Thursday, 6 November 2014

5 Cara Tingkatkan Selera Makan Anak

Sebagai seorang ibu, mesti rasa susah hati kan bila anak kurang selera makan? Makan pun memilih. Makanan yang dipilih pula tak ada khasiat dan nutrisi. Nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan semua tak nak makan. Jadi apa yang para ibu perlu buat untuk tingkatkan selera makan anak?




Panduan Untuk Menggalakkan Selera Makan Anak

  • Berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Para ibu jangan la terlalu memaksa, beri la pujukan dan pujian untuk tambat hati anak. Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan
  • Pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Para ibu boleh hias sajian yang nak berikan pada anak cantik-cantik untuk menarik minat mereka. Tapi hias, hias juga kenalah utamakan vitamin dan zat, sebab ianya penting untuk perkembangan minda dan tumbesaran tubuh anak-anak tidak terjejas. 


  • Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat. 
  • Kuantiti makanan yang diambil oleh anak. Makanan yang diambil oleh anak mestila berkhasiat walaupun dia makan sikit, cara nie lebih baik dari anak-anak makan banyak tapi makan jajan, makanan yang tak ada khasiat. 
  • Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan supaya anak kita lebih berselera untuk makan 
  • Kalau anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa. 

Punca Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?
  •  Bermasalah dengan gigi.
  •  Bosan dengan makanan yang diberikan.
  •  Terlalu banyak bermain.
  •  Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
  •  Tidak berselera untuk makan.
  •  Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.

Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :
  • Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
  • Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
  • Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
  • Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
  • Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
  • Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.
  • Mealshake Shaklee

Untuk pengetahuan para ibu, menurut kajian dan pendapat pakar pemakanan, kekurangan beberapa jenis vitamin dan mineral boleh menyebabkan anak kurang selera makan seperti:
  • Vitamin B12 (cobalamin)
  • Vitamin A
  • Vitamin B1 (thiamine)
  • Vitamin B6
  • Vitamin B9 (asid folik)
  • Vitamin C
  • Zinc
  • Vitamin D

Semua vitamin dan mineral kat atas nie sebenarnya membantu dalam proses metabolisme badan menukarkan makanan kepada tenaga dan dikaitkan juga dengan masalah kurang selera makan. 
Hakikatnya vitamin dan mineral nie tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan. Jadi ia mesti diperoleh dari sumber makanan harian kita seperti di bawah. Rujuk gambar kat bawah nie ye.

Anak kurang selera makan

Tapi macam mana nak bagi anak makan semua tu kalau dah anak kurang selera makan? banyak pulak tu. Jawapannya  ada pada Mealshake Shaklee..Taadddaaa...!!!



Semua vitamin dan mineral yang disebut di atas tu, memang ada di dalam Mealshake.Woowww hebat kan?  Malah lebih dari itu hanya dalam 1 canister.  Untuk pengambilan harian,ibu-ibu semua boleh la berikan anak gabungan lengkap 19 jenis vitamin dan mineral ini . Ia penting dan amat diperlukan oleh anak untuk tumbesaran dan aktiviti harian yang aktif. Paling penting bukan sahaja atasi masalah anak kurang selera makan tapi juga kan ia boleh tingkatkan kesihatan anak, atasi sembelit, dan banyak lagi. Rujuk gambar kat bawah nie:



Jadi, sebelum terlambat, lebih baik ibu-ibu semua atasi masalah ini. Dengan Mealshake hanya bancuh atau campurkan dengan susu anak. Sangat senang dan sedap. Jimat masa kalau ibu-ibu semua nie rushing nak prgi kerja, tak sempat nak sediakan sarapan. 

Anak yang tak ada selera makan nie jangan pandang remeh ye para ibu-ibu, bila vitamin dan mineral dalam badan tak cukup, si manja anda senang akan dapat pelbagai penyakit nanti. Kena melabur untuk kos rawatan anak lagi, ibu-ibu pun susah hati kan tengok anak sakit?? Kos rawatan sekarang sangat tinggi, jadi apa lah sangat kalau nak dibandingkan dengan harga 1 canister Mealshake nie.

Fast action, Fast Result, Jika anda berminat untuk membeli Mealshake nie boleh hubungi saya: 

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli

Wednesday, 5 November 2014

Omega Guard Kebaikan, Manfaat dan Fungsi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sempena dengan Promosi Omega Guard pada November ini, saya akan kongsikan dengan anda berkenaan dengan kebaikan, manfaat dan fungsi Omega Guard yang anda semua perlu tahu. Sebelum kita mencuba atau membeli sesuatu barang, kita perlu tahu apa kebaikan, manfaat dan fungsinya kan?



Omega Guard Shaklee merupakan supplemen minyak ikan yang terbaik untuk seisi keluarga. Ia boleh diambil oleh anak seawal usia setahun sehingga ke golongan dewasa dan berusia. Omega Guard mengandungi asid lemak Omega-3 yang termasuk DHA dan EPA yang amat penting bagi manusia kerana tubuh kita tidak boleh menghasilkannya. Jadi, sebab itulah penting bagi kita untuk mendapatkan asid lemak ini daripada sumber makanan atau supplement seperti Omega Guard
Shaklee ini.



Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi 

Tugas DHA

  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?




Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan

  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke
Warga Emas
Pesakit Jantung
Pesakit darah tinggi
Orang yang selalu lupa
Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
Pelajar
Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


Antara manfaat yang boleh didapati daripada minyak ikan Omega Guard ini ialah:

  1. Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanakatau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.
  2. Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.
  3. Menyokong kesihatan kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  4. Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  5. Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.
  6. Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  7. Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.
  8. Memelihara kesihatan kulit. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.




Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkatsecara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga!


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Tuesday, 4 November 2014

FAQ: B-Complex Shaklee

Kita selalu diberitahu vitamin B banyak khasiat dan kelebihannya. Untuk semua golongan tak kira kanak-kanak hinggalah orang yang berusia. Shaklee pun ade vitamin B Vitamin B Shaklee dipanggil B Complex. Terdapat banyak kelebihan dan manfaat B Complex Shaklee yang membuatkan ianya sangat berbaloi utk dimiliki.



Sebelum kita lihat dengan lebih terperinci tentang B Complex Shaklee, kita lihat dulu manfaat vitamin B secara umumnya

Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?
Vitamin B1
  • Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
  • Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
  • Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
  • Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
  • Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
  • Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee. Antaranya;
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia.

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B? Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:
  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?
  • Merangsang pertumbuhan.
  • Meningkatkan kemampuan berfikir.
  • Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?
  • Menambah tenaga.
  • Mengurangkan stress.
  • Melambatkan proses uban di rambut.
  • Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?
  • Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  • Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  • Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?
  • Ibu yang menyusukan
  • Ibu yang hamil 
  • Ibu yang sedang berpantang 
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat 
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak 
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut 
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol

Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Monday, 3 November 2014

Supplement Shaklee Untuk Penghidap Thalassemia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pernah anda dengar tentang penyakit Thalassemia? Andakah anda memandang serius atau tidak tentang penyakit ini? Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang Penyakit Atau Penghidap Thalassemia. Thalassemia merupakan penyakit keturunan yang tidak dapat disembuhkan. Pencegahan penyakit Thalassemia dapat dicegah atau dikurangkan jika setiap orang melakukan pemeriksaan atau skrining Thalassemia. Biasanya pemeriksaan ini akan dibuat jika pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Ade ke Supplement Shaklee yang boleh merawat Thlassemia? Apa fungsi Supplement Shaklee untuk Penghidap Thalassemia?






Apa itu Thalassemia?

Thalassemia merupakan penyakit kelainan darah yang diturunkan / diwariskan, kerana adanya kelainan genetik yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem rantaian darah. Akibatnya, penghasilan hemoglobin berkurang, keadaan sel darah merah mudah rosak atau jangka hayatnya lebih pendek dari usia sel darah merah normal (<120 hari), sehingga penderita akan mengalami gejala anemia / kurang darah.


Punca Thalassemia 

Adanya kelainan/perubahan/mutasi pada gen globin alfa atau gen globin beta, sehingga penghasilan rantaian globin tersebut berkurang dan sel darah merah mudah sekali rosak.


Simptom Thalassemia
  • Anemia -Pucat, sukar tidur, kurang nafsu makan, jangkitan yang sering berulang.
  • Jantung Berdebar -Jantung bekerja keras untuk memenuhi keperluan hemoglobin dan semakin lama jantung akan menjadi lemah dan mudah berdebar-debar
  • Tulang Tipis dan Rapuh -Sel darah dihasilkan dalam sumsum tulang. Pada keadaan thalassemia sumsum tulang dipaksa bekerja lebih keras untuk pembentukan hemoglobin lebih banyak. Dalam kes thalssemia berat (mayor), dari segi luaran penderitanya mengalami “facies cooley”.

Kenali Thalassemia Melalui Panel Ujian Saringan Thalassemia

Panel Thalassemia merupakan serangkaian pemeriksaan yang dilakukan untuk mengetahui kemungkinan thalassemia. Pemeriksaan ini terdiri dari:
  1. Hematologi rutin– Untuk mengetahui nilai MCV-volume hemoglobin dalam sel darah merah dan MCH-konsentrasi hemoglobin di dalam sel darah merah
  2. Gambaran darah tepi– Untuk melihat morfologi eritrosit (bentuk/gambaran sel darah merah)
  3. Analisis Hb– Untuk mendeteksi hemoglobin yang abnormal, baik jumlah produksi maupun jenisnya
  4. Badan inklusi HbH– Untuk mengenal kemungkinan pembawa sifat thalassemia atau HbHdisease
  5. Ferritin– Untuk mengetahui apakah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi, penyakit kronik atau thalassemia
  6. Ujian DCIP– Untuk mengenali kelainan hemoglobin varian HbE

Rawatan Yang Diberikan
Pesakit Thalassemia mayor memerlukan perhatian lebih khusus. Pada umumnya, penderita thalassemia mayor harus menjalani pemindahan darah dan bergantung pada ubat seumur hidup.

Selain pemindahan darah, perlu diberikan ubat desferal (deferoxamine) untuk mengatasi penumpukan zat besi di dalam organ tubuh akibat pemindahan darah berulang dalam waktu lama. Ubat ini diberikan melalui suntikan di bawah kulit , yang dapat mengikat zat besi tersebut untuk dikeluarkan melalui urin.

Namun, cara ini sangat menyakitkan bagi anak-anak, namun pada zaman ini penemuan ubat tablet deferasirox sebagai pengganti suntikan infus desferal, yang dapat diberikan pada penderita berusia di atas dua tahun.


Cara Mencegah Thalassemia
  • Mencegah perkawinan antara dua orang pembawa sifat thalassemia
  • Memeriksa janin yang dikandung oleh pasangan pembawa sifat thalassemia, dan menghentikan kehamilan bila janin dinyatakan sebagai penderita thalassemia mayor
Bagi seseorang yang mempunyai masalah Thalasemmia, tidak digalakkan mengambil supplement yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula, Zinc Complex dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia. Namun supplemen yang harus diambil adalah: 



  • Vitamin B complex. Menurut pembacaan saya, Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. 
  • Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. 
  • OsteMatrix (Magnesium and vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.
  • Energizing Soy Protein juga disarankan kerana protien membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.
Jika anda salah seorang penghidap Thalassemia, buat lah ujian saringan dan ikhtiar lah dengan produk Shaklee, InsyaAllah dapat membantu anda, kawan saya seorang jururawat dan penghidap Thalassemia, Alhamdulliah setelah mengambil produk shaklee, masalah Thalassemianya telah berkurangan dan tidak perlu lagi menambah darah.



Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Sunday, 2 November 2014

Resipi Cara Membuat Jeruk Mangga, Jambu, Epal Dan Betik Asam Boi

Assalamualaikum & Slam Sejahtera,

Sekarang nie popular dengan jeruk asam boi kan? ada yang buat dengan  mangga, jambu epal dan betik. Jeruk nie bukan orang mengandung yang mengidam je yang suka, semua lapisan masyarakat suka. tengok gambar je pun dah terliur kan?.  1 Bekas jeruk asam boi yang saya jumpa paling murah adalah RM8 dan yang paling mahal RM20. Tapi kalau buat sendiri, lagi jimat. Jadi macam mana nak jimatkan duit anda? Saya akan kongsikan cara-cara untuk membuat jeruk mangga, jambu dan epal atau betik asam boi, pilih la buah mana yang anda suka dan senang untuk mendapatkannya.





Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

1. Mangaa / Jambu / Epal / Betik
2. Asam Boi
3. Gula
4. Garam
5. Gili

Cara-Cara untuk Membuat:
Sediakan bekas yang sesuai, masukkan mangga / jambu / epal / betik, masukkan asam boi, gula (lebihkan), garam, cili (lebihkan jika mahu pedas), gaulkan kesemua bahan tersebut dan biarkan ianya sebati dalam masa 4-5 jam.


Taaddaaaaaa....siap untuk dinikmati. Senang sangat kan? semua orang boleh buat, asalkan ada bahan-bahannya je. Siapa yang tak terliur bila tengok asam macam nie kan? satu bekas seorang pun tak cukup..hehehe



Mangga Asam Boi




Jambu Asam Boi




Epal Asam Boi




Betik Asam Boi


Selamat mencuba kawan-kawan.. :-)


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.