Wednesday, 23 March 2016

Cara Untuk Mengelak Strok Haba Dan Dehidrasi

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.




Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.

                                  


Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Tanda awal strok haba:





Cara rawat mangsa strok haba:
  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air
  8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:
  1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen
  6. Selain itu,anda juga boleh mengamalkan Performance Drink dari Shaklee untuk kekal cergas walaupun cuaca panas. 



Jika dibiarkan tanpa rawatan, strok haba boleh membawa kepada komplikasi seperti kerosakan otak dan kegagalan organ. Tidak mustahil individu boleh meninggal dunia akibat strok haba.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Thursday, 10 September 2015

Kenapa Zinc Sangat Penting Ketika Hamil

Tahukah anda Zinc sangat penting ketika hamil?? Hari ini saya akan kongsikan dengan anda kenapa ianya penting. Zinc sangat penting kerana menurut kajian, zinc sangat memainkan peranan dalam membentuk kekuatan janin bagi ibu hamil. Kekurangan zinc pada kanak-kanak pula anak menyebabkan kebantutan dan terlambatnya kematangan kerana zinc memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak.




Ibu hamil kekurangan zinc dapat menyebabkan terganggunya perkembangan fizikal dan intelektual janin. Bagi ibu hamil yang mengamalkan pengambilan zinc 15mg sehari, janinnya akan menunjukkan perkembangan fungsi hati serta motorik yang baik, janin akan lebih aktif berbanding dengan ibu hamil yang tidak mengambil zinc secara betul.

Zinc bertindak balas sebagai neurotransmitter yang berperanan dalam proses kematangan sel serta dalam pertumbuhan awal kehidupan janin serta perkembangan saraf dan kecerdasan mereka pada masa akan datang.

Secara ringkas nya Fungsi dan Kebaikan Zinc:
  • Membaiki fungsi otak
  • Menguatkan janin untuk ibu hamil
  • Mencegah bayi jaundice dalam awal kelahiran
  • Mengatasi lemah daya ingatan
  • Mengatasi masalah prostat untuk lelaki
  • Sangat baik untuk percepatkan proses penyembuhan luka




Cara Pengambilan Zinc adalah ketika bangun tidur, telan 1 biji..PASTIKAN PERUT KOSONGg atau jika anda tidak mampu untuk menelan sebelum makan ape-ape..ambil selepas 2 jam lepas makan.

Pilih la supplement yang memberi kesan yang baik untuk jangka yang panjang, semestinya SHAKLEE vitamin terbaik untuk dikongsi bersama kerana sememangnya ianya berbeza.   

* Zinc Complex Shaklee mengandungi 120 biji dan tahan selama 4 bulan dengan harga yang sangat murah, dan bukan sahaja boleh diambil ketika hamil sahaja, malah sangat bagus diambil ketika lepas bersalin atau ketika berpantang untuk mempercepatkan penyembuhan luka.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea





Wednesday, 9 September 2015

Kenapa Protein Penting Untuk Ibu Mengandung

Keseimbangan diet dengan nutrisi yang mencukupi semasa tempoh kehamilan adalah sangat penting. Dengan nutrisi yang seimbang ibu dan janin yang dikandung akan terhindar dari segala risiko yang tidak diingini. Sebagai contoh keperluan protein bagi seorang wanita adalah disekitar 50 gm sehari ketika tempoh hamil trimester 1, keperluan protein akan meningkat kepada 68 gm dan seterusnya trimester ke-2 dan trimester ke-3 keperluan protein semakin meningkat. Nutrisi lain jugak penting seperti Asid Folic, Kalsium, Zat Besi juga turut meningkat.




Selain itu, lain-lain nutrisi yang mencukupi juga amat penting dalam tempoh kehamilan agar dapat melindungi ibu dan janin daripada pelbagai risiko yang berbahaya. Antara nutrisi penting bagi ibu hamil adalah Zat Besi, Asid Folik dan Kalsium.


Pentingnya PROTEIN untuk Ibu Hamil kerana:-
  1. Ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin 
  2. Merupakan blok-blok pembinaan asas badan ibu dan bayi 
  3. Ia membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan pertumbuhan otak janin 
  4. Ia juga membantu penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu yang semakin bertambah 
  5. Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi 
  6. Pada trimester ke-3 keperluan protein semakin meningkat bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Risiko Kekurangan PROTEIN untuk Ibu Hamil adalah seperti:-
  1. Dikhuatiri melahirkan bayi premature/tidak cukup bulan 
  2. Pembentukan sistem saraf mungkin terganggu dan menyebabkan kematian/keguguran 
  3. Pertumbuhan bayi akan terbantut dan tidak normal mengikut usia kehamilan 
  4. Ibu hamil mungkin berisiko mendapat anemia atau kekurangan sel darah merah 
  5. Penghasilan susu juga mungkin akan berkurang.
Shaklee mengeluarkan 1 produk Protein soya bukan-GMO iaitu ESP, ia dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. ESP merupakan sumber protein yang terbaik di pasaran. ESP kaya dengan protein dan kalsium untuk memberi tenaga berpanjangan. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.




Kenapa Ibu Hamil Perlu E-Soy Protein, Apa Kebaikannya
  1. ESP adalah suplemen terbaik untuk penyediaan badan ke arah proses penyusuan bayi 
  2. Membantu ibu hamil mendapatkantenaga yang lebih semasa tempoh hamil 
  3. Membantu meningkatkan system imum badan ibu 
  4. Ibu hamil yang pernah mengambil ESP mengatakan berat mereka lebih mudah atau cepat turun selepas bersalin 
  5. Menghasilkan kulit yang halus dan mulus 
  6. ESP boleh diambil berterusan sehingga kelahiran iaitu ketika tempoh berpantang bagi memulihkan luka dalaman. 
  7. Membantu aliran darah agar lebih sempurna 
  8. E-Soy Protein Juga Memberi Banyak Manfaat serta Kebaikan Kepada bayi 
  9. Protein yang berasasan soya NON-GMO yang sangat baik untuk perkembangan fetus(sel terbentuk daripada protein) 
  10. Kulit bayi akan menjadi putih bersih 
  11. Protein membantu membekalkan Asid Amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi 
  12. Membantu pertumbuhan plasenta dan uterus 
  13. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3 bagi pertumbuhan janin. 



Jadi, wanita-wanita sekalian dan ibu-ibu hamil sekalian, pilihlah protein yang terbaik untuk kesihatan anda dan kandungan anda.

Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

Tuesday, 8 September 2015

5 Khasiat ESP Rahsia Ibu Hamil Kekal Sihat, Cantik Dan Bertenaga

Hari ini saya akan kongsikan 5 Khasiat ESP Rahsia Ibu Hamil Kekal Sihat, Cantik Dan Bertenaga. ESP merupakan favourite kepada pencinta supplement Shaklee. Sesiapa pun yang consume Supplement Shaklee, pasti akan mencuba ESP. Dengan khasiat di dalam ESP ia menjadi BEST SELLER produk bagi Shaklee. Ia sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa, kanak-kanak dan warga emas.


Antara khasiat ESP contohnya, Siapa nak cantik boleh ambil ESP, hasilnya kulit jadi mulus. Siapa nak kurus boleh ambil ESP, hasilnya rasa kenyang yang lebih lama dah tidak 'craving' untuk makan itu dan ini. Siapa yang nak bertenaga pun amik ESP, tidak kira ibu mengandung atau individu berpuasa, hasilnya anda kekal bertenaga sepanjang hari tanpa rase lemau dan lesu.
di bawah ini pula khasiat untuk ibu hamil.

1. ESP meningkatkan imuniti badan ibu mengandung.
  • ESP Shaklee adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu meningkatkan imuniti badan ibu mengandung. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.



2. ESP Shaklee mengawal berat ibu mengandung dan elak diabetes
  • Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan ibu mengandung akan meningkat secara mendadak. Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. Itu adalah normal bagi ibu mengandung. Jangan ikutkan nafsu dan kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 
  • ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Sebab itulah, ramai ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Gejala diabetes terjadi apabila ibu mengandung memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.

3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 



  • Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada protein. Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini. Justeru itu sangatlah penting ibu mengandung mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 

4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.
  • Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Protein dalam ESP akan membuatkan sel-sel kulit kita akan bertambah gebu, halus mulus dan cantik berseri. Parut juga kian pudar dan hilang kerana protein telah mengantikannya dengan sel-sel baru. Ibu mengandung akan menjadi lebih cantik, gojes dan menawan walaupun berbadan dua. Kulit bayi di dalam kandungan juga akan menerima kebaikan ESP Shaklee ini. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 

5. ESP membantu ibu morning sickness di awal kehamilan. 
  • Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu mengandung mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa loya dan mual terutama apabila perut kosong. ESP Shakleemembantu membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang hari. Perut juga akan rasa kenyang lebih lama. ESP Shaklee mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain.
Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:



TESTIMONI 1:





TESTIMONI 2:





TESTIMONI 3:




TESTIMONI 4:







Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

Friday, 14 August 2015

7 Cara Untuk Mengurangkan Morning Sickness atau Loya Supaya Nampak Berseri Ketika Hamil

Assalamualaikum,

Entri kali ini saya akan kongsikan 7 Cara Untuk Mengurangkan Morning Sickness atau Loya Supaya Nampak Berseri Ketika Hamil dengan selamat dan berkesan!


Kebanyakan wanita hamil mengalami masalah ini terutamanya di awal trimester kehamilan. Ia dipercayai berpunca daripada beberapa faktor. Salah satunya adalah perubahan fisiologi, hormon dan alahan terhadap bau bau tertentu.

Mabuk hamil atau morning sickness terjadi biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan. Ianya berlaku seawal minggu ke-6 dan berakhir pada minggu ke-16 kehamilan. Walaupun dipanggil "morning sickness", tidak semestinya ia terjadi pada waktu pagi sahaja. Terdapat sebahagian ibu-ibu mengandung yang mengalami loya dan mual yang berterusan dari pagi sehingga ke petang atau malam, malah berlarutan sehingga ke saat melahirkan!

Masalah ini akan beransur pulih apabila usia kehamilan meningkat. Paling penting, ia tidak mengundang bahaya kepada bayi. Malah ada doktor berpendapat bahawa morning sickness adalah petanda bayi anda berkeadaan sihat.

Walau bagaimana pun, jika anda mengalami morning sickness dan pada masa yang sama menghadapi masalah penurunan berat badan. Ia akan menjadi suatu masalah, ini kerana anda mungkin berhadapan masalah dehidrasi yang memungkinkan anda untuk mendapat rawatan segera.

Terdapat beberapa tips atau panduan yang boleh diamalkan untuk mengatasi morning sickness atau loya ini. Antaranya ialah:


Tips Mengurangkan Morning Sickness

  1. Pengambilan Vitamin B6 - Ibu mengandung disyorkan mengambil 25mg sebanyak 3 kali sehari. Bagi mengatasi masalah morning sickness, jumlah yang disyorkan ialah sebanyak 200mg sehari. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu vitamin ya!
  2. Minum 10 gelas air kosong - Walaupun sering muntah, ibu mengandung perlu minum air kosong dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi dan sembelit. 
  3. Bawa bekal kudap-kudapan dalam beg tangan - Kudapan seperti biskut atau kekacang membantu mengurangkan rasa tidak selesa di dalam mulut dan juga boleh di kudap bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
  4. Elakkan makanan pedas dan berminyak - Makanan tersebut akan menyebabkan perut tidak selesa dan menambahkan lagi rasa mual dan loya
  5. Jangan terus bangun dari tempat tidur - Ambil masa untuk bangun dari katil seperti duduk dahulu sebelum bangun dan melangkah ke bilik air! Sediakan tin biskut di tepi katil dan kudaplah sekeping biskut krakers sebelum bangun dari katil bagi mengurangkan rasa loya.
  6. Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit - Ibu mengandung memerlukan sebanyak 300-500 kalori tambahan setiap hari. Bagi memenuhi keperluan kalori harian, disarankan agar ibu mengandung mengambil satu hidangan makanan dengan kerap tetapi dalam bahagian yang kecil. Makan dengan banyak sekaligus akan menambahkan lagi rasa loya.
  7. Peppermint dan halia membantu mengatasi rasa loya dan mual - Jika sudah terbiasa minum teh tarik atau nescafe ais semasa belum hamil, cuba ubah kepada teh peppermint atau teh halia bagi mengurangkan rasa mual. Gula-gula yang berangin juga membantu mengurangkan loya.


Ini adalah salah satu Testimoni dari pengguna.



Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea