Showing posts with label Flora Kafe Ampangwalk. Show all posts
Showing posts with label Flora Kafe Ampangwalk. Show all posts

Wednesday, 15 October 2014

Cabaran 7 Entri: Day 6 : Restoran Kegemaran Saya Murah dan Romantik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk cabaran hari ke -6, saya nak kongsikan restoran kegemaran saya. Sebenarnya restoran nie bukan selalu saya pergi tapi yang menjadi restoran kegemaran saya adalah kerana makan yang dihiangkan sangat lazat dan harga yang murah serta layanan yang diberikan kepada pengunjung sangat baik, sebab itu ianya menjadi restoran kegemaran saya. Menu yang disediakan ialah masakan kampung dan ada juga western food. Tempat yang disediakan boleh dikatakan romantik juga lah..hehehe.






Our Birthday.Jimat sebab birthday sama. 



Antara Menu yang disediakan


Restoran ini berkonsepkan flora bersesuaian dengan nama restorannya iaitu Flora Kafe yang terletak di Ampang Walk. Sebelum anda ke sana, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana biasanya restoran ini penuh dengan pengunjung. Jadi, untuk tidak mengecewakan anda, hubungi lah dahulu dan buat tempahan meja untuk anda.



Dekorasi Meja yang ditempah untuk sambutan hari lahir 



Dekorasi dalam kafe



Depan Flora Kafe



Dekorasi luar Kafe 


Anda juga boleh menyambut apa majlis disini, cakap je nak buat majlis apa pihak restoran akan sediakan untuk anda. Biasanya majlis yang selalu dibuat ialah sambutan hari lahir, sambutan ulang tahun perkahwinan, majlis perkahwinan dan beberapa majlis lagi. Lagi satu, kat sini mereka telah menyediakan photographer yang akan mengambil gambar pengunjung dan akan dimasukkan ke dalam facebook atau intagram Flora Kafe. Semua pengunjung ye, dan ianya free of charge.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi 
Mel 012-2070166 / 03-21810986

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan tentang Restoran Kegemaran saya, iaitu Flora Kafe. Jumpa di cabaran akan datang. Assalamualaikum..


Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee, sila hubungi saya di talian dibawah, Khidmat nasihat terbaik dari saya untuk anda.

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.