Tuesday 25 February 2014

Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas & Mudah


Solat Sunat Dhuha - cara ringkas mengerjakannya









Fadhilat Solat Sunat Dhuha



Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.


· Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”


· Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)


· Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadith lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).


Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).



1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :

✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿ Baca Alfatihah hingga akhir
✿ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )





2. Rakaat Kedua 

✿ Baca Alfatihah hingga akhir
✿ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿ Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 





3. Doa 

✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :


Doa Solat Sunat Dhuha






SELAMAT BERAMAL
~*~*~*~*~*~*~*~*~

No comments:

Post a Comment