Friday, 14 August 2015

3 Tips Memilih Baju Untuk Orang Kurus Supaya Kelihantan Sedikit Berisi.

Miliki bentuk tubuh dan berat badan yang ideal merupakan satu keinginan dan impian yang dimiliki oleh semua orang. Karana dengan memilikinya maka kita akan lebih mudah dalam me”make over” diri kita seperti apa yang kita inginkan. Terutama dalam menjaga penampilan yang kita miliki dari segi pakaian. Mungkin ramai di antara kita yang selama ini menganggap bahawa permasalahan pemilihan tubuh hanya dirasakan oleh mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau orang gemuk saja. Mereka yang memiliki bentuk badan yang kurus juga mempunyai masalah yang hampir serupa ketika hendak memilih pakaian yang akan dikenakannya.


Oleh sebab itu lah, saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai tips memilih baju untuk orang kurus. Di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Tips memilih baju untuk orang kurus yang pertama yang akan saya kongsikan di sini adalah memilih ukuran baju yang sesuai. Sesuai yang saya maksudkan di sini adalah jangan memilih baju yang terlalu press body dan jangan terlalu longgar karana ia akan memberikan kesan yang buruk bagi penampilan anda. Sebaiknya anda harus memilih ukuran baju yang sedikit lebih besar dari ukuran tubuh anda untuk menghilangkan kesan “kerempeng”. Namun, seperti yang saya katakan jangan berlebihan, karana baju yang tampak kendur  atau longgar akan membuat tubuh anda nampak semakin kurus.

2. Jika anda memilih baju yang memiliki motif garis – garis. Maka sebaiknya anda memilih baju dengan motif garis melintang atau horizontal dan sebaliknya anda sangat disarankan untuk tidak memilih baju dengan motif garis vertikal atau tegak lurus. Kerana garis-garis yang melintang pada baju akan memberikan kesan terlihat lebih gemuk pada penggunaannya, sedangkan garis vertikal akan membuat tubuh anda tampak semakin kecil atau kurus.

3. Pilih bahan yang mampu membuat tubuh anda nampak berisi. Memilih baju yang tebal namun diperbuat dari bahan yang sekesa adalah salah satu alternatif berpakaian terbaik yang sebaiknya dilakukan oleh orang yang memiliki tubuh kurus. Alasan pertama adalah karana dengan kain yang tebal dan selesa, bentuk tubuh yang anda miliki tidak akan kelihatan dan anda akan terlihat lebih berisi. Alasan kedua, jika anda memilih untuk memakai sehelai baju yang nipis apalagi yang tembus pandang, hal tersebut sama saja dengan mempamerkan tubuh kurus yang anda miliki. Sehingga akan menciptakan sebuah kesan yang tidak elok dipandang, baik bagi anda sendiri maupun orang yang kebetulan melihat anda. Jadi sebaiknya, yang harus anda lakukan adalah dengan selalu menyedari bagaimana harusnya anda memilihkan baju dengan bahan tertentu untuk tubuh kurus yang anda miliki tersebut.

4. Anda juga dicadangkan untuk mengambil vitamin untuk menambahkan berat badan. Antara vitamin yang saya ambil untuk menambahkan berat badan saya ialah Vitamin Shaklee. Antara Vitamin tersebut ialah:


Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang hebat sebagai suplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.


Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Meal Shakes - Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.


Anda perlu mengambil Vitalea, B Complex dan Meal Shakes mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selapas sebulan.
Demikianlah tadi, beberapa tips memilih baju untuk orang kurus dan tip untuk menambahkan berat badan anda. Semoga dengan tips ini anda dapat memperbaiki penampilan anda menjadi lebih berisi dengan memperhatikan beberapa tips yang saya sampaikan di atas.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

Saturday, 8 August 2015

4 Tips Kekalkan Berat Badan Ketika Syawal Walaupun Menghadiri Banyak Rumah Terbuka

Assalamualaikum,

Entry kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua 5 tips Kekalkan Berat Badan Ketika Syawal Walaupun anda Menghadiri banyak Rumah Terbuka @ Open House atau pun kenduri kahwin.



Seperti biasa setiap tahun dalam bulan syawal nie tiap-tiap minggu ade open house. Ade jugak dalam 1 hari sampai 2 atau 3 majlis..tak termasuk dengan majlis kenduri kahwin lagi. Ternyata makanan yg dihidngkan membangkitkan selera. Apa lagi, tanpa rase bersalah pada tubuh badan, anda memonopoli makanan yang ada depan mata dan untuk memujuk hati, hanya akan berkata " tak pe la setahun skali je makan banyak macam nie". Tanpa anda sedar, tubuh anda bagai dipam-pam. Habis je syawal baru la menyesal sebab badan naik dengan mendadak dan perlu bekerja keras dengan diet, bersenam untuk kembalikan bentuk badan yang asal.



Tapi, bukan mudah untuk menurunkan berat badan anda supaya kembali ke jarum penimbang yang asal. Untuk menaikkan berat badan, anda hanya perlukan seminggu. Namun, untuk menurunkan berat badan, sebulan pun belum tentu turun lagi tau..

Jadi apa yang perlu anda lakukan? Kat sini saya akan kongsikan dengan anda ape tips yang saya amalkan.


1. Mulakan Dengan Makanan Ringan

- Sekali pandang, semua makanan nak rase kan? Jadi, kalau boleh, kawal pandangan anda, mulakan dengan makanan ringan seperti buah-buahan atau kuih-muih dahulu untuk mengalas perut, nanti tak ade la makan makanan berat dengan banyak sebab dah rase kenyang makan makanan ringan tadi.


2. Elakkan Mengambil Banyak Makanan Sekali Gus

- Selalu saya tengok ramai diantara kita yang mengambil pelbagai jenis makanan contohnya nasi, mee, kuih, buah, sampai 2 hingga 3 pinggan, alasannya dengan mengambil banyak, nanti tak payah untuk ulang alik mengambil makanan lagi. Keadaan ini sangat bahaya kerana anda berisiko menghabiskan makanan tersebut.


3. Pilih Makanan Yang Anda Inginkan Namun Kuantiti Yang Sedikit

- Semua orang mempunyai selera dan nafsu makan, apa yang saya lakukan, saya hanya akan memilih 1 menu sahaja dengan kuantiti yang diperlukan. Contoh Satey bersama nasi impit dan kuah kacang. Saya akan menghabiskan menu itu sahaja. Tiada lagi menu nasi, mee atau laksa. Jika anda ingin menu lain, anda boleh pilih. Tapi perlu ingat, ambil dalam kuantiti yang sedikit.


4. Amalkan Vitanim

 

- Tidak dinafikan saya juga mengambil makan yang mengandungi kolestrol yang tinggi ketika menghadiri majlis jamuan begini. Namun, apa yang saya buat selepas makan ialah saya akan mengambil Licithin atau Omega Guard untuk membakar lemak tersebut. Alfalfa atau Herblex pula sayan ambil untuk memudahkan proses detox atau pembuangan. Selepas lemak dibakar, ia perlu dibuang sepaya tidak memudaratkan tubuh kita. Seterusnya, ambil Cinch atau ESP untuk membina otot yang menggelebih akibat lemak yang telah dibuang tadi. ESP juga sangat bagus kerana memberi kita rasa kenyang, so, tak ade la pergi majlis nanti makan banya-banyak kan? sebab awal-awal lagi dan minum ESP.


Badan yang kurus serta mempunyai bentuk badan yang cantik memang menjadi idaman semua orang, lagi-lagi wanita. Anda sendiri yang bertanggungjawab pada tubuh badan anda. Bukan hanya untuk kelihatan cantik, tapi untuk cantik dalaman juga. Jumpa lagi di entry seterusnya bye...


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

5 Tips Memilih Baju & Warna Supaya Nampak Kurus dan Ramping


Ramai yang  tidak tahu bagaimana untuk memilih pakaian agar nampak sesuai dengan bentuk tubuh badan dan lebih langsing apabila dipandang. Semestinya sukar bagi anda jika tidak mengetahuinya. Untuk itu saya ingin berkongsi tips cara memilih baju dan warna supaya lebih nampak kurus dan langsing dan semoga tips ini membuat anda lebih langsing tanpa bekerja keras membanting tulang untuk melakukan diet.



Pertama sekali anda perlu mempelajari bentuk tubuh anda. Bahagian mana yang menonjol yang merupakan pusat perhatian dari bahagian bermasalah di tubuh anda agar anda nampak lebih lansing. Contohnya, elakkan memakai tali pinggang yang terlalu lebar dan besar bila pinggang anda terlalu besar. 

Untuk yang memiliki badan yang besar di bahagian atas, elakkan memakai baju yang ketat dibahagian tersebut. Anda seeloknya menggunakan baju yang warna lebih gelap. Pakailah pakaian dengan lengan besar atau  yang akan nampak jatuh dan longgar ke bawah untuk menutupi pinggul dan pinggang. Anda juga boleh menggunakan pakaian berasaskan cottan. Salah satu cara lain untuk nampak lebih langsing adalah dengan menggunakan pakaian satu jenis warna sahaja. Cara ini akan membantu kelihatan langsing.



Warna memainkan peranan yang besar untuk nampak lebih langsing. Warna hitam memang yang paling sesuai untuk mengelakkan tubuh anda nampak agak besar. Namun tidak bererti anda harus selalu memakai baju bewarna hitam dan anda tidak berani memakai pakaian berwarna lain. Anda dapat memakai baju berwarna lain namun sebagai hiasan saja yang boleh digunakan. Pola yang besar juga cenderung kelihatan tubuh anda nampak lebih besar. Jadi carilah design yang sederhana untuk menjadikan tubuh tampak lebih langsing.


Jika pinggul anda besar, pilihlah baju dengan tambahan pad yang kecil saja pada bahu. Bahu dengan pad besar akan membuat anda tampak sangat besar, padahal anda harus menghindarinya. Pilih pola yang jatuh ke bawah lutut anda. Hal ini akan menyamarkan bahagian pinggul. Jadi jika Anda ingin mengenakan gaun, maka pilihlah yang labuh sehingga ke tumit. Tetapi pilih pola A line dan hindari potongan pinafore atau potongan paying.

Selalu pilih bahan dengan garis vertikal. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk kelihatan langsing. Penggunaan garis vertikal juga membuat tubuh tampak lebih panjang dan langsing. Garis horisontal akan menambah lebar tubuh, jadi hindarilah penggunaannya.

Padankan dengan bangle dan jam model gelang kadang kala membuat lengan anda nampak lebih kecil. Elakkan memakai pakaian yang berwarna -warni kerana akan memantulkan cahaya dan membuat anda nampak lebih besar.

Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea


Friday, 3 July 2015

Petua Tambah Berat Badan Kanak-Kanak Supaya Nampak Comel

Sering kali ibu bapa menghadapi masalah untuk tambah berat badan anak-anak. Ini kerana anak-anak tidak mempunyai selera makan dan lebih berminat untuk mengambil makanan yang kurang zat dan vitamin seperti makanan segera atau jajan. Ibu bapa harus peka terhadap berat badan anak-anak. Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus atau pun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh comel dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa perlu mencari jalan untuk tambah berat badan anak-anak supaya segala zat dan serat cukup untuk tubuh badannya.


Cara Untuk Mengetahui Kanak-Kanak Kurang Berat Badan
  • Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.


Faktor Kekurangan Berat Badan Kanak-Kanak

1. Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan       makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan                       sebelumnya.
2. Penyakit seperti jangkitan cacing.
3. Tekanan.
4. Senaman yang berlebihan
5. Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang           menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan           mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
6. Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Petua Tambah Berat Badan Kanak-Kanak


1) Meal Shakes

• Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
• Menambah selera makan anak
• Anak tak mudah kerap jatuh sakit
• Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
• Mengatasi masalah sembelit kanak-kanak
• Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
• Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein – untuk perkembangan tulang yang sihat
• Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french vanilla dan teksturnya seperti susu tepung
• Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
• Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
• Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

☆ Kanak-kanak sedari usia setahun sudah boleh mengambil meal shake shaklee (yang tidak menyusu badan) sebanyak satu sudu teh yang kecil. Anak-anak yang minum susu ibu tak digalakkan bancuh dengan susu ibu, kerana ada kemungkinan anak akan tolak terus minum susu ibu selepas itu sebab rasanya yang berlainan.

☆ Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sukatannya sedikit sahaja setiap hari untuk membantu mengekalkan perlindungan system imun pada tahap terbaik.

2) B Complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

3) Vita Lea

Tablet Vita-Lea ni disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai ” Explo-tab”. Jadi ianya merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia larut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea dipilih oleh Center for science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:


FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum


Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

Thursday, 2 July 2015

5 Vitamin Untuk Hilangkan Jerawat dan Parut Dimuka Sebelum Bergelar Raja Sehari

Kita sedia maklum bahawa setiap pengantin akan digelar Raja Sehari di hari persandingan mereka. Kenapa?  kerana setiap pasangan pengantin akan dilayan seperti raja. Segala perkara diuruskan oleh orang lain contohnya ibu-bapa, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Aduhai, memang bahagia menjadi Raja Sehari. Yang penting, Raja Sehari haruslah kelihatan cantik berseri tiada cela jerawat dan parut dimuka kerana gambar dan rakaman yang diambil akan disimpan sehingga ke anak cucu cicit. Jadi, bakal pengantin harus tahu cara hilangkan jerawat dan parut dimuka kerana sudah tentu semua pengantin ingin anak cucu cicit mereka melihat yang cantik-cantik tentang mereka. Sebabnya setiap manusia akan dimamah usia. Kecantikan akan terus pudar ditelan masa. Jadi, kecantikan dan seri sebagai pengantin amat penting ketika menjadi raja sehari.




Namun bagi orang-orang yang dilahirkan dengan kulit yang semulajadi cantik, Alhamdulillah tapi bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau kita boleh usaha untuk jadi cantik juga tetapi ingat ye bahawa kecantikan dalaman itu lebih penting kerana dari hati yang bersih akan terpancar ke raut wajah ia akan bersinar dan untuk mendapat kulit yang cantik,mulakan dangan pemakanan dan gaya hidup sihat…

Saya sendiri jatuh dalam kategori mereka yang memiliki kulit sensitif dan mudah merah-merah atau berjerawat.  Pantang saya kurang minum air, tidak menjaga makan atau tak cuci muka sebelum tidur, mudah sangat jerawat singgah atau kulit jadi kering mengelupas. Saya akui pemakanan seharian kurang seimbang sebab saya cerewet dan bayak yang saya tak makan seperti sayur-sayuran tetapi saya gantikan dengan ulam-ulaman tapi itu pun jarang-jarang je saya makan, jadi sebab itu lah supplemen menjadi satu keperluan kepada saya. Dulu pun bukannya  pengamal supplemen. Paling malas makan vitamin,selalu skip dan botol supplemen buat perhiasan. Tapi saya mulai timbul kesedaran saya tak nak nampak tua sebelum tiba masanya.. Jadi pilihan saya adalah supplemen Shaklee.

Jadi, untuk bakal pengantin yang mengalami masalah seperti saya, disini saya kongsikan 5 cara untuk hilangkan jerawat dan parut dimuka sebelum anda bergelar raja sehari.




ESP- Energizing Soy Protein
ESP adalah sumber protin, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. ESP diperlukan untuk merawat kulit yg rosak akibat dari jerawat

Garlic Complex
Banyak kelebihan bawang putih. Tapi agak mustahil nk telan bawang putih yg raw tu kan untuk rawat jerawat. Jadi garlic complex adalah pilihan terbaik. Bawang putih cenderung untuk bertindak lebih baik pada bakteria jerawat dan mereka yang mempunyai kulit berminyak di mana pengeluaran minyak adalah berlebihan pada kulit yg membawa kepada jerawat. Galic adalah sumber antioksidan yg cepat dan powerful. Kesan ini bolehmenghalang radikal bebas yang merosakkan sel kulit. Bawang putih juga bertindak sebagai pencair darah kerana kandungan salisilat. Ini membolehkan aliran darah yang betul dan meningkatkan kesihatan peredaran darah.

Vitamin C Sustained Release
Vitamin C membantu mengatasi kulit jerawat dengan 2 cara iaitu bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan sintesis kolagen. Sebagai antioksida, Vitamin C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran dari merosakkan kulit. Disebabkan kulit terdedah kepada pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka ianya perlulah dilindungi secara konsisten.
Radikal bebas yang meningkat di kawasan kulit akan meningkatkan pengeluaran sebum dan akhirnya jerawat terjadi.

Zink Complex
Bagaimana zink boleh merawat jerawat? ada sebab bagaimana zink membantu untuk kulit berjerawat terutamanya lelaki. Kajian menunjukkan orang yg kulitnya berjerawat mempunyai tahap zink yang lebih rendah berbanding yg tidak mempunyai jerawat. Zink boleh mengurangkan jerawat sebanyak 50%. Zink boleh mengurangkan jumlah minyak semula jadi atau sebum, yang dihasilkan dalam kulit. Ia juga boleh membantu menyembuhkan kulit yang rosak sekitar jerawat yang tidak berkembang. Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa timbulnya jerawat sebahagiannya adalah disebabkan daripada kekurangan zink dalam diet.

Vitamin E (Untuk Parut)
Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium. Kenapa dengan selenium? Kerana vitamin E tanpa selenium adalah tidak sempurna, selenium membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan.
Vitamin E Shaklee didatangkan bersama dengan grape seed yang mana kelebihan grape seed ni mengandungi kuasa antioksidan 20x lebih hebat daripada vitamin E sahaja. Grape seed mengandungi OPC iaitu Oligomeric Proanthi Cyanidin membantu kulit lebih anjal dan awet muda. Grape seed juga bertindak sebagai anti kanser.
Cara mudah untuk hilangkan parut dengan Vitamin E Shaklee hanyalah dengan pecahkan kapsul vitamin E dan sapu pada kawasan parut setiap malam sehingga dapat kesan yang diingini. Satu botol Vitamin E mengandungi 120 biji, hanya makan sebiji sehari, sebotol vitamin E mampu tahan sehingga 4 bulan penggunaan. Jimat dan berbaloi.

Jadi apa tunggu lagi wahai bakal raja sehari? xkan nak tutup jerawat dan parut tu dengan make-up 2 atau 3 inci sampai muka pun dah berubah dari yang asal. Kita mesti la nak wajah licin berseri dan make up nipis biar orang tengok pun nampak natural je kan?


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea