Sunday, 28 September 2014

Cara Hilangkan Jeragat Mudah Dengan Dan Berkesan Dengan Collagen Powder Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sempena dengan promosi Collagen Powder Shaklee Beli 6 Percuma 1 yang hanya tinggal beberapa hari lagi, saya ingin kongsikan Cara Hilangkan Jeragat Dengan Mudah Dan Berkesan Dengan Collagen Powder Shaklee. Sudah ramai yang mengalami keberkesan Collagen Powder Shaklee untuk hilangkan jeragat ini. Memang agak sukar untuk menghilangkan jeragat ini, ade yang buat rawatan laser, rawatan tradisional dan pelbagai rawatan lain lagi semata-,ata untuk menghilangkan jeragat, Namun, dengan produk Shaklee, iaitu Collagen Powder, anda tidak perlu bimbang kerana ianya terbukti berkesan.  Sebelum itu, kita kenali dulu apa itu jeragat.




Apa itu Melasma / Jeragat?
Melasma atau lebih dikenali sebagai jeragat adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada matahari yang selalunya terdapat dibahagian muka. Ianya boleh jadi dalam tompokan-tompokan kecil atau pun besar. Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya akan tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat selain menjejaskan penampilan. Jeragat juga dikenali sebagai tompok hitam. pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok dibeberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ianya boleh menjejaskan sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun wanita.



Kelebihan Shaklee Collagen Powder ialah:
  1. Membantu menguatkan rambut dan meransang pertumbuhan semula
  2. Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang, dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  3. Kulit akan kurang kering dan keanjalan semakin bertambah baik. Kulit akn mudah baik jika terdapat luka. 
  4. Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  5. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan ia menjadi rapuh.
  6. Membantu mengurangkan kesakitan geseran sendi-sendi 
  7. Kornea mata memerlukan kolagen. Ia membantu otot mata kekal anjal.
  8. Memastikan otak sentiasa sihat. Sel Glya membekal nutrisi pada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting mempunyai otak yng sihat untuk kita menumpuh hari tua.
  9. Menghilangkan jeragat
  10. Merawat kulit kusam
  11. Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata



Cara makan & Membuat Masker Shaklee Collagen Powder:

  1. Campur sepaket Shaklee Collagen Powder bersama jus oren yang sejuk. Sedap!!
  2. Campur sepaket Shaklee Collagen Powder dengan air suam.
  3. Shaklee Collagen Powder juga boleh digunakan untuk di buat masker. Ambil 2 cubit serbuk Shaklee Collagen Powder campurkan dengan sedikit air dan sapukan di muka. Biarkan selama 10-15 minit untuk mendapat hasil yang maksima!!

Testimoni










Bagaimana untuk mendapatkan Collagen Powder atau sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Saturday, 27 September 2014

Bagaimanan CoQ10 Berfungsi Untuk Kesuburan Lelaki dan Perempuan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang Bagaimanan CoQ10 Berfungsi Untuk Kesuburan Lelaki dan Perempuan. Pernahkah anda ketahui bahawa CoQ10 ini juga mempunyai fungsi untuk keseburan lelaki dan perempuan? CoQ10 ini bukan sahaja untuk kesihatan jantung malah ia juga mempunyai funsi untuk kesuburan lelaki dan wanita.  Sebenarnya, peranan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki telah lama dikaji oleh para penyelidik manakala hipotesis tentang peranan CoQ10 terhadap kesuburan wanita pula mula diperkenalkan pada tahun 2009. Jurnal ‘Fertility & Sterility’ telah menerbitkan kajian tersebut yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang diketuai oleh Eliezer Burstein M.D. Kesan daripada pengambilan CoQ10 ini didapati telah membantu kejayaan proses IVF bagi pesakit-pesakit beliau. Dalam masa 3 tahun, kadar kejayaan IVF dalam kalangan pesakit wanita yang berumur lebih 40 tahun meningkat sebanyak 10 peratus.

Kemudian, beberapa kajian lanjut yang dijalankan juga menunjukkan hasil yang menarik dan mula mengukuhkan lagi hipotesis sebelum ini. (Kami hanya menunjukkan sebahagian kajian sahaja)

Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita
CoQ10 memainkan peranannya dalam Mitokondria. Mitokondria adalah ibarat stesen janakuasa bagi sesuatu sel. CoQ10 akan memainkan peranan bagi penghasilan ATP sebagai sumber tenaga bagi membantu ‘oocyte primer’ iaitu telur yang belum matang untuk berkembang kepada telur yang matang (secondary oocyte). Telur yang matang ini akan dibebaskan keluar dari Ovari dan menuju ke Tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.

Proses pematangan Oosit Primer ini sangat memerlukan ATP(sumber tenaga) yang banyak. Bagi sesetengah wanita terutamanya yang sudah berusia, kandungan CoQ10 ini semakin berkurangan. Oleh itu, ATP dalam Mitokondria juga berkurangan menyebabkan kualiti telur merosot.

Seseorang bayi perempuan akan lahir dengan sejumlah telur yang akan dibebaskan satu demi satu setiap bulan. Katakanlah seseorang wanita tersebut berusia 40 tahun, maka telur wanita tersebut juga berusia 40 tahun. CoQ10 yang terkandung secara semula jadi dalam diet harian seperti ikan, daging dan sesetengah buah-buahan dan sayuran adalah sangat sedikit bagi menampung kekurangan ini.

Oleh itu, dengan izin Yang Maha Pencipta, pengambilan CoQ10 akan membantu membekalkan tenaga bagi proses penghasilan telur yang sihat dan berkualiti.

Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalan oleh CoQ10. Namun dengan peningkatan usia dan kaedah pemakanan yang tidak sihat, kandungan CoQ10 dalam seseorang wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini akan memastikan bahawa telur yang terhasil adalah sihat, matang dan berkualiti. Kesimpulannya, CoQ10 akan bertindak di peringkat awal proses pematangan telur pada peringkat Oosit Primer.


Bagaimana untuk mendapatkan CoQ10 atau sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Thursday, 25 September 2014

Mahu Hilangkan Mengantuk? Bertukarlah Dari Kopi Kepada Cinch Tea Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda tentang Cinch® Energy Tea Mix yang dapat memberikan anda kesegaran, bertenaga, sekali gus menghilangkan rasa mengantuk. Anda mahu hilangkan mengantuk kan? Lebih-lebih lagi di pejabat selepas waktu makan tengah hari atau ketika memandu. Biasa kita dengar bila minum kopi sahaja yang dapat hilangkan mengantukkan? hari ini saya perkenalkan dan cadangkan kepada anda untuk bertukar kepada Cinch® Energy Tea Mix kerana ianya selama dan sihat. Disamping kurang kafein. Untuk pengetahuan anda, hanya 70mg sahaja kafein yang terdapat dalam secawan Cinch® Energy Tea Mix.



Bagaimana Cinch® Energy Tea Mix Elak Mengantuk?

Cinch® Energy Tea Mix ialah sejenis minuman teh segera yang berkesan jika anda nak elak mengantuk ketika memandu. Cinch® Energy Tea Mix mengandungi:

1. Teh Merah (Rooibos Red Extract) – tumbuhan herba dari Afrika, juga dikenali sebagai “the miracle tea” atau “long life tea” yang berupaya melarutkan lemak dan meningkatkan kadar metabolisme “fat burner” serta ejen detox yang kuat.

2. Teh Hijau (Matcha Green Tea Powder) – teh hijau gred tertinggi dari Jepun. Mempunyai antioksida yang sangat tinggi, berfungsi sebagai energy booster, metabolisme booster dan berupaya membakar kalori sehingga 4 kali ganda.

3. Taurina – Dapat mempertingkatkan metabolisme yang bertindak membekalkan lebih tenaga. Ia juga berfungsi melarutkan lemak. Maka otot yang dibina adalah tanpa salutan lemak.

4. Maltodextrin – bahan daripada jagung.

5. Teh Putih (White Tea Extract) – teh yang menjalani pemprosesan paling minimum (untuk mengekalkan keaslian), dapat membakar lemak dan menghalang penghasilan sel lemak yang tidak diperlukan. Ia juga berupaya meningkatakan metabolisme.




Cinch® Energy Tea Mix ini sangat sedap, boleh diminum panas atau sejuk. Mempunyai rasa aroma yang menyegarkan. Boleh diminum tanpa gula, atau dengan gula secukup rasa. Ia juga sesuai dibancuh bersama minuman Performance. Gabungan Cinch® Energy Tea Mix bersama Performance membuatkan saya sangat bertenaga dan tidak mengantuk!

Cinch® Energy Tea Mix ini sangat disyorkan untuk elak mengantuk ketika memandu. Anda mesti mencubanya hari ini!

Kesan selepas minum?

Ramai yang tanya kesan selepas minum Cinch® Energy Tea Mix ni..biasanya selepas minum, anda akan rasa lebih bertenaga dan mudah berpeluh..hal ini kerana Cinch® Energy Tea Mix boleh membantu memberikan tenaga dan meningkatkan metabolisme badan. Sangat dicadangkan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan tetapi mengalami masalah metabolisme rendah..apapun, Cinch® Energy Tea Mix tidaklah membuatkan anda sakit perut atau cirit birit selepas meminumnya..tetapi memberi kesan secara positif bagi sesetengah pengguna bahkan bagi mereka yang ada masalah detox..

Testimoni



Bagaimana untuk mendapatkan Cinch® Energy Tea Mix atau sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Fungsi, Kelebihan Dan Kebaikan Ostematrix


Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia. Kalsium amat penting pada tubuh badan tidak kira kanak-kanak, dewasa atau warga emas. Shaklee telah mengeluarkan satu produk iaitu Ostematrix yang khusus untuk menambah kalsium di dalam tubuh badan kita. Sangan banyak fungsi, kelebihan dan kebaikan di dalam 1 botol oxtematrix. Antara fungsi, kelebihan dan kebaikan Ostematrix ialah:

                               


**************************************************
Fungsi, kelebihan & kebaikan ostematrix shaklee
**************************************************

1. Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2. Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3. Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4. Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5. Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6. Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8. Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*

9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

10. Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

Kalsium adalah mineral yang paling penting, dan kita cenderung mengabaikan ia. Kebanyakan kanak-kanak cerewet untuk minum susu dan akhirnya berhenti minum susu sama sekali. Harus diketahui bahawa mengabaikan mineral kalsium boleh menyebabkan banyak penyakit yang serius dalam jangka panjang. Kalsium adalah elemen penting dalam diet mana-mana manusia yang sihat. Jika susu dan produk tenusu tidak diingini, cuba untuk menggabungkan bahan-bahan ini dengan bijirin lain dan membuat resipi yang melibatkan susu dan produk tenusu. Walau bagaimanapun, kalsium tambahan boleh didapati di kedai-kedai/farmasi, walau bagaimanapun ia sentiasa dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mula mengambil apa-apa ubat.


Bagaimana untuk mendapatkan Ostematrix atau sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Wednesday, 24 September 2014

Bagaimana Untuk Mengelakkan dan Merawat Kekejangan Ketika Hamil

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. Jadi, bagaimana untuk mengelakkan dan merawat kekejangan otot ketika hamil? dan bagaimana kekejangan otot ini tidak mengganggu tidur anda?



Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil:
************************************************************************
Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.


Bagaimanakah Untuk melegakan kesakitan ini?
********************************************
Mujurlah kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku:
Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
Urut otot yang kejang itu.
Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, dengan mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Apakah suplemen yang dicadangkan?
*******************************


Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Bagaimana untuk mengelakkan kekejangan
*************************************
  • Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 
  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
untuk mencuba sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.


Tuesday, 23 September 2014

Penapis Air Terhebat: Get Clean Water Pitcher Shaklee

Apakah Get Clean® Water
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.



Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Mengapa Get Clean® Water Lebih Hebat Dari Jenama Lain
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Mengapa Get Clean® Water Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa (Sangat suka ciri ini-nak gi berkelah pun saya boleh bawa Water Pitcher pasni..hehe.. i likeeeee u!)
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak (Ni juga salah satu sebab saya nak...saya macam tak sempat jer nak masak air dan sejukkan pada suhu bilik untuk kegunaan harian tiap2 hari)

Keistimewaan Get Clean® Water Shaklee

Mesra Alam: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Selamat: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

Handal: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

Keistimewaan Get Clean® Water Shaklee









untuk mencuba sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Monday, 22 September 2014

Q & A Tentang Vitamin C Sustained Release Shaklee

Sustained Release Vita-C merupakan vita-C semulajadi pertama didunia yang bertindak secara "Sustained Release". Iaitu pelepasan vitaminc secara perlahan-lahan dan berterusan setiap 5 jam dalam tempoh 24 jam. Di mana setiap 5 jam sebanyak 100mg daripada 1 bij tablet (mengandungi 500mg Vitamin C) yang bersamaan 7 1/2 biji oren dilepaskan ke dalam badan.




1. Apakah kandungan Vitamin C Sustained Release Shaklee? 
Sustained Release Vita-C & Chewable Vita-C Plus membekalkan 'bioflavinoid' dalam jumlah seimbang iaitu 120mg. Bioflavinoid adalah aksesori nutrisi yang membentuk asid askorbik atau vitamin C complex. Bioflavinoid hanya boleh didapati dalam buah-buahan asli dan tidak diperolehi dalam vitamin C sintetik. Aksesori nutrisi ini membantu mengurangkan kanser, penyakit kardiovaskular, osteoporosis, dan memberi faedah-faedah kesihatan lain seperti antibakteria, antivirus, anti-radang, antioksidan dan kadang-kadang digunakan sebagai anti alergenik.


2. Apa kelebihan dan kebaikan Vitamin C Sustained Release Shaklee?
Mencantikkan kulit
- Pengambilan Vita C setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.

Membentuk Kolagen
- Ia dapat merangsang pembentukan kolagen yang mana kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki simptom Pendarahan
- Kekurangan Vita C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

Memperbaiki Insomnia
- Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

Mengekalkan Kolesterol Sihat
- Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


3. Tahan berapa lama Vitamin C Sustained Release Shaklee?
Vitamin C Sustained Release Shaklee mengandungi 180 biji dan tahan selama 6 bulan. Sangat jimat dan tidak perlu berbelanja tiap-tipa bulan.


4. Bagaimana cara makan Vitamin C Sustained Release Shaklee?
Vitamin C Sustained Release Shaklee disarankan diambil 1 biji sehari selepas makan waktu pagi.


5. Siapa yang sesuai ambil Vitamin C Sustained Release Shaklee ?
  • Perokok - kerana 1 batang rokok boleh melupuskan 50-100mg vitamin COrang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

6. Ibu hamil sesuai tak ambil Vitamin C Sustained Release Shaklee? 
Sangat sesuai kerana melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


7. Ada tak testimoni keberkesanan Vitamin C Sustained Release Shaklee?

Berikut merupakan testimoni pengguna yang telah mengambil dan mengamalkan Vitamin C Sustained Release Shaklee

Vitamin C Sustained Release Shaklee sangat bagus untuk Selsema



Vitamin C Sustained Release Shaklee sangat bagus untuk masalah bengkak gusi, gusi berdarah dan nafas berbau

Vitamin C Sustained Release Shaklee sangat bagus untuk Gastrik



8. Macam mana cara nk beli Vitamin C Sustained Release Shaklee?
Untuk mendapatkan Vitamin C Sustained Release Shaklee anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Sunday, 21 September 2014

Testimoni Collagen Powder Shaklee Oleh Pengguna

Hari ini sangant teruja untuk berkongsi testimoni Collagen Powder dengan anda semua. Ada yang hilang jeragat, jerawat, kedutan, garisan halus hilang, hanya dengan Collagen Powder Shaklee.

Apakah Collagen Powder Shaklee
* Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

* Terdapat 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luar.

*Mengikut pamplet Shaklee tentang Collagen powder ini, “Terbukti dapat memperbaiki tesktur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu“


Testimoni Collagen Powder Shaklee Dari pengguna
















untuk mendapatkan Collagen Powder Shaklee,atau mahu mencuba sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.


Saturday, 20 September 2014

Cara Solat Sunat Taubat yang Mudah Dan Ringkas

.Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Taubat:

1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.


Cara Solat Sunat Taubat
.
1. Niat Solat Sunat Taubat:



.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:


Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas


3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim). 

4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

5. Baca Doa Taubat.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

Testimoni Vivix Shaklee Daripada Pengguna

Pernah anda dengar tentang kehebatan dan keberkesanan Vivix kepada pengguna? Mungkin anda telah banyak membaca dan mengetahui testimoni-testimoni yang telah berjaya sihat dengan vivix kan? Jom saya kenalkan anda secara ringkas apa itu vivix.

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.

Vivix Shaklee merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis Shaklee.

Dalam ujian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sel.

Ramuan utamanya ialah anggur muscadine iaitu anggur paling hebat dengan 20 kromosom (anggur biasa ada 19 kromosom), purple carrot, elder berry dan knotweed Jepun yang memang telah diketahui mempunyai nilai tinggi dalam kesihatan manusia.

Selain itu, Vivix Shaklee bertindak dengan 4 mekanisme penuaan tahap sel dengan

❤ melindungi dan memperbaiki kerosakan sel peringkat DNA!

❤ mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan

❤ menggalakkan pembentukan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel

❤ ramuan Vivix sendiri adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation ends products)


Antara testimoni-testimoni pengguna Vivix












Bagaimana untuk mendapatkan Vivix atau sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:
FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Friday, 19 September 2014

Cara Solat Sunat Tahajjud Yang mudah dan Ringkas

Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin kongsikan cara solat sunat tahajjud yang mudah dan ringkas, mengikut kemampuan anda. Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Tujuan Solat Tahajjud
  • Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  • Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  • Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  • Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  • Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
..
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
Doa Sebelum Tahajjud .
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2. Niat Solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
..

3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:


a)

Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Atau;

b)

Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)

10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.

(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
doa sujud akhir tahajud..
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:
..
6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
Doa Solat Sunat Tahajjud
.Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! .



Kelebihan Solat tahajjud
  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim
.
Memudahkan Bangun Solat Malam
Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
Membaca ayat-ayat Al-Quran.
.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)