulit dan apabila disapu, parut dapat dikurangkan atau dihapuskan. Pastikan anda memilih kepekatan yang tinggi sekurang-kurangnya 400 i.u dan dalam bentuk kapsul, kerana ianya lebih mudah digunakan. Anda hanya perlu mengambil jarum dan cucuk kapsul itu, picitkan sedikit Vitamin E ke jari dan sapu ke kawasan parut.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, Vitamin E harus juga diambil sebagai supplemen harian selain sapuan di kulit.


Melindungi Jantung
Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi darah merah untuk mengelakkan mengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghilangkan platelet darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik, dan penyakit jantung.

Anti-Penuaan
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.




Anti-Oksidan Yang Kuat
Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.



Memperbaiki Arthritis
Meningkatan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, dan sakit sendi

Menghalang Keguguran
Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom monopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin atau keguguran.


Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Thursday, 5 June 2014

Cara Bagaimana Untuk Mengetahui Vitamin E Semulajadi Atau Sintetik

Secara jujurnya, sebelum saya mengenai Shaklee, saya tidak tahu akan terdapatnya perbezaan di antara lambakan vitamin dan suplemen dari pelbagai jenama yang dijual di pasaran sekarang.

Ada beza ke ambil yang sintetik atau yang asli? Yang sintetik biasanya lebih murah berbanding yang asli.Pilih murah atau pilih kualiti?Kebanyakan vitamin sintetik dibuat dari bahan kimia contohnya tar- salah satu karsinogen yang berpotensi menyebabkan kanser(biasa didapati dalam rokok). Daripada nak dapat kesihatan yang baik, mengundang risiko penyakit berbahaya tidak berbaloi kan?

Bagaimana caranya untuk mengenalpasti samada Vitamin E tu semulajadi atau sintetik?



Ada beberapa cara untuk mengenal antara vitamin sintetik atau vitamin semulajadi.

Satu kajian di bawah lampu polarized dibuat. Jika cahaya dipancar pada vitamin asli, akan sentiasa membengkok ke kanan yang mana biasa kita akan jumpa vitamin asli akan tertulis 'd' (representing dextro means right). 

Manakala jika cahaya yang sama dipancarkan, akan terbahagi kepada 2, ke kiri dan ke kanan jika vitamin itu adalah sintetik. Sebab itulah vitamin sintetik biasanya tertulis 'dl' (sintetik) kerana ianya separuh 'dextro' (right) dan separuh 'levo' (left). Cuba tengok vitamin E shaklee ada tertulis 'd' kan maknanya ianya asli.

Kalau lihat pada gambar di atas, Vitamin E Shaklee adalah D-alfa tokoferol (semulajadi). Jika vitamin itu tertulis DL-alfa tokoferol bermakna ianya adalah sintetik.

Selain semulajadi, antara kelebihan atau keistimewaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya mengandungi selenium.

Apa sebenarnya fungsi Selenium? Kenapa Selenium ni perlu ada dalam vitamin E?
Selenium mempunyai 3 fungsi utama iaitu:

1. Selenoprotein (Selenium + Protein)

Berikut adalah 7 perkara selenoproteins lakukan untuk tubuh anda

  • Membantu dalam pengeluaran glutation.Glutation adalah penting kerana ianya merupakan pertahanan antioksida semula jadi badan anda daripada radikal bebas.
  • Melindungi sperma dari kerosakan oksidatif (radikal bebas).
  • Berfungsi sebagai penciptaan semula beberapa antioksida termasuk Vitamin C. Selenium terlibat dengan thioredoxin, iaitu sangat berguna untuk individu yang mempunyai masalah gatal-gatal pada kulit tanpa mengetahui punca kegatalan tersebut.
  • Membantu dalam peraturan hormon tiroid dengan bertindak sebagai "pengantara" antara 2 hormon tiroid iaitu menukarkan hormon T4 yang tidak aktif menjadi hormon T3 yang aktif.
  • Membantu dalam penciptaan Selenoprotein P. Selenoprotein P membantu melindungi sel-sel badan yang membentuk saluran darah, jantung dan sistem peredaran darah. Selenoprotein P berfungsi melawan radikal nitrogen iaitu sejenis radikal bebas yang menyerang sel-sel sistem peredaran darah.
  • Berfungsi dalam penghasilan sperma (spermatogenesis)
  • Berfungsi sebagai anti radang dan tindak balas imun.** Get at least 55 mcg of selenium per day but no more than 400 mcg per day.
3. Disease Prevention
Selenium memberi signal kepada Cytokines iaitu sel penggera untuk sistem immuniti bekerja

2. Antioksidan
Selenium bertindak balas dengan natural antioksidan yang terdapat dalam badan kita iaitu Gluthathione


Antara kelebihan Vitamin E Shaklee yang anda semua perlu tahu! Vitamin E yang baru telah diformulasikan dengan "grape seed".

Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.
Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan. Yang paling best, grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..

Melambatkan penuaan:

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.


Apa lagi kelebihan ekstrak biji anggur ni?
  1. Mengurangkan risiko kanser dan strok
  2. Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi) dan melancarkan peredaran darah.
  3. Mengurangkan aterosklerosis (pengerasan arteri)
  4. Meningkatkan pembakaran kalori
  5. Menyuburkan organ-organ dan otot, membantu mereka bekerja dengan lebih berkesan.
  6. Meningkatkan ketahanan fizikal"
Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg (150 IU) sehari tapi tidak melebihi 1000mg per day (1500 IU)" - Dr Bruce Miller

Sebiji vitamin E mengandungi 400iu....semulajadi dan dilengkapi selenium. Banyak betul kelebihan vitamin E Shaklee ni. Sebab tu, ia antara produk terlaris terutamanya untuk kecantikan kulit dan masalah kesuburan.

Secara asasnya, ada beberapa panduan lain untuk mengenalpasti vitamin E yang terbaik di pasaran. Tak semestinya Shaklee...anda bebas untuk memilih jenama pilihan anda sendiri.

Antara garis panduan pemilihan Vitamin E ialah:

1. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia         sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh         rujuk pada label)
2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
3. Pilih Vitamin E yang ada selenium

Secara kesimpulannya, anda tidak perlu merasa was-was apabila membeli dan menggunakan suplemen dari Shaklee kerana ianya adalah 100% semulajadi dan selamat.


Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Tuesday, 3 June 2014

Siapa Yang Perlukan Vitamin E? Adakah Vitamin E Hanya untuk Wanita

Vitamin E sangat sinonim dengan wanita kerana ia merupakan salah satu Vitamin untuk kecantikan. Oleh sebab itu lah sesetengah pihak menganggap Vitamin E hanya diperlukan oleh wanita sahaja. Vitamin E mempunyai banyak fungsi untuk lelaki juga, bukan untuk wanita semata-mata. Jom bace siapakah yang memerlukan Vitamin E:




Wanita Memerlukan Vitamin E Kerana:

~ Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

~ Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

~ Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

~ Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.


Lelaki Memerlukan Vitamin E Kerana:

~ Mempertingkatkan kemampuan reproduktif ~ Kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.


Lelaki dan Wanita Memerlukan Vitamin E Kerana:

  • Melindungi jantung ~ Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif ~ Kajian pada tahun 1924 mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Anti penuaan ~ 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan tone muka, dada dan otot peha.
  • Anti-Oksidan yang kuat ~ Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.
  • Kelestarian tenaga ~ Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
  • Memperbaiki Arthritis ~ Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.
  • Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopous seperti hot flush.
  • Memperbaiki parut ~ Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk menghilangkan kesan parut.
  •  Mengandungi anti oksidan: membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat. 
  • Melambatkan proses penuaan. Jadi sesiapa yang amalkannya akan awet muda la lepas makan Vitamin E ni secara berterusan. Kulit pun jadi flawless, berseri-seri, and shining.  
  • Dikenali jugak sebagai Vitamin Cinta sebab membantu masalah kedinginan antara suami isteri.


Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Ketahui Kandungan Yang Ada dalam Vitamin E Shaklee


Assalamualaikum dan selamat petang, mesti anda semua sudah makan tengah hari kan? Pelbagai jenis lauk yang anda ambil semasa makan. Namun adakah ianya menyamai dengan 1 biji vitamin E yang diperlukan oleh badan anda pada setiap hari? nak cantik, nak sihat, mesti lah kena cukup zat yang diperlukan oleh badan kan? ok hari ini jom kita sama-sama  ketahui apa kandungan yang ada di dalam 1 biji Vitamin E Shaklee. kita kena la tahu apa kandungan yang ada di dalam Vitamin E yang kita ambil, bukan main makan je kan? Tapi jangan risau, anda membuat pilihan yang tepat jika anda mengambil Vitamin E shaklee kerana kandungan 1 biji Vitamin Shaklee sudah mencukupi untuk badan kita setiap hari.

Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan antioksidan. Ini bermakna ia diserap oleh lemak atau lipid dalam sel-sel anda. Sebab itu Vitamin E dikenali sebagai vitamin antioksidan "fat-loving".



                                         

Vitamin E Shaklee diperbuat dari:
  • Minyak kacang soya
  • Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E
  • 8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
  • Mengandungi 10 mg SELENIUM semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
  • Yang terbaru, GRAPE SEED EXTRACT.

Adakah anda mengambil Vitamin E dengan cukup?
Pastikan jumlah pengambilan Vitamin E anda 400 IU / MESTI bersamaan dengan :
  • 500 GM BADAM
  • 8 KG BAYAM
  • 1 KG BENIH GANDUM
  • 500 ML MINYAK SUNFLOWER
Utk melindungi sel-sel sihat & melawan RADIKAL BEBAS.

*PAKAR NUTRISI MENCADANGKAN PENGAMBILAN ACE (beta,carotene,Vitamin C,Vitamin E)
BERSAMA-SAMA MENGANDAKAN KESAN ANTI-OKSIDASI DALAM MELAWAN RADIKAL BEBAS



Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum