Friday 31 October 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Istighfar & Taubat

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Istighfar sangat mudah untuk disebut dan diamalkan, tidak kira dimana, masa bila, sedang buat apa, kita boleh amalkannya. Dah tahukah anda banyak fadilat yang kita dapat dengan Istighfar? Mungkin ramai tidak menyangka bahawa dengan istighfar dan taubat mampu menjadi sebab terbukanya pintu-pintu rezeki. Sangat mudah hanya dengan Istighfar, kita dapat menjemput rezeki. Namun, mesti lah dengan usaha. Oleh kerana itu, berlumba-lumba dan bersegeralah kepada pintu taubat Allah 
Subhanahu wa Ta’ala.




Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Surah Ali ‘Imran:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu...” (Surah Ali ‘Imran, 3: 133)

Dalam al-Qur’an terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.

Nuh ‘alaihis Salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Qur’an:

فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)menjelaskan ayat ini dalam tafsir:

أي: إذا تبتم إلى الله واستغفرتموه وأطعتموه، كثر الرزق عليكم، وأسقاكم من بركات السماء، وأنبت لكم من بركات الأرض، وأنبت لكم الزرع، وَأَدَرَّ لكم الضرع، وأمدكم بأموال وبنين، أي: أعطاكم الأموال والأولاد، وجعل لكم جنات فيها أنواع الثمار، وخللها بالأنهار الجارية بينها

“Maksudnya apabila kamu semua bertaubat kepada Allah, beristighfar (memohon ampun) kepada-Nya dan kamu sentiasa mentaati-Nya, nescaya Dia akan memperbanyakkan rezeki ke atas kamu, menurunkan kepada kamu hujan yang barakah, mengeluarkan untuk kamu keberkahan dari bumi, menumbuhkan untuk kamu tumbuh-tumbuhan, mengalirkan (melimpahkan) untuk kamu susu-susu perahan, dan melengkapkan untuk kamu harta dan anak-anak. Maksudnya Dia akan memberi kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak serta memberi kepada kamu kebun-kebun yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang di dalamnya mengalir sungai-sungai.” (Tafsir Ibnu Katsir, 8/233)

Imam al-Qurthubi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahumallah menyebutkan sebuah atsar dari al-Hasan al-Bashri rahimahullah:

ان رجلا شكى إليه الجدب فقال استغفر الله وشكى إليه آخر الفقر فقال استغفر الله وشكى إليه آخر جفاف بستانه فقال استغفر الله وشكى إليه آخر عدم الولد فقال استغفر الله ثم تلا عليهم هذه الآية

“Bahawasanya seorang lelaki mengadu kepadanya tentang musim kemarau yang sedang terjadi. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah.”

Kemudian datang pula orang lain mengadu kepada beliau tentang kefaqirannya. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain pula mengadu kepada beliau tentang kekeringan tanamannya. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristigfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang lagi yang lain mengadu kepada beliau kerana masih tidak memiliki anak. Maka al-Hasan al-Bashri pun mengatakan, “Beristighfarlah kepada Allah.” Kemudian al-Hasan al-Bashri pun membacakan surah ini (Surah Nuh, 71: 11-12) kepada mereka.” (Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98)

Dalam ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَيَقَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ

“(Hud berkata): “Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Rabb-mu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan pada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan melakukan dosa.” (Surah Huud, 11: 52)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan:

ثم أمرهم بالاستغفار الذي فيه تكفير الذنوب السالفة، وبالتوبة عما يستقبلون ومن اتصف بهذه الصفة يسر الله عليه رزقه، وسهل عليه أمره وحفظ شأنه؛ ولهذا قال: يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

“Kemudian dia (Huud) menyuruh mereka beristighfar yang dengannya dapat menghapuskan dosa yang telah lalu, juga dengan bertaubat dari apa yang sedang mereka hadapi. Dan sesiapa yang memiliki sifat ini, Allah memudahkan rezeki ke atasnya dan memudahkan ke atasnya urusannya dan memelihara keadaannya. Dan untuk itulah Allah berfirman: “...nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu.”

Disebutkan dalam suatu hadis:

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir, tetapi dinilai dhaif oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth).” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

“Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (Kiamat).” (Surah Huud, 11: 3)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) menjelaskan:

هَذِهِ ثَمَرَةُ الِاسْتِغْفَارِ وَالتَّوْبَةِ، أَيْ يُمَتِّعُكُمْ بِالْمَنَافِعِ من سَعَةِ الرِّزْقِ وَرَغَدِ الْعَيْشِ، وَلَا يَسْتَأْصِلُكُمْ بِالْعَذَابِ كَمَا فَعَلَ بِمَنْ أَهْلَكَ قَبْلَكُمْ

“Inilah buah hasil istighfar dan taubat. Iaitu Allah memberi kenikmatan kepada kamu dengan manfaat-manfaat berupa rezeki yang banyak dan hidup yang sejahtera, serta Dia tidak akan mengazab kamu sebagaimana yang dilakukan-Nya ke atas orang-orang sebelum kamu.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/3)

Demikian juga sebagaimana ditegaskan oleh Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah (Wafat: 1393H):

هذه الآية الكريمة تدل على أن الاستغفار والتوبة إلى الله تعالى من الذنوب سبب لأن يمتع الله من فعل ذلك متاعاً حسناً إلى أجل مسمى؛ لأنه رتب ذلك على الاستغفار والتوبة ترتيب الجزاء على شرطه

“Ayat yang mulia ini adalah dalil yang menunjukkan istighfar dan taubat kepada Allah dari dosa-dosa adalah termasuk sebab yang dengannya Allah memberikan kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan kepada orang-orang yang melakukannya. Allah memberikan balasan kebaikan atas istighfar dan taubat tersebut berdasarkan syaratnya.” (Adhwa’ul Bayan, 2/169-170)

Anjuran dan Contoh-contoh Istighfarnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

Oleh itu, perbanyakkanlah istighfar dan taubat. Istighfar dan taubat memiliki keutamaan yang sangat besar bukan sekadar apa yang disebutkan di atas. Malah Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang memerintahkan kepada kita agar sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً فَلا يُجْزَى إِلا مِثْلَهَا وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu di waktu pagi dan petang.” (Surah Al-Mukmiin, 40: 55)

Di ayat yang lain:

لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ (١٥)الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٦)الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنْفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأسْحَارِ

“Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah), di sisi Rabb mereka ada Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan mereka dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat para hamba-Nya. Iaitu orang-orang yang berdoa, “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.” Iaitu orang-orang yang sabar, yang tetap taat, yang mengeluarkan sedekah, dan yang memohon keampunan di waktu sahur.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 15-17)

Dalam ayat lain lagi:

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

“Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menzalimi dirinya lalu kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’, 4: 110)

Demikian juga sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bukan sahaja mengajak agar kita sentiasa beristighfar dan bertaubat, malah beliau sendiri telah menunjukkan contohnya dengan sebaik-baik contoh. Beliau mengajar kita agar beristighfar dalam banyak keadaan dan hampir setiap keadaan. Seperti ketika tersedar dari melakukan dosa, ketika menutup majlis, ketika waktu pagi dan petang, ketika hendak mengakhiri solat, ketika sebaik selesai solat, ketika di dalam solat, ketika sebaik selesai berwudhu’, dan banyak lagi.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً

“Demi Allah, aku benar-benar beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam satu hari lebih banyak dari tujuh puluh kali.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, bab: Istighfar Nabi di siang dan malam hari, no. 6307)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللهَ، فِي الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ

“Sesungguhnya aku dicukupkan atas hatiku dan aku beristighfar kepada Allah sehari seratus kali.” (Hadis Riwayat Muslim, bab: anjuran beristighfar, no. 2702)

Di antara contoh-contoh istighfar dan taubat Nabi sebagaimana dalam hadis-hadisnya yang sahih adalah:

Abu Barzah al-Aslami radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: بِأَخَرَةٍ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ مِنَ الْمَجْلِسِ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ» فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّكَ لَتَقُولُ قَوْلًا مَا كُنْتَ تَقُولُهُ فِيمَا مَضَى، فَقَالَ: «كَفَّارَةٌ لِمَا يَكُونُ فِي الْمَجْلِسِ

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beliau berkata (berdoa) ketika di akhir hendak bangun (menutup) majlis (dengan doa):

“Maha Suci Engkau Ya Allah, dan segala puji bagi-Mu, aku mengakui bahawa tiada Ilah selain Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.”

Seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau mengucapkan satu ucapan yang tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini?”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda, “Itu adalah sebagai penebus dosa yang terjadi sepanjang dalam majlis.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4857. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Ketika solat malam setelah tasyahhud akhir sebelum salam, beliau berdoa:

اللهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah ampunilah dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang aku rahsiakan dan yang tampak, yang aku lakukan secara berlebihan serta yang Engkau lebih mengetahui daripadaku sendiri, Engkau yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, tiada Ilah melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Muslim, bab: Doa dalam solat malam, no. 771)

Tsauban radhiyallahu ‘anhu menjelaskan cara Nabi beristighfar setelah solat fardhu:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا وَقَالَ: اللهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ قَالَ الْوَلِيدُ: فَقُلْتُ لِلْأَوْزَاعِيِّ: كَيْفَ الْاسْتِغْفَارُ؟ قَالَ: تَقُولُ: أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila selesai bersolat, beliau beristighfar tiga kali, kemudian mengucapkan:

“Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada Engkau asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang memiliki kebesaran dan kemuliaan.”

Al-Waliid (salah seorang perawi, murid al-Auzaa’i) bertanya kepada al-Auzaa’i, “Bagaimana cara beristighfar yang dimaksudkan?” Al-Auzaa’i menjawab:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

(Dengan mengucapkan): “Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah), astaghfirullah...”.” (Hadis Riwayat Muslim, bab: Anjuran berdzikir setelah solat, no. 591)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ قَالَ: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ، غُفِرَ لَهُ، وَإِنْ كَانَ قَدْ فَرَّ مِنَ الزَّحْفِ

“Sesiapa mengucapkan: “Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Ilah melainkan Dia, yang terus-menerus mengurus makhluk-Nya dan aku bertaubat kepada-Nya.”

Nescaya dosa-dosanya diampuni walaupun dia telah lari dari peperangan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, bab: al-Istighfar, no. 1517)

Selain itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah ditanya oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha tentang ketekunan beliau dalam melakukan amal-amal seperti solat malam dan memohon keampunan sedangkan Allah telah mengampuni dosa-dosa beliau sama ada yang terdahulu mahupun yang akan datang. Lalu Rasulullah pun menjawab:

يَا عَائِشَةُ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

“Wahai ‘Aisyah, tidak wajarkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2820)

Demikianlah sebahagian contoh hadis-hadis yang menunjukkan anjuran agar kita semua sentiasa memperbanyakkan istighfar dan taubat. Dari hadis-hadis ini juga telah menunjukkan bagaimana sikap atau sunnah yang dicontohkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita agar mencontohi dan mengamalkannya. Lihatlah betapa tekunnya Nabi dalam beristighfar.

Hakikat Istighfar dan Taubat

Walau bagaimanapun, istighfar dan taubat tidak cukup hanya dengan lisan, ia perlu diiringi dengan tekad yang kuat dan dizahirkan melalui amal perbuatan dan kebaikan. Istighfar dan taubat yang hanya semata-mata di lisan, maka takut-takut ia termasuk istighfar dan taubatnya para pendusta. Ini sebagaimana kata imam Fudhail B. ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H):

استغفارٌ بلا إقلاع توبةُ الكذّابين

“Istighfar (mohon keampunan) tanpa melepaskan diri (dari kemaksiatan) adalah taubatnya para pendusta.” (an-Nawawi, al-Adzkar, m/s. 703; Tahqiq ‘Amir ‘Ali Yasin – Daar Ibn Khuzaimah)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

قال أصحابنا وغيرهم من العلماء للتوبة ثلاثة شروط أن يقلع عن المعصية وأن يندم على فعلها وأن يعزم عزما جازما أن لايعود إلى مثلها أبدا فان كانت المعصية تتعلق بآدمى فلها شرط رابع وهو رد الظلامة إلى صاحبها أو تحصيل البراءة منه والتوبة أهم قواعد الاسلام وهى أول مقامات سالكى طريق الآخرة

“Para ulama mazhab kami dan selain mereka mengatakan, taubat itu memiliki 3 syarat; iaitu meninggalkan maksiat, menyesalinya, dan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat tersebut untuk selama-lamanya.

Apabila maksiat tersebut berkaitan dengan hak sesama manusia, maka ditambah dengan satu syarat lagi, iaitu mengembalikan apa yang diambilnya kepada pemiliknya, atau mendapatkan pelepasan dari segala apa yang dituntutnya.

Taubat adalah merupakan sendi (atau tiang) agama Islam yang paling penting, dan ia adalah langkah awal bagi yang berhajat kepada jalan akhirat.” (Syarah Shahih Muslim, 17/25)

Maka begitulah sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkan keagungan istighfar. Betapa besar dan banyak buahnya! Di antaranya ia mampu menjadi penyebab dibukanya pintu rezeki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk hamba-hamba-Mu yang pandai beristighfar. Jadikanlah kami termasuk orang-orang yang memiliki sifat taubat dan sentiasa beristighfar. Dan kurniakanlah kepada kami buahnya, di dunia mahupun di akhirat. Dan mudahkanlah bagi kami rezeki-rezeki kami, lancarkanlah urusan-urusan kami, serta peliharalah kami. Sesungguhnya Engkau Maha memperkenankan doa, wahai Dzat yang Memiliki ke-Agungan dan ke-Muliaan. Ameen.

Wallahu a’lam...



Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.


Thursday 30 October 2014

Bukti Produk Shaklee Halal Dan Berkesan

Assalamulaikum Dan Salam Sejantera,

Ramai rakyat Malaysia yang masih lagi ragu-ragu tentang status halal dan keberkesanan produk Shaklee. Oleh kerana itu, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit info tentang bukti produk Shaklee Halal dan ianya berkesan. Keberkesanan sesuatu produk bukan bergantung kepada bahan kimia semata-mata, produk yang berasaskan bahan semulajadi seperti tumbuhan lebih selamat untuk diamalkan walaupun kesannya tidak sepantas bahan kimia, namun keberkesanannya kekal dan tiada kesan sampingan. Sumber produk Shaklee yang kita ketahui adalah dari tumbuhan oleh kerana itu ianya diyakini Halal.



Selama 50 tahun Shaklee telah membuktikan keberkesanan dalam kajian dan penyelidikan sebelum mereka memasarkan apa-apa produk di pasaran. Mereka mengkaji bagaimana produk memberi kesan secara posotif  kepada badan anda pada tahap sel. Malah, mereka telah melabur lebih daripada $ 250mm dalam penyelidikan yang telah dioptimumkan suplemen semula jadi mereka dan memastikan semua keuntungan dimasukkan ke dalam makanan tambahan yang boleh digunakan sepenuhnya oleh badan anda.




Tidak Pasti Suplemen Shaklee adalah makanan tambahan yang paling murah boleh didapati. Walau bagaimanapun, kerana ia adalah lebih berkesan, saya percaya bahawa mereka memberikan nilai yang signifikan untuk ringgit anda.

Banyak jenama lain hanya bergantung kepada tuntutan khabar angin keberkesanan nutrien dan mereka memberi tumpuan kepada cara yang kos efektif untuk menciptakan bahan kimia sintetik yang boleh dipanggil vitamin atau ubat-ubat herba. Tetapi oleh kerana banyak sebatian ini tidak diperoleh secara langsung dari sumber-sumber makanan yang terdapat dalam alam semula jadi, mereka banyak tidak termasuk dari mikro-nutrisi yang membantu tubuh anda untuk menyerap dan menggunakan nutrien dalam badan anda sepenuhnya.

Jangan hanya mendengar motos-mitos yang tidak tepat. Baca artikel-artikel dan kajian untuk diri sendiri. Saya percaya anda akan lebih mendapat pencerahan. Saya berharap maklumat ini membina kepercayaan dalam jenama Shaklee ini. Pilihan adalah milik anda dan juga kesan yang dihasilkan untuk kesejahteraan anda.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.


Wednesday 29 October 2014

Resepi Pertama Yang Saya Masak: Nasi Goreng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa resepi pertama yang korang masak? ingat lagi tak? apa rupa masakan itu? menjadi atau tak? terdetik di hati hari ini untuk kongsikan resepi pertama yang saya masak pada kali pertama iaitu nasi goreng. Bila ingat balik senyum sorang-sorang sebab boleh bayangkan lagi betapa kalutnya ketika itu. Sebelum itu, memang pernah masak telur goreng, masak nasi dan masak air sebab benda tu semua benda asas dan senang je. tapi bila kena masak nasi goreng yang perlu letak bahan-bahan yang banyak, memang haru la jadinya..hahaha..



Gambar Ehsan dari Google


Punca yang saya kena masak nasi goreng tu sebabnya arwah ayah yang suruh, kalau tak silap darjah 5. Dah la kena buat banyak sebab saya mempunyai 6 beradik ketika itu, termasuk arwah ayah dan umi, 8 orang la jadinya. Bayangkan darjah 5 masak nasi goreng, kalau sekarang, darjah 5 tak tahu pon masak nasi, hebat jugak la kiranya..hehehe..

Masa arwah ayah suruh masak tu untuk makan malam, nasi dah ada sebab umi dah masakkan, jadi saya tinggal gorengkan je, bayangkan masa tu saya sorang-sorang kat dapur, tak ada pon yang datang tolong sebab diaorang sibuk duk tengok tv. Berbekalkan ingatan yang kuat dan selalu tengok umi masak nasi goreng, saya pon meneruskan operasi. 1 kuali besar saya masak, macam dah nak meniaga dah time tu.

Bahan-bahan yang saya masukkan masa tu ialah:

  1. Bawang Merah
  2. Bawang Putih
  3. Cili Boh
  4. Kicap
  5. Sos Cili
  6. Garam
  7. Telur
  8. Ayam

Tak ada sayur, sebab saya memang tak makan sayur, makan pun kena paksa dan selalunya saya akan buang sayur tu sebelum makan..selalu kena marah dengan arwah ayah..huhuhu. Bawang tu saya tumbuk je, tak ingat berapa biji letak, main campak je , masa nie dah ready dengan air, takut bawang yang ditumis tu hangus, bahan-bahan lain tu, saya masukkan je tak kisah kuantitinya, sebab tak reti lagi nak agak.

Part yang paling mencabar ialah ketika nak kacau nasi atas dapur tu, saya dulu seorang budak yang pendek, walaupun dah darjah 5 tapi macam budak tadika, ikut baka umi pendek-pendek hehehehe. Masa nak kacau nie, saya guna 2 senduk, tapi kekuatan masa tu sangat minima. Nasi 1 periuk dikacau oleh tangan kecik, memang lenguh, tapi usaha juga takot nasi tu hangit nanti. dah puas hati dan gaul rata, saya angkat nasi tu. Tabiat saya dari dulu sampai sekarang, bila saya masak, saya tak rasa, tawakal je rasa apa.

For the first time buat nasi goreng, arwah ayah puji sedap, macam umi masak. Kembang hidung, tak makan pun tak apa lah, kenyang sebab dipuji, hehehee. Alhamdulillah mungkin sebab masak dengan kasih sayang untuk keluarga. Kenangan pada malam itu masih terbayang lagi, riuh rendah adik-beradik, arwah ayah dan umi ketika makan. Satu kepuasan bila tengok nasi goreng tu habis licin. Arwah ayah memang suka nasi goreng. Walaupun nasi goreng tu simple je, mesti licin dia makan.

Kenangan ini akan terpahat teguh dalam lipatan hidup saya, walaupun kami bukan orang senang tapi kebahagian dan kegembiraan ini lebih bernilai dari harta benda. Ikatan persaudaraan adik-beradik masih utuh walaupun ayah telah tiada. Semoga Allah lindungi kami semua..


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Tuesday 28 October 2014

Sembelit Ketika Hamil Dan Berpantang : Cara Untuk Hilangkannya Dengan Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Entri kali ini adalah untuk bakal ibu atau yang bergelar ibu. Kerana masalah ini sering berlaku dikalangan ibu hamil dan ibu dalam pantang. Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang bagaimana cara untuk hilangkan sembilit ketika hamil dan berpantang. Sebelit adalah masalah besar dan mungkin menyebabkan ibu-ibu mengalami penderitaan untuk membuang air besar kerana masalah sembelit. Masalah sembilit ketika hamil dan berpantang ini boleh menyebabkan masalah buasir jika tidak diatasi dengan segera. 




Mengapakah sering sembelit ketika hamil  dan berpantang?
Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk. 



Ketika berpantang pula, adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.




Apakah yang boleh lakukan jika mengalami Sembelit?
Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-Kaedah Boleh Membantu Masalah Sembeli:
Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya .Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin. Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.

Adakah Sembelit Boleh Menjadi Masalah Yang Serius?
Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, atau ketika berpantang tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin. 

Bagaimana Shaklee Dapat Hilangkan Sembelit Ketika Hamil dan Berpantang?

OsteMatrix
Shaklee OsteMatrix diformulasi dengan gabungan Kalsium, Magnesium, Vitramin D, Mangan, Copper dan beberapa enzim yang lain. Dalam masalah sembelit ini, Magnesium merupakan mineral yang memainkan peranan penting. Kesan julap oleh magnesium bertindak dalam 2 mekanisma berbeza. Magnesium melegakan otot di dalam usus yang membantu untuk memberikan pergerakan yang lebih lancar.Selain itu, magnesium juga menyerap air. Kandungan air di dalam kolon berfungsi untuk melembutkan najis dan menjadikan najis lebih mudah untuk dibuang.



Testimoni OsteMatrix






Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum


Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Monday 27 October 2014

FAQ: Vivix Shaklee

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Pernah anda tahu Produk Shaklee yang paling hebat dan terbaik adalah Vivix? Apa itu Vivix? Apakah Manfaat dan khasiat Vivix yang menyebabkan ianya sangat digemari? Apakah kandungan didalam sebotol Vivix? baiklah unutk merungkai semua soalan atau pertanyaan anda semua tentang Vivix Shaklee, hari ini saya akan kongsikan serba sedikit mengenai Vivix Shaklee yang perlu anda tahu. 





Apakah itu Vivix? 
Vivix adalah resveratrol-polifenol campuran eksklusif dengan bahan-bahan yang ditunjukkan dalam kajian makmal untuk memberi kesan positif empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk pertahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel, dan prestasi sel. Bahan-bahan dalam Vivix telah terbukti membantu melindungi dan membaiki kerosakan DNA, secara positif mempengaruhi gen umur panjang, mengisi semula mitokondria untuk menghasilkan tenaga dan pembentukan perlahan protein UMUR (plak dalam sel-sel anda).

Apa itu Resveratrol?
  • Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk anggur yang diturunkan seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian makmal yang baru telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawal selia genetik laluan panjang umur selular, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan metabolisme. 
  • Resveratrol datang dari kumpulan yang dipanggil phytoalexins. Phytoalexins dihasilkan oleh beberapa tanaman untuk membantu melindunginya daripada serangan dari bakteria, kulat, serangga, cuaca yang keras, dan tekanan alam sekitar. Anda boleh berfikir Resveratrol adalah antibiotik yang tanaman diserang menghasilkan secara semula jadi untuk membantu melindungi diri mereka daripada jangkitan.




Apakah faedah-faedah Resveratrol?
  1. Telah ditunjukkan untuk meningkatkan umur tikus dan haiwan lain.
  2. Meniru sekatan kalori yang telah terbukti untuk menghasilkan umur panjang.
  3. Menggalakkan kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.
  4. Meningkatkan kekebalan.
  5. Mengurangkan tanda-tanda fizikal penuaan.
  6. Meningkatkan otot.
  7. Perlindungan antioksidan yang kuat.


Apakah Bahan dalam Vivix?
Vivix mengandungi resveratrol dan phytonutrient formula proprietari. Campuran fitonutrien memanfaatkan sifat antioksidan yang kuat dari anggur muscadine yang jarang berlaku dan telah terbukti 10x lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular.




Mengapa Shaklee Memilih Anggur Muscadine ini? Mengapa Ianya Unik? 
  • Anggur muscadine adalah salah satu yang paling hebat, anggur yang paling kuat alam, dengan profil polifenol unik yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan kepekatan unggul ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur lain muscadine, menghasilkan kuasa antioksidan yang besar. 
  • Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang keras; profil fenolik yang unik memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu yang terlalu tinggi, manakala anggur lain adalah lebih rapuh dalam lingkungan. 
  • Anggur biasa mempunyai 19 pasang kromosom. Muscadines mempunyai 20 pasang. 
  • Muscadines mempunyai 6 kali kandungan Resveratrol berbanding dari anggur merah biasa 
  • Muscadine adalah satu-satunya anggur mengandungi Asid Elagik 
  • Muscadines mempunyai lebih banyak serat makanan daripada nasi atau bran oat
  • Muscadine adalah tinggi dalam Quercetin - flavonoid yang sangat sihat 
  • Tahap antioksidan dalam muscadine adalah 40x lebih tinggi daripada dalam anggur merah standard 
  • Anggur Muscadine mempunyai kira-kira 6X Resveratrol lebih dari anggur standard. 

Di mana anggur muscadine  tumbuh? 
Muscadine (rotundifolia Vitis) anggur ditanam di seluruh Timur Selatan Amerika Syarikat Di mana iklim dan cuaca keadaan boleh menjadi keras dan tidak dapat diramalkan. Ini adalah kerana iklim yang sangat sulit, Muscadine yang telah berkembang menjadi anggur yang cenderung untuk menjadi lebih besar, kuat dan mempunyai kulit yang lebih tebal daripada anggur tradisional.

Apakah proses pengekstrakan?
Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan kajian-kajian saintifik terkini dan penyelidikan baru muncul. Vivix melampaui resveratrol dengan menggabungkan ia dengan campuran patent-pending polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal telah mendapati bahawa campuran yang sedang menunggu paten ini adalah 10x lebih berkuasa daripada resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular.

Adakah Vivix Mengandungi Antioksidan?
Ya. Vivix mengandungi antioksidan yang kuat. Jika Vivix telah terbukti oleh kekuatan antioksidan semata-mata, ia akan menjadi luar biasa. Tetapi potensi sebenar untuk Vivix terletak pada kemampuan untuk meniru sekatan kalori dan menghidupkan gen umur panjang anda. Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam kajian makmal memberikan kesan positif kepada empat mekanisme utama penuaan selular dan oleh itu, melampaui menyediakan sokongan antioksidan.

Apakah Vivix Dilindungi Paten?
Ada 3 paten belum selesai pada Vivix.
Paten # 1: Dingin 'pengisi Proses Ekstraksi
Paten # 2: campuran polifenol
Paten # 3: Bebas Pengawet, Semua-Asli, Stabil Penggantungan Cecair

Proses pengekstrakan anggur untuk membuat Vivix telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Georgia.

Apakah itu Asid Elagik?
  • Asid ellagic adalah fitokimia, atau kimia tumbuhan, yang terdapat dalam anggur, raspberi, strawberi, kranberi, walnut, pecans, delima dan makanan tumbuhan lain. Asid ellagic seolah-olah mempunyai beberapa ciri-ciri anti-kanser. Ia boleh bertindak sebagai anti-oksidan, dan telah didapati menyebabkan kematian sel dalam sel kanser di makmal. 
  • Dalam kajian makmal yang lain, asid ellagic seolah-olah untuk mengurangkan kesan estrogen dalam menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara dalam tisu. Ada juga laporan bahawa ia boleh membantu hati untuk memecahkan atau mengeluarkan sesetengah bahan penyebab kanser dari darah. Asid ellagic juga didapati mengurangkan penyakit jantung, kecacatan kelahiran, masalah hati, dan menggalakkan penyembuhan luka.
  • Beberapa kajian haiwan telah mendapati bahawa asid elagik boleh menghalang pertumbuhan tumor pada kulit, esofagus, dan paru-paru, dan juga ketumbuhan lain yang disebabkan oleh karsinogen. Kajian-kajian lain juga mendapati kesan positif. Satu kajian baru-baru ini dalam budaya sel mendapati yang asid ellagic boleh bertindak terhadap bahan-bahan yang membantu untuk membentuk tumor pembuluh darah baru. Penelitian lebih lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada keputusan ini berlaku pada manusia.
  • Dalam kajian hanya dilaporkan setakat ini pada umum, penyelidik Itali mendapati bahawa asid ellagic seolah-olah untuk mengurangkan kesan sampingan kemoterapi kanser prostat kepada lelaki, walaupun ia tidak melambatkan perkembangan penyakit atau meningkatkan kelangsungan hidup. Para penyelidik mengumumkan bahawa lebih banyak penyelidikan akan diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.
  • Diet seimbang yang merangkumi 5 atau lebih hidangan sehari buah-buahan dan sayur-sayuran bersama-sama dengan makanan dari pelbagai sumber tumbuhan lain seperti kacang, biji-bijian, bijirin gandum, dan kacang mungkin menjadi lebih berkesan dalam mengurangkan risiko kanser daripada makan satu makanan tertentu, seperti raspberi, dalam jumlah yang besar. Namun, beberapa kajian menunjukkan bahawa makanan yang tinggi asid ellagic mungkin menjadi tambahan yang berguna untuk diet yang seimbang. Sebagai contoh, satu kajian klinikal nonrandomized lelaki menghidap kanser prostat melaporkan bahawa jus delima memperlahankan tahap peningkatan darah antigen prostat khususnya, bahan yang secara rutin diukur untuk menganggarkan pertumbuhan kanser prostat.

Adakah Vivix Mengandungi Trans-resveratrol atau CIS-resveratrol dan Mengapa Ianya Penting?
Vivix mengandungi Trans-resveratrol. Ini adalah  penting kerana Trans-Resveratrol adalah stabil dan mudah diserap oleh tubuh manusia. CIS-Resveratrol adalah tidak stabil dan tidak mudah diserap.

Siapakah Yang Boleh Mendapat Manfaat Daripada Vivix?
Semua orang dewasa yang mementingkan kesihatan optimum dan mahukan anti penuaan pada diri mereka. Vivix tidak digalakkan untuk wanita hamil atau menyusukan anak.

Apakah Vivix selamat?
Ya. Data yang ada menunjukkan bahawa dos resveratrol pada 30 hingga 150 mg julat / hari adalah selamat pada manusia - yang berbeza dengan kesan sampingan yang diperhatikan dalam ujian klinikal dari turunan resveratrol sintetik yang dibangunkan oleh industri farmaseutikal.

Adakah Selamat Jika Vivix diambil Dengan Supplement Lain?
  • Vivix boleh diambil bersama-sama dengan semua makanan tambahan Shaklee. Tiada sebarang interaksi sesama diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan dan mana-mana makanan tambahan yang lain.
  • Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan bahawa orang-orang yang di bawah pantauan doktor untuk keadaan perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat penipisan darah, membincang dahulu dengan pakar perubatan sebelum mengambil viviv.  
Bolehkah Saya Menyimpan Vivix Dalam Peti Pejuk?
Penyejukan selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

Pengambilan Yang Disyorkan Untuk Mengambil Vivix setiap hari?
Satu sudu teh.



Bilakah Saya Perlu Mengambil Vivix?
Ambil Vivix setiap hari, sebaik-baiknya selepas sarapan pagi atau makan tengah hari. Goncang sebelum mengambil hidangan yang disyorkan satu sudu teh sehari.

Bolehkah Saya Mengambil Lebih Daripada Satu Sudu Teh Sehari?
Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa manfaat tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan iaitu satu sudu teh sehari.

Patutkah Saya Minum Vivix Setiap Hari?
Ya. Vivix bertindak pada gen anti-penuaan anda untuk satu atau dua hari. Jika anda berhenti mengambil Vivix, kadar penuaan sama seperti sebelum anda mengambil Vivix.

Adakah Vivix Mengandungi Alkohol?
Vivix tidak mengandungi alkohol.

Adakah Vivix Mengandungi Emodin?
Tidak. Emodin, yang ditemukan di Knotweed Jepun adalah laxitive a. Pasukan sains kami telah berusaha keras untuk menghapuskan semua emodin dalam Vivix.

Adakah Terdapat Bahan Pengawet Dalam Vivix?
Tidak. Tiada pengawet. Tidak terdapat bahan buatan dalam Vivix.

Adakah Vivix Shaklee Disejukkan?
Ya. Untuk memastikan Vivix tetap segar Apabila anda membuka botol, kami sarankan anda terus masukkan ke dalam peti sejuk, seperti anda menyimpan jus. Untuk memastikan Vivix tahan lama dengan kesegarannya, kita tperlu simpankannya  (di bawah 65 darjah). Proses ini membolehkan kita untuk menjamin kestabilannya

Mengapa Tidak Vivix Dihantar Di Bawah Penyejukan?
Ujian yang menyeluruh, termasuk penghantaran sebenar di seluruh negara dan pengangkutan simulasi di bawah suhu dan kelembapan keadaan ekstrem, telah mengesahkan bahawa produk berkualiti tertinggi dikekalkan di bawah semua keadaan perkapalan yang produk akan didedahkan.

Sekarang anda tidak ragu-ragu lagikan untuk mencuba Vivix Shaklee setelah semua keterangan yang diberikan? ianya bukan sahaja untuk memberikan anda kesihatan yang optimum, malah ianya juga memberikan anda kecantikan dan anti penuaan yang sangat hebat.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.



Sunday 26 October 2014

Cara Solat Istikharah Yang Mudah Dan Ringkas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat berhujung minggu semua. Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang cara solat Istikharah yang mudah dan tingkas. Biasa kita dengar apabila seseorang yang mempunyai dua pilihan atau memerlukan petunjuk dari Allah untuk membuat keputusan yang tepat dan terbaik dalam hidup, mereka perlulah melakukan solat Istikharah untuk mendapat bantuan Allah. Tidak kira lah istikharah dari segi jodoh, pekerjaan atau sebagainya. Insyaallah dengan melakukan solat Istikharah ini, kita akan lebih tenang dalam membuat pilihan dan keputusan kerana ianya mungkin petunjuk dari Allah. Sebelum itu, kita tengok dulu apa itu solat Istikharah:



SOLAT ISTIKHARAH
Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..

DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:

Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.


قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:

Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.


BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH
1. Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

2. Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah(harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

3. Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’alatersebut. Firman-Nya:

وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:

dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

4. Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:

Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

5. Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.

6. Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.


RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua


Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4) Membaca doa Istikharah

Kesalahan Dalam Istikharah



Sangat mudah kan mengerjakan Solat Istikharah?  Sebelum membuat keputusan dan pilihan, ingatlah Allah dan mintak petunjuk dari-Nya, sesungguhnya Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Credit : HafizFirdaus


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum


Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.





Saturday 25 October 2014

Cuti-Cuti Malaysia Di Cameron Highland

Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua,

Entri hari ini santai-santai je. Saya nak kongsikan pengalaman cuti-cuti Malaysia dengan family di cameron Highland. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama saya ke sana, teruk kan? kena ejek dengan adik-adik dan kakak-kakak sebab first time sampai sini. Setiap kali nak pergi Cameron Highland dulu, ade je halangan. So, terpaksa la cancell. Kenapa saya pilih Cameron Highland sebagai tempat untuk bawa family bercuti? sebabnya walaupon mereka dah berkali-kali datang sini kecuali saya, tapi saya bawa juga sebab 8 tahun lepas arwah ayah pernah berjanji nak bawa kami semua ke sini, tapi tak kesampaian sebab Allah lebih sayangkan ayah. Jadi, saya berhasrat untuk tunaikan janji ayah pada kami, walaupun kami sampai sini tanpa ayah. Al-fatihah Ayah..



Kami ke sana selam 3 hari 2 malam, standard la kan..menginap dekat Apartment Carnation Part, Tanah Rata sebab masa tu hotel dekat Brincang dah penuh. tapi ok la sebab Apartment Carnation Part nie murah, 3 hari 2 malam hanya RM500. Apartment dia pun kemas, bersih dan luas. banyak kemudahan yang disediakan tetapi line internet slow sikit. hehehe



With Umi tersayang pada hari pertama, terus singgah ladang teh




Pertandingan pipi tembam. Nie dengan kakak pertama dan kedua, saya paling muda walaupun nampak macam tua sikit. huhu




Adik-beradik kesayangan




Time nie dalam kul 8.30 pagi, sejuk sikit, tapi dah pukul 10 pagi, dah rasa bahang. Cameron Highland dah tak sejuk. 







kak long dan umi 



Satu-satunya adik perempuan kesayangan ira.

Ok that all about cuti-cuti Malaysia, next trip still dalam perbincangan. Semoga Allah menjaga harta-harta saya ini walaupun dimana mereka berada. Be a good daughter and son untuk umi dan arwah ayah. Sayang kalian semua..


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.


5 Petua Penyelesaian Masalah Jerawat dengan Bahan Semulajadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat dan nafas oleh-Nya untuk menjalani kehidupan seharian. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua penyelesaian untuk masalah jerawat yang dapat diubati dengan petua nenek moyang kita menggunakan bahan semulajadi. Masalah jerawat jika tidak diatasi dengan cepat mungkin akan membawa kesan buruk kerana kuman jerawat cepat merebak, ditambah pula jika anda suka picit dengan kuku. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda hari ini bahan-bahan semulajadi yang sangat mudah  kita dapat untuk menyelesaikan masalah jerawat




1. Minyak zaitun - Cara ini adalah cara yang diamalkan sejak zaman dahulu. Dan ramai orang juga telah mengaku bahawa cara ini adalah berkesan. Campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan 4 sudu garam dan kacau sebatian selama beberapa minit, kemudian, sapu pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat dan biar ia berkering, basuh muka anda dengan menggunakan sabun pencuci muka. Amal cara ini seminggu sekali.





2. Putih Telur - Pisahkan kuning telur dan ambil putih telurnya saja. Kacau sekejap dan sapu ke wajah dan berehat selama 15 minit. Putih telur ini dapat mengurangkan minyak di muka yang sering menyebabkan timbulnya jerawat.





3. Lemon - mengandungi banyak antioksidan yang bagus untuk kulit muka, ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Ambil sebiji lemon dan potong beberapa bahagian, kemudian gosok di bahagian wajah yang berjerawat sehari 2-3 kali, setiap pagi, petang dan sebelum tidur.





4. Bawang Putih - menumbuk dua atau lebih, hingga cukup halus lalu disapukan ke bahagian muka yang berjerawat. berehat selama 10 minit lepas basuh muka. Cuba amalkan cara ini setiap minggu sekali.




5. Ubat gigi- Sebelum anda tidur, sapukan sedikit ubat gigi pada bahagian muka yang ditumbuhi jerawat dan biar ia berkering sehingga esok pagi. Kemudian basuh muka anda. Kenapa ubat gigi? Kerana ubat gigi mampu mengeringkan jerawat dan ia juga boleh menyerap minyak di muka.





Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Wednesday 22 October 2014

14 Petua Untuk Hilangkan Parut Dengan Mudah Secara Tradisional

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak kongsikan beberapa tips kecantikan dengan anda. Anda tercari-cari bagaimana caranya untuk meghilangkan parut jerawat yang terdapat di muka, badan, atau sebarang parut yang anda alami secara tradisional? Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling? Usah risau. Disini disertakan 14 petua untuk hilangkan parut dengan mudah secara tradisional. Bagaimana untuk menghilangkan parut tersebut?



Antara petua yang dapat dikongsikan disini ialah:

Petua 1: Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

Petua 2 : Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 3: Kukus ubi kentang yang dibuang kulitnya dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus. Tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering. Lakukan selalu dan anda akan mendapati bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.




Petua 4: Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baharu.

Petua 5: Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 6: Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 7: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 8: Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 9: Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 10: Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 11: Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.

Petua 12: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.


Petua 13: Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Petua 14 : Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.


Selain cara tradisional,  anda juga boleh mengamalkan supplement untuk menghilangkan parut di muka dan badan. Bagaimana supplement Shaklee dapat membantu?  Anda boleh mencuba Vitamin E yang sangat popular dengan keberkesanannya menghilangkan apa jua parut.

Peranan Vitamin E Complex




  • Parut terjadi kesan dari luka lama, lecur dan pembedahan. Vitamin E mampumengurangkan kesan parut kerana ia terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas. Mengapa serangan radikal bebas tidak baik untuk parut? Ia menghalang penyembuhan parut sekaligus melambatkan parut hilang. Menurut Diane Irons, penulis buku "911 Beauty Secrets: an Emergency Guide to Looking Great at Every Age, Size and Budget", Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan membantu penghasilan kolagen, mengembalikan keanjalan kulit yang tidak terdapat pada parut.
  • Anti-Penuaan – 1 Kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha.
  • Anti-Oksidan yang kuat – pengambilan lebih dari IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan melawan kanser, mengukuhkan system imun, melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan.

Saranan saya, untuk kesan lebih optimum boleh add on Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Ia membantu menganjalkan kulit dan memberikan efek glowing kepada mereka yang mengamalkannya. ESP merupakan protein soya yang lengkap dengan 9 amino acid yang membantu pertumbuhan sel-sel baru tubuh.



Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Tuesday 21 October 2014

Senarai Cawangan, Alamat dan Nombor Telefon Shaklee Seluruh Malaysia

Sekiranya anda pengguna setia produk Shaklee, penting bagi anda untuk tahu di mana lokasi cawangan atau branch Shaklee di Malaysia ini.Selain cawangan dan alamat, penting juga anda mengetahui nombor telefon cawangan untuk sebarang pertanyaa tanpa anda perlu keluar ke sana.  Kelebihan sekiranya cawangan Shaklee ini berdekatan dengan rumah anda adalah anda boleh terus dapatkan produk Shaklee di kaunter dan tak perlu lagi menunggu barangan anda yang dihantar melalui kurier. 



  1. Apa yang perlu anda buat ialah anda hanya perlu pergi ke kaunter amik nombor giliran dan isikan borang pendaftaran ahli.
  2. Kemudian yang paling penting jangan lupa untuk memasukkan nombor ID Shaklee saya iaitu 1047152 NUR AIMUN AMANINA BT AHMAD ABD KADIR sebagai penaja dan ANDA AKAN TERUS LAYAK UNTUK MENDAPATKAN HARGA AHLI.
  3. Ada sedikit yuran dikenakan iaitu RM65.00 untuk keahlian Shaklee seumur hidup jika anda terus daftar di kaunter cawangan Shaklee. Kat sini anda telah jimat kos postage iaitu RM10 (Semenanjung) RM20 (Sabah & Sarawak)
  4. Selepas siap isi borang, dan nombor giliran anda telah tiba, hantar ke kaunter buat pembayaran dan terus dapat produk Shaklee yang anda perlukan untuk di bawa pulang ke rumah. 
  5. Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat tentang produk Shaklee.

Antara lokasi Cawangan Shaklee yang boleh anda walk in ialah seperti dibawah:

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia










Shaklee Products (M) Sdn Bhd
Level 9,
The Pinnacle,
Persiaran Lagoon,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3099

Emel : customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

Sila hubungi:
Puan Suknit Kaur, Pengurus Jualan & Pemasaran



Cawangan-cawangan Shaklee


Cawangan Shaklee di Kuala Lumpur

31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
53300 Kuala Lumpur.Telefon : 603-4142 6442
Fax: 603-4149 6313

Hubungi : Ida ( Penyelia Cawangan)

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Jumaat (10:00 a.m. to 7:00 p.m)
Sabtu (Pertama & Ketiga):10:00 a.m. to 7:00 p.m


Cawangan Shaklee di Johor Bahru

14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188

Hubungi : Fiona Chow (Penyelia Cawangan)

Isnin hingga Jumaat (10:00 a.m. to 7:00 p.m)
Sabtu (Pertama & Ketiga):10:00 a.m. to 7:00 p.m


Cawangan Shaklee di Ipoh

32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263 

Hubungi : Eunice Lau (Penyelia Cawangan)

Isnin hingga Jumaat (10:00 a.m. to 7:00 p.m)
Sabtu (Pertama & Ketiga):10:00 a.m. to 7:00 p.m


Cawangan Shaklee di Penang

A-2, Jalan Todak 1,
Pusat bandar Seberang Jaya,
13700 Perai.
Telefon : 604-397 4325
Fax: 604-397 4324

Hubungi : Cannie Teoh (Penyelia Cawangan)

Isnin hingga Jumaat (10:00 a.m. to 7:00 p.m)
Sabtu (Pertama & Ketiga):10:00 a.m. to 7:00 p.m


Cawangan Shaklee di Kota Bharu

319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711 

Hubungi : Anuar (Penyelia Cawangan)

Ahad hingga Khamis (10:00 a.m. to 7:00 p.m)
Sabtu (Pertama & Ketiga):10:00 a.m. to 7:00 p.m



Cawangan Shaklee di Kota Kinabalu

Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Hubungi : Olivia Fernandez (Penyelia Cawangan)

Isnin hingga Jumaat (10:00 a.m. to 7:00 p.m
Sabtu (Pertama & Ketiga):10:00 a.m. to 7:00 p.m


Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.