Friday, 14 August 2015

7 Cara Untuk Mengurangkan Morning Sickness atau Loya Supaya Nampak Berseri Ketika Hamil

Assalamualaikum,

Entri kali ini saya akan kongsikan 7 Cara Untuk Mengurangkan Morning Sickness atau Loya Supaya Nampak Berseri Ketika Hamil dengan selamat dan berkesan!


Kebanyakan wanita hamil mengalami masalah ini terutamanya di awal trimester kehamilan. Ia dipercayai berpunca daripada beberapa faktor. Salah satunya adalah perubahan fisiologi, hormon dan alahan terhadap bau bau tertentu.

Mabuk hamil atau morning sickness terjadi biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan. Ianya berlaku seawal minggu ke-6 dan berakhir pada minggu ke-16 kehamilan. Walaupun dipanggil "morning sickness", tidak semestinya ia terjadi pada waktu pagi sahaja. Terdapat sebahagian ibu-ibu mengandung yang mengalami loya dan mual yang berterusan dari pagi sehingga ke petang atau malam, malah berlarutan sehingga ke saat melahirkan!

Masalah ini akan beransur pulih apabila usia kehamilan meningkat. Paling penting, ia tidak mengundang bahaya kepada bayi. Malah ada doktor berpendapat bahawa morning sickness adalah petanda bayi anda berkeadaan sihat.

Walau bagaimana pun, jika anda mengalami morning sickness dan pada masa yang sama menghadapi masalah penurunan berat badan. Ia akan menjadi suatu masalah, ini kerana anda mungkin berhadapan masalah dehidrasi yang memungkinkan anda untuk mendapat rawatan segera.

Terdapat beberapa tips atau panduan yang boleh diamalkan untuk mengatasi morning sickness atau loya ini. Antaranya ialah:


Tips Mengurangkan Morning Sickness

  1. Pengambilan Vitamin B6 - Ibu mengandung disyorkan mengambil 25mg sebanyak 3 kali sehari. Bagi mengatasi masalah morning sickness, jumlah yang disyorkan ialah sebanyak 200mg sehari. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu vitamin ya!
  2. Minum 10 gelas air kosong - Walaupun sering muntah, ibu mengandung perlu minum air kosong dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi dan sembelit. 
  3. Bawa bekal kudap-kudapan dalam beg tangan - Kudapan seperti biskut atau kekacang membantu mengurangkan rasa tidak selesa di dalam mulut dan juga boleh di kudap bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
  4. Elakkan makanan pedas dan berminyak - Makanan tersebut akan menyebabkan perut tidak selesa dan menambahkan lagi rasa mual dan loya
  5. Jangan terus bangun dari tempat tidur - Ambil masa untuk bangun dari katil seperti duduk dahulu sebelum bangun dan melangkah ke bilik air! Sediakan tin biskut di tepi katil dan kudaplah sekeping biskut krakers sebelum bangun dari katil bagi mengurangkan rasa loya.
  6. Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit - Ibu mengandung memerlukan sebanyak 300-500 kalori tambahan setiap hari. Bagi memenuhi keperluan kalori harian, disarankan agar ibu mengandung mengambil satu hidangan makanan dengan kerap tetapi dalam bahagian yang kecil. Makan dengan banyak sekaligus akan menambahkan lagi rasa loya.
  7. Peppermint dan halia membantu mengatasi rasa loya dan mual - Jika sudah terbiasa minum teh tarik atau nescafe ais semasa belum hamil, cuba ubah kepada teh peppermint atau teh halia bagi mengurangkan rasa mual. Gula-gula yang berangin juga membantu mengurangkan loya.


Ini adalah salah satu Testimoni dari pengguna.



Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

No comments:

Post a Comment