Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati (liver) untuk diubah menjadi larut air.
Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.
Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati (liver) oleh kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.
Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh makan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.
Peranan ESP
- Pembekalan Tenaga – membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatan system imun. Maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migraine, insomnia, dan tekanan. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan sistem imun dalam melawan penyakit.
- Meringankan Stress – Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa, memeperbaiki jantung berdebar, gementar, dan stress. Juga memperbaiki depresi, sakit kepala dan pitam.
No comments:
Post a Comment