Friday, 14 August 2015

7 Cara Untuk Mengurangkan Morning Sickness atau Loya Supaya Nampak Berseri Ketika Hamil

Assalamualaikum,

Entri kali ini saya akan kongsikan 7 Cara Untuk Mengurangkan Morning Sickness atau Loya Supaya Nampak Berseri Ketika Hamil dengan selamat dan berkesan!


Kebanyakan wanita hamil mengalami masalah ini terutamanya di awal trimester kehamilan. Ia dipercayai berpunca daripada beberapa faktor. Salah satunya adalah perubahan fisiologi, hormon dan alahan terhadap bau bau tertentu.

Mabuk hamil atau morning sickness terjadi biasanya berlaku pada trimester pertama kehamilan. Ianya berlaku seawal minggu ke-6 dan berakhir pada minggu ke-16 kehamilan. Walaupun dipanggil "morning sickness", tidak semestinya ia terjadi pada waktu pagi sahaja. Terdapat sebahagian ibu-ibu mengandung yang mengalami loya dan mual yang berterusan dari pagi sehingga ke petang atau malam, malah berlarutan sehingga ke saat melahirkan!

Masalah ini akan beransur pulih apabila usia kehamilan meningkat. Paling penting, ia tidak mengundang bahaya kepada bayi. Malah ada doktor berpendapat bahawa morning sickness adalah petanda bayi anda berkeadaan sihat.

Walau bagaimana pun, jika anda mengalami morning sickness dan pada masa yang sama menghadapi masalah penurunan berat badan. Ia akan menjadi suatu masalah, ini kerana anda mungkin berhadapan masalah dehidrasi yang memungkinkan anda untuk mendapat rawatan segera.

Terdapat beberapa tips atau panduan yang boleh diamalkan untuk mengatasi morning sickness atau loya ini. Antaranya ialah:


Tips Mengurangkan Morning Sickness

  1. Pengambilan Vitamin B6 - Ibu mengandung disyorkan mengambil 25mg sebanyak 3 kali sehari. Bagi mengatasi masalah morning sickness, jumlah yang disyorkan ialah sebanyak 200mg sehari. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu vitamin ya!
  2. Minum 10 gelas air kosong - Walaupun sering muntah, ibu mengandung perlu minum air kosong dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi dan sembelit. 
  3. Bawa bekal kudap-kudapan dalam beg tangan - Kudapan seperti biskut atau kekacang membantu mengurangkan rasa tidak selesa di dalam mulut dan juga boleh di kudap bagi mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
  4. Elakkan makanan pedas dan berminyak - Makanan tersebut akan menyebabkan perut tidak selesa dan menambahkan lagi rasa mual dan loya
  5. Jangan terus bangun dari tempat tidur - Ambil masa untuk bangun dari katil seperti duduk dahulu sebelum bangun dan melangkah ke bilik air! Sediakan tin biskut di tepi katil dan kudaplah sekeping biskut krakers sebelum bangun dari katil bagi mengurangkan rasa loya.
  6. Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit - Ibu mengandung memerlukan sebanyak 300-500 kalori tambahan setiap hari. Bagi memenuhi keperluan kalori harian, disarankan agar ibu mengandung mengambil satu hidangan makanan dengan kerap tetapi dalam bahagian yang kecil. Makan dengan banyak sekaligus akan menambahkan lagi rasa loya.
  7. Peppermint dan halia membantu mengatasi rasa loya dan mual - Jika sudah terbiasa minum teh tarik atau nescafe ais semasa belum hamil, cuba ubah kepada teh peppermint atau teh halia bagi mengurangkan rasa mual. Gula-gula yang berangin juga membantu mengurangkan loya.


Ini adalah salah satu Testimoni dari pengguna.



Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

3 Tips Memilih Baju Untuk Orang Kurus Supaya Kelihantan Sedikit Berisi.

Miliki bentuk tubuh dan berat badan yang ideal merupakan satu keinginan dan impian yang dimiliki oleh semua orang. Karana dengan memilikinya maka kita akan lebih mudah dalam me”make over” diri kita seperti apa yang kita inginkan. Terutama dalam menjaga penampilan yang kita miliki dari segi pakaian. Mungkin ramai di antara kita yang selama ini menganggap bahawa permasalahan pemilihan tubuh hanya dirasakan oleh mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau orang gemuk saja. Mereka yang memiliki bentuk badan yang kurus juga mempunyai masalah yang hampir serupa ketika hendak memilih pakaian yang akan dikenakannya.


Oleh sebab itu lah, saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai tips memilih baju untuk orang kurus. Di antaranya adalah sebagai berikut:

1. Tips memilih baju untuk orang kurus yang pertama yang akan saya kongsikan di sini adalah memilih ukuran baju yang sesuai. Sesuai yang saya maksudkan di sini adalah jangan memilih baju yang terlalu press body dan jangan terlalu longgar karana ia akan memberikan kesan yang buruk bagi penampilan anda. Sebaiknya anda harus memilih ukuran baju yang sedikit lebih besar dari ukuran tubuh anda untuk menghilangkan kesan “kerempeng”. Namun, seperti yang saya katakan jangan berlebihan, karana baju yang tampak kendur  atau longgar akan membuat tubuh anda nampak semakin kurus.

2. Jika anda memilih baju yang memiliki motif garis – garis. Maka sebaiknya anda memilih baju dengan motif garis melintang atau horizontal dan sebaliknya anda sangat disarankan untuk tidak memilih baju dengan motif garis vertikal atau tegak lurus. Kerana garis-garis yang melintang pada baju akan memberikan kesan terlihat lebih gemuk pada penggunaannya, sedangkan garis vertikal akan membuat tubuh anda tampak semakin kecil atau kurus.

3. Pilih bahan yang mampu membuat tubuh anda nampak berisi. Memilih baju yang tebal namun diperbuat dari bahan yang sekesa adalah salah satu alternatif berpakaian terbaik yang sebaiknya dilakukan oleh orang yang memiliki tubuh kurus. Alasan pertama adalah karana dengan kain yang tebal dan selesa, bentuk tubuh yang anda miliki tidak akan kelihatan dan anda akan terlihat lebih berisi. Alasan kedua, jika anda memilih untuk memakai sehelai baju yang nipis apalagi yang tembus pandang, hal tersebut sama saja dengan mempamerkan tubuh kurus yang anda miliki. Sehingga akan menciptakan sebuah kesan yang tidak elok dipandang, baik bagi anda sendiri maupun orang yang kebetulan melihat anda. Jadi sebaiknya, yang harus anda lakukan adalah dengan selalu menyedari bagaimana harusnya anda memilihkan baju dengan bahan tertentu untuk tubuh kurus yang anda miliki tersebut.

4. Anda juga dicadangkan untuk mengambil vitamin untuk menambahkan berat badan. Antara vitamin yang saya ambil untuk menambahkan berat badan saya ialah Vitamin Shaklee. Antara Vitamin tersebut ialah:


Vitalea Iron Formula - Multivitamin yang hebat sebagai suplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.


Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


Meal Shakes - Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.


Anda perlu mengambil Vitalea, B Complex dan Meal Shakes mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selapas sebulan.
Demikianlah tadi, beberapa tips memilih baju untuk orang kurus dan tip untuk menambahkan berat badan anda. Semoga dengan tips ini anda dapat memperbaiki penampilan anda menjadi lebih berisi dengan memperhatikan beberapa tips yang saya sampaikan di atas.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

Saturday, 8 August 2015

4 Tips Kekalkan Berat Badan Ketika Syawal Walaupun Menghadiri Banyak Rumah Terbuka

Assalamualaikum,

Entry kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua 5 tips Kekalkan Berat Badan Ketika Syawal Walaupun anda Menghadiri banyak Rumah Terbuka @ Open House atau pun kenduri kahwin.



Seperti biasa setiap tahun dalam bulan syawal nie tiap-tiap minggu ade open house. Ade jugak dalam 1 hari sampai 2 atau 3 majlis..tak termasuk dengan majlis kenduri kahwin lagi. Ternyata makanan yg dihidngkan membangkitkan selera. Apa lagi, tanpa rase bersalah pada tubuh badan, anda memonopoli makanan yang ada depan mata dan untuk memujuk hati, hanya akan berkata " tak pe la setahun skali je makan banyak macam nie". Tanpa anda sedar, tubuh anda bagai dipam-pam. Habis je syawal baru la menyesal sebab badan naik dengan mendadak dan perlu bekerja keras dengan diet, bersenam untuk kembalikan bentuk badan yang asal.



Tapi, bukan mudah untuk menurunkan berat badan anda supaya kembali ke jarum penimbang yang asal. Untuk menaikkan berat badan, anda hanya perlukan seminggu. Namun, untuk menurunkan berat badan, sebulan pun belum tentu turun lagi tau..

Jadi apa yang perlu anda lakukan? Kat sini saya akan kongsikan dengan anda ape tips yang saya amalkan.


1. Mulakan Dengan Makanan Ringan

- Sekali pandang, semua makanan nak rase kan? Jadi, kalau boleh, kawal pandangan anda, mulakan dengan makanan ringan seperti buah-buahan atau kuih-muih dahulu untuk mengalas perut, nanti tak ade la makan makanan berat dengan banyak sebab dah rase kenyang makan makanan ringan tadi.


2. Elakkan Mengambil Banyak Makanan Sekali Gus

- Selalu saya tengok ramai diantara kita yang mengambil pelbagai jenis makanan contohnya nasi, mee, kuih, buah, sampai 2 hingga 3 pinggan, alasannya dengan mengambil banyak, nanti tak payah untuk ulang alik mengambil makanan lagi. Keadaan ini sangat bahaya kerana anda berisiko menghabiskan makanan tersebut.


3. Pilih Makanan Yang Anda Inginkan Namun Kuantiti Yang Sedikit

- Semua orang mempunyai selera dan nafsu makan, apa yang saya lakukan, saya hanya akan memilih 1 menu sahaja dengan kuantiti yang diperlukan. Contoh Satey bersama nasi impit dan kuah kacang. Saya akan menghabiskan menu itu sahaja. Tiada lagi menu nasi, mee atau laksa. Jika anda ingin menu lain, anda boleh pilih. Tapi perlu ingat, ambil dalam kuantiti yang sedikit.


4. Amalkan Vitanim

 

- Tidak dinafikan saya juga mengambil makan yang mengandungi kolestrol yang tinggi ketika menghadiri majlis jamuan begini. Namun, apa yang saya buat selepas makan ialah saya akan mengambil Licithin atau Omega Guard untuk membakar lemak tersebut. Alfalfa atau Herblex pula sayan ambil untuk memudahkan proses detox atau pembuangan. Selepas lemak dibakar, ia perlu dibuang sepaya tidak memudaratkan tubuh kita. Seterusnya, ambil Cinch atau ESP untuk membina otot yang menggelebih akibat lemak yang telah dibuang tadi. ESP juga sangat bagus kerana memberi kita rasa kenyang, so, tak ade la pergi majlis nanti makan banya-banyak kan? sebab awal-awal lagi dan minum ESP.


Badan yang kurus serta mempunyai bentuk badan yang cantik memang menjadi idaman semua orang, lagi-lagi wanita. Anda sendiri yang bertanggungjawab pada tubuh badan anda. Bukan hanya untuk kelihatan cantik, tapi untuk cantik dalaman juga. Jumpa lagi di entry seterusnya bye...


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea

5 Tips Memilih Baju & Warna Supaya Nampak Kurus dan Ramping


Ramai yang  tidak tahu bagaimana untuk memilih pakaian agar nampak sesuai dengan bentuk tubuh badan dan lebih langsing apabila dipandang. Semestinya sukar bagi anda jika tidak mengetahuinya. Untuk itu saya ingin berkongsi tips cara memilih baju dan warna supaya lebih nampak kurus dan langsing dan semoga tips ini membuat anda lebih langsing tanpa bekerja keras membanting tulang untuk melakukan diet.



Pertama sekali anda perlu mempelajari bentuk tubuh anda. Bahagian mana yang menonjol yang merupakan pusat perhatian dari bahagian bermasalah di tubuh anda agar anda nampak lebih lansing. Contohnya, elakkan memakai tali pinggang yang terlalu lebar dan besar bila pinggang anda terlalu besar. 

Untuk yang memiliki badan yang besar di bahagian atas, elakkan memakai baju yang ketat dibahagian tersebut. Anda seeloknya menggunakan baju yang warna lebih gelap. Pakailah pakaian dengan lengan besar atau  yang akan nampak jatuh dan longgar ke bawah untuk menutupi pinggul dan pinggang. Anda juga boleh menggunakan pakaian berasaskan cottan. Salah satu cara lain untuk nampak lebih langsing adalah dengan menggunakan pakaian satu jenis warna sahaja. Cara ini akan membantu kelihatan langsing.



Warna memainkan peranan yang besar untuk nampak lebih langsing. Warna hitam memang yang paling sesuai untuk mengelakkan tubuh anda nampak agak besar. Namun tidak bererti anda harus selalu memakai baju bewarna hitam dan anda tidak berani memakai pakaian berwarna lain. Anda dapat memakai baju berwarna lain namun sebagai hiasan saja yang boleh digunakan. Pola yang besar juga cenderung kelihatan tubuh anda nampak lebih besar. Jadi carilah design yang sederhana untuk menjadikan tubuh tampak lebih langsing.


Jika pinggul anda besar, pilihlah baju dengan tambahan pad yang kecil saja pada bahu. Bahu dengan pad besar akan membuat anda tampak sangat besar, padahal anda harus menghindarinya. Pilih pola yang jatuh ke bawah lutut anda. Hal ini akan menyamarkan bahagian pinggul. Jadi jika Anda ingin mengenakan gaun, maka pilihlah yang labuh sehingga ke tumit. Tetapi pilih pola A line dan hindari potongan pinafore atau potongan paying.

Selalu pilih bahan dengan garis vertikal. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk kelihatan langsing. Penggunaan garis vertikal juga membuat tubuh tampak lebih panjang dan langsing. Garis horisontal akan menambah lebar tubuh, jadi hindarilah penggunaannya.

Padankan dengan bangle dan jam model gelang kadang kala membuat lengan anda nampak lebih kecil. Elakkan memakai pakaian yang berwarna -warni kerana akan memantulkan cahaya dan membuat anda nampak lebih besar.

Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea