Tuesday 29 April 2014

Vivix Untuk Kecantikan Dan Penyakit 3 Serangkai (Jantung, Darah Tinggi & Kencing Manis)




APA ITU VIVIX?






Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser.

Vivix Shaklee merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis Shaklee.

Dalam ujian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sel.

Ramuan utamanya ialah anggur muscadine iaitu anggur paling hebat dengan 20 kromosom (anggur biasa ada 19 kromosom), purple carrot, elder berry dan knotweed Jepun yang memang telah diketahui mempunyai nilai tinggi dalam kesihatan manusia.

Selain itu, Vivix Shaklee bertindak dengan 4 mekanisme penuaan tahap sel dengan

❤ melindungi dan memperbaiki kerosakan sel peringkat DNA!
❤ mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan
❤ menggalakkan pembentukan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
❤ ramuan Vivix sendiri adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation ends products)

 WAKTU SESUAI UNTUK AMBIL VIVIX?

A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum. 1 botol Vivix tahan untuk pengambilan selama 1-1.5 bulan.

Q : BOLEH KE AMBIL VIVIX LEBIH 1 SUDU TEH SEHARI?

A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

Q : ADAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA DENGAN VIVIX?

A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

Q : PERLU KE SIMPAN VIVIX DALAM PETI SEJUK?

Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

Testimoni 1



Testimoni 2




Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau 

Anda boleh dapatkan secara online



Friday 25 April 2014

Set Cadangan Diabetes untuk Mengatasi dan Merawat Diabetis

Pilihan set cadangan vitamin untuk penyakit diabetes yang membantu pesakit diabetes berasa lebih sihat bertenaga. Jika anda mengamalkan set diabetes ini, anda dapat mengatasi penyakit diabetes dari terus merebak dan jika anda telah mengalaminya diabetis, set diabetis ini dapat merawat dan menurunkan kadar gula dalam darah anda.

Apa itu Diabetes

DIABETES adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar....


Bagaimana Terjadinya Diabetes

Makanan yang kita makan setiap hari akan ditukarkan kepada bentuk glukosa iaitu untuk menghasilkan tenaga. Dan insulin bertindak sebagai hormon yang menukarkan glukosa kepada bentuk tenaga dalam badan kita. Pankreas merembeskan insulin bagi membantu sel badan untuk menyerap glukosa.


Terdapat dua jenis diabetes utama:

* Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

* Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.


Gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal


Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas


Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
* Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Set Cadangan Diabetes Shaklee


1. Vivix
bertindak dengan mencegah penghasilan AGE protein. AGE protein 
adalah gula dan protein berlebihan yang mana menyebabkan atherosclerotic
dan sel mati.

2. ESP Shaklee: 
bertindak dengan membantu penghasilan hormon insulin.
Selain itu, ESP bertindak sebagai non-GMO dan berindex glisemik rendah.

3. GLA Shaklee: 
Mengandungi asid omega 6 yang mana mengurangkan
keradangan dan membantu mengurangkan sakit saraf yang dialami pesakit diabetes.

4. Vitamin C Shaklee: 
 i. Membantu sistem imun badan
ii. Mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol
iii. Bantu mengurangkan penghasilan katarak, retinopati dan neuropati

5. Vitalea Shaklee: 
Mengandungi chromium iaitu penting untuk pesakit
diabetes Type 2 yang mana kekurangan chromium menyebabkan
pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif 

6. Alfalfa Shaklee: terkandung mineral yang tinggi dapat membantu untuk
menyahtoksikkan bahan yang tidak diperlukan dalam badan

7. Zink Shaklee: luka yang lambat sembuh disebabkan diabetes boleh
diatasi dengan zink kerana mempercepatkan penyembuhan.

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-


No Tel:-014-5340123
Fan Page: Health & Beauty Vitamin Store

Dapatkan secara online dengan klik dibawah


COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Wednesday 23 April 2014

Slimming / Milk Booster - ESP, Alfalfa & Lecithin


Slimming / Milk Booster – ESP, Alfalfa & Lecithin
Peranan ESP
  • Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh
  • Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun
  • Memekatkan susu ibu menjadikan anak cepat kenyang
  • Menbantu mengurangkan gastric
  • Meningkatkan kualiti memori, vitality, dorongan seksual dan rangsangan. 
Peranan Alfalfa
  • Bertindak Sebagai Fiber – Menyingkirkan lemak dan kolestrol dari badan
  • Mencuci darah, hati dan usus
  • Meneutralkan asid di dalam badan
  • Mengatasi masalah angin di dalam badan
  • Membantu masalah penghadaman & pencernaan 
 Peranan Lecithin
  • Memecahkan lemak dan kolestrol
  • “Pembersih” salur darah
  • Menghalang pembentukan batu karang dengan mengemulsi kolestrol berlebihan
  • Diperkaya dengan kolin untuk menguatkan daya ingatan
  • Meringankan sembelit, melembutkan najis, melembapkan usus & meleraikan toksin dalam usus

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau 

Dapatkan secara online


Tuesday 22 April 2014

Set Brain Booster

Brain Booster – ESP & Omega Guard






Peranan ESP
  • Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun. Maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah magrain, insomnia dan tekanan.
  • Menigkan Memori – Meningkatkan kualiti memori, vitality, dorongan seksual dan rangsangan. 
Peranan Omega Guard
  • Membantu Tumbesaran & Perkembangan Otak Janin Dan Membantu Perkembangan Memori – DHA adalah nutrient utama untuk otak janin semasa di dalam kandungan. DHA maningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran,mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine.

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Dapatkan secara online 


Monday 21 April 2014

Set Penyusuan Badget Alfalfa, ESP & OsteMatrix


                         


Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
  • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
  • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.


        

Kelebihan ESP:

  • Kulit semakin cantik, gebu, halus dan berseri
  • Parut di muka jadi pudar
  • Tenaga berpanjangan pagi ke malam
  • Kurang letih 
  • Memberi rasa kenyang yang agak lama, sesuai bagi ibu yang nak menghilang berat badan
  • Sistem perlindungan badan semakin bagus
  • Mengawal paras kolestrol
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat
  • Penyerapan vitamin lain lebih baik dengan ESP
  • Mengurangkan alergik

Kelebihan Alfalfa:
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Mengawal kolestrol dalam darah
  • Membuang toksik dalam badan
  • Mengurangkan masalah gastrik
  • Membantu merawat keputihan
  • Mengelakkan bau badan (tak payah beli deodorant)
  • Mengurangkan asthma
  • Memberi kesan 'Kacip Fatimah'
  • Meningkatkan kesuburan
  • Juga, hubungan suami isteri menjadi lebih HOT!

OsteMatrix:

Ostematrix kaya dengan kalsium & kita semua tahu bahawa susu terdiri daripada kalsium. Jadi badan kita memerlukan kalsium yang banyak bagi penghasilan susu yang berkualiti. Ostematrix juga penting bagi memastikan ibu mendapat kalsium yang mencukupi bagi mengatasi masalah reput gigi & tulang. Ostematrix juga merupakan milk booster.

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Anda boleh dapatkan secara online




Set Kesihatan Sendi Shaklee Melegakan Sakit Sendi, Otot & Tulang

Walaupun ramai yang menganggap sakit lutut, sendi dan tulang ini sinonim dengan golongan warga emas, tetapi sebenarnya tidak. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengalami kesakitan pada lutut, sendi dan tulang ini. Mereka yang aktif bersukan seperti pemain bola, ibu yang mengandung dan menyusu, mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan, mereka yang mengalami masalah berat badan dan mereka yang melakukan kerja-kerja berat juga boleh mendapat sakit lutut, sendi ataupun tulang ini pada bila-bila masa.

Bagaimana mengetahui anda mengalami penyakit sendi?
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa nyeri sendi atau ngilu di bahagian sendi. Apabila anda mengalami sakit sendi, anda akan merasa sakit dan lembut di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami keradangan, kaku dan sukar bergerak.

Bagaimana nak hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang ini?
Kaedah biasa yang digunakan untuk menghilangkan sakit lutut dan sendi ini ialah dengan mengambil ubat ataupun suntikan, Malangnya, kesan ubat dan suntikan ini hanya memberikan kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika ia diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain pula. Penderita penyakit ini juga boleh menghilangkan rasa sakit dengan melakukan pembedahan tetapi kosnya lebih mahal dan mengambil masa untuk pesakit mudah bergerak semula.

Alternatif untuk hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang
Bagi mengelakkan pembedahan mahupun pergantungan kepada ubat demi menghilangkan rasa sakit, mereka yang mengalami sakit lutut, sendi dan tulang ini boleh mengambil nutrien semulajadi sebagai alternatif.


Set Kesihatan Sendi Shaklee
Jadi, sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas daripada penyakit ini. Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplemen iaitu, Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan OsteMatrix.





Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
  1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
  3. OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Anda boleh dapatkan secara online



Saturday 19 April 2014

OsteMatrix Menghilangkan Kebas, Kekejagan, Lemau & Lesu serta Kesukaran Bangun Tidur Dan PMS



Kebas-kebas pada jari-jemari biasanya disebabkan gangguan pada saraf akibat bebanan yang berlebihan. Ia biasa berlaku pada mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan dan jari seperti tukang jahit, jurutaip dan ada juga berlaku disebabkan gangguan hormon seperti menopaus, tiroid dan diabetes.

Kekejangan otot pula berlaku apabila otot mengecut secara tiba-tiba dan tak terkawal. Salah satu sebab mengapa berlakunya kebas-kebas dan kekejangan ialah akibat KEKURANGAN KALSIUM & magnesium dalam tubuh.

Istimewanya Ostematrix ialah ia lengkap dengan Magnesium yang membantu tubuh memelihara paras kalsium, Vitamin D yang menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus.

Ostematrix = Kalsium + Magnesium + Vitamin D. Apabila kalsium kurang, kesannya seseorang tu boleh mengalami risiko osteoporosis, sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih, lesu dan kebas kaki atau tangan. Pentingnya vitamin D, kerana Vitamin D membantu penyerapan kalsium dalam tubuh dimana mengelakkan penghasilan batu dalam ginjal.

Magnesium dalam Ostematrix membantu kita mendapat tidur yang berkualiti. Tidur berkualiti adalah tidur yang betul-betul lena dan betul-betul merehatkan badan kita. Kalau selama ini kita tidur entah tidur-tidur ayam, antara lena tak lena, sebab itu bila bangun pagi rasa letih dan lemau. Tapi Magnesium bantu tubuh kita rehat sebetul-betulnya semasa tidur malam. Jadi tubuh yang mendapat rehat yg berkualiti, akan bangun pagi  dengan rasa lebih segar

Kenapa perlu pilih kalsium yang ada magnesium?

Kerana kedua-duanya berperanan memantapkan lagi penyerapan kalsium dalam tulang. Sebagai contoh, kalsium menyebabkan penguncupan otot dan saluran, manakala magnesium memberikan relaksi. Jadi gabungan kedua-duanya boleh membantu tekanan darah yang sihat dan denyutan jantung yang stabil serta mengelakkan kekejangan otot dan kesakitan.

Hormon yang dikeluarkan oleh ovari boleh mengganggu metabolisme kalsium, sepertimana Magnisium dan Vitamin D yang amat diperlukan sebelum kitaran haid bermula. Estrogen yang banyak akan menghalang penyerapan kalsium ke usus dan seterusnya mengganggu aktiviti normal hormon parathyroid. Sebab itulah ramai pakar percaya bahawa tempoh PMS ini dalah tempoh 'kehilangan' lebih banyak kalsium berbanding apa yang mereka dapat dari diet seharian. Kajian telah membuktikan pengambilan kalsium boleh memberikan kelegaan kepada semua simpton PMP. Kalsium juga membantu melegakan kesakitan senggugut semasa haid dengan cara mengekalkan kestabilan otot seterusnya mengurangkan kekejangan (senggugut). Kalsium juga dapat membantu mengatasi retensi air dan sakit-sakit pinggang dan belakang. Pakar menyarankan pengambilan antara 1000-1500mg kalsium untuk mereka yang sering diserang gejala PMS ini.
Oleh sebab itu Ostematrix adalah supllement yang terbaik kerana kerana ia bukan sekadar kalsium, malh ia dilengkapi dengan magnisium dan juga vitamin D dengan dose saranan yang ideal.

Secara Keseluruhannya, OSTEOMATRIX SHAKLEE SESUAI PADA:

  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.


Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Anda boleh dapatkan secara online


Thursday 17 April 2014

Set Kesihatan Optimun

Kesihatan Optimum – ESP & Vita-Lea Iron Formula





Peranan ESP
  • Awet Muda – Asid amino penting membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland, dan lain-lain. Pengambilan yang kerap dalam kuantiti yang sedikit adalah kunci kepada awet muda.
  • Pembekal Tenaga – Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan system imun. Maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migraine, insomnia dan tekanan. 
Peranan Vita-Lea Iron Formula
  • Penambahan Tenaga Segera – Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sauran dan anemia.
  • Metabolisme – Sangat menbantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, hormone dan menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggan, jantung dan hati.

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Anda hanya klik dibawah untuk dapatkan Set ini


Tuesday 15 April 2014

Set Ibu Hamil Vitalea, Vita C, OsteMartix & B- Complex Memberikan Tenaga Sepanjang Hari Kepada Ibu

Mengandung dan ada anak impian bagi setiap pasangan. Dan pastilah ibu mahu yang terbaik untuk ibu dan juga anak di dalam rahim. Set Mengandung Shaklee adalah pilihan terbaik. Kerana ianya vitamin semulajadi. Bukan vitamin sintetik yang boleh memberi kesan yang negatif. Pastilah bayi yang sihat, gebu dan cantik adalah impian bagi setiap ibu. Sebab itu ibu perlu yang terbaik dari yang baik

Supplement Yang Dicadangkan






Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Vitamin C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan. Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

B-Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

OsteMatrix
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.


Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Klik Dibawah untuk dapatkan set ini secara online


Penyelesaian Untuk Masalah Buasir Dengan Set Buasir Shaklee & Jadual Makan Ostematrix, Zinc Complex & Omega Guard

Masalah Buasir terjadi apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak. Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.


Apa itu Buasir

Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku samada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan pengembangan salur darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahna semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apbila najis keras bergesel dengan buasir.

Pada kebiasaannya buasir terjadi selepas mencapai umur 50 tahun. Namun, ada juga di antara kita yang mengalami masalah buasir di usia muda….dan buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir


Terdapat 4 peringkat menggambarkan tahap keseriusan penyakit tersebut


Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam saluran dubur.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal.

Tahap 4
Darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor dan Penyebab Buasir
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit. 
  • Cirit birit yang kronik. 
  • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian. 
  • Mengandung atau bersalin. 


Simptom-simptom Buasir
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut. 
  • Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar. 
  • Darah menitis dan tersebur dari saluran dubur. 
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengalami kekurangan darah. 
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal. 

Cadangan Supplement Shaklee untuk Merawat Buasir











1) Ostematrix

Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.


2) Omega Guard

Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.


3) Zinc Complex

Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Cara Makan Set Buasir Shaklee,

Ostematrix makan 4 biji sebelum tidur
Zinc makan 1 biji before breakfast
Omega guard 1 biji makan after lunch

Testimoni







Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Dapatkan Set Buasir secara online dengan klik dibawah


Monday 14 April 2014

Otak Pintar, Cergas dan Bertenaga Dengan Set Untuk Pelajar shaklee






Hari ini saya nak kongsikan tentang supplement untuk pelajar yang cergas dan bertenaga. Seorang pelajar yang pintar harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Assignment, kuiz, projek, presentation, discussion group dan aktiviti lain. Tak dapat nak bayangkan macam mana nanti. Mesti sibuk sangat sampai lupakan kesihatan diri sendiri. Sebab itu lah selalu stress, letih, lenguh, migrain dan akhirnya demam melanda ketika exam.
Menjadi seorang pelajar pula memang memerlukan kita untuk sentiasa bertenaga dan sihat bagi memastikan otak yang cergas. Bila otak dah cergas barulah boleh dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Tak dinafikan, dengan pola pemakanan zaman sekarang, pelajar memang perlukan supplemen yang baik untuk pertumbuhan otak yang cergas dan sihat.











Omega Guard

  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
  • Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Dalam bahasa yang mudah pengambilan Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.
B - Complex
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu pelajar berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik. 
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah yang cantik berseri dan tidak kusam.
Lecithin
  • Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain. 
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.
  • Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Cadangan Vitamin Shaklee:
  • 4 Tahun Kebawah: MealShake & Omega Guard
  • Sekolah Rendah: Omega Guard, Vitalea For Children & Vita C Plus
  • Sekolah Menengah: Omega Guard, MealShake, B-Complex & Lecithin
  • Dewasa: Omega Guard, B-Complex, Lecithin, MealShake  

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Dapatkan Set Pelajar Shaklee dengan pembelian secara online



Sunday 13 April 2014

Set Gastrik Shaklee Penyelesaian Untuk Masalah Gastrik Yang Dialami



Bagaimana penyakit gastrik terjadi ? 

TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya akan mengakibatkan ulser. Dan hanya satu cara menyembuhkan ulser iaitu melalui pembedahan. Risau pula mendengarnya.

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.

Simptom gastrik





* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
* Terasa loya.
* Berat badan turun.
* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas            makan atau tengah malam.
* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
* Kerap sendawa.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik : 






1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. ESP juga dapat membantu memberikan anda tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun berpuasa .

2) Ostematrix

Ostematrix berfungsi untuk memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik. Pesakit gastrik biasanya disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3)Peppermint Ginger Plus

Mengandungi herba asli pudina, halia, pokok adas dan cekur manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil ini juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk dijadikan minuman teh herba . Sangat membantu untuk merawat atau mencegah rasa loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.


Testimoni





Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya pengedar shaklee Kuala Lumpur di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Anda boleh membuat pembelian secara online dengan klik dibawah


Saturday 12 April 2014

GLA Complex dan OsteMatrix Set Budget Shaklee untuk Senggugut





Simptom


Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid juga akan mengalami perasaan resah, cepat marah, dan kemurungan mungkin berlaku.

Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk:  

  • Perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • Perasaan tegang atau resah
  • Serangan panik
  • Perubahan perasaan, menangis
  • Mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • Tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • Sukar menumpu perhatian
  • Lesu
  • Kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • Sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • Perasaan "luar kawalan"
  • Peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • Peningkatan rasa bagi intim emosi
  • Simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot





1.GLA Complex

Diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.
~ Membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita
~ Memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
~ Mengawal dan mengatur kitaran haid
~ Melegakan tanda-tanda putusnya haid.
~ Menstabilkan hormon menjadi normal
~ Membantu masalah pcos & cyst

2. Ostematrix
Lebih dari sekadar kalsium. Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungimagnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
~ Memperbaiki masalah haid
~ Meringankan sakit waktu haid
~ Ianya mengimbangi tekanan darah
~ Memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
~ Sebagai penenang saraf
~ Menggalakkan tidur selesa

Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Anda boleh membeli secara online dengan klik dibawah


OsteMatrix Ganti Alfalfa Dalam Set Penyusuan



Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susu badan setelah si ibu mula consume halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susu ibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susu ibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan harian diet yang kaya dengan protien iaitu OsteMatrix

Tahukah anda?

Protien
Tahukah anda komposisi utama dalam susu ibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susu ibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium
Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susu ibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susu ibu.

Air
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari…maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.


Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Atau

Anda boleh mendapatkan secara onlike dengan klik dibawah