Friday 11 April 2014

Set Kehamilan Untuk Ibu Yang Mengalami Diabetis Vitalea + OsteMatrix + B Complex


    Telah menjadi kebiasaan bagi ibu hamil di Malaysia mengidap kencing manis atau dikenali sebagai gestational diabetes ketika hamil. Hari ini kita luangkan masa ketahui info tentang diabetes ketika hamil dan bagaimana Supplement Shaklee iaitu Vitalea, Ostematrix dan B Complex dapat membantu anda.


    APA ITU KENCING MANIS?

    Kencing manis ialah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Sesetengah wanita mendapat kencing manis sebelum mengandung, sementara lagi mendapat kencing manis semasa mengandung. Kencing manis yang bermula semasa mengandung dinamakan ‘gestational diabetes’ dan berlaku dalam 7% kehamilan.









    Jika anda mempunyai kencing manis semasa mengandung, anda mungkin perlu menukar cara pemakanan bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Bagi sesetengah kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan penggunaan insulin. Jika kencing manis tidak dikawal sebelum dan semasa mengandung, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku:

    • Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan bayi mempunyai saiz yang besar sebelum masa kelahirannya. Bayi yang besar boleh menimbulkan komplikasi sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bayi yang besar kebiasaannya memerlukan “c-section” kerana mereka lebih terdedah kepada risiko kecederaan jika dilahirkan secara normal seperti perubahan kedudukan bahu.
    • Bayi lebih berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan atau masalah yang berkait dengan jantung, buah pinggang, tulang belakang atau otak. Sesetengah masalah ini boleh menyebabkan kematian.
    • Risiko untuk anda mendapat darah tinggi meningkat. Kondisi ini boleh menimbulkan masalah kepada anada dan bayi yang dikandung.
    • Anda mungkin mempunyai ketone di dalam darah dan air kencing yang disebabkan oleh ketoasidosis. Ketoasidosis terjadi apabila gula dalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka lemak digunakan sebagai sumber tenaga. Bahan sampingan penggunaan lemak ini ialah ketone yang boleh menyebabkan kondisi yang agak serius.
    • Anda mungkin melahirkan bayi pra-matang (sebelum 37 minggu) atau bayi terpaksa dilahirkan awal dari waktunya.
    • Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami masalah kandungan gula yang rendah dalam darah (hypoglysemia).
    • Risiko bayi untuk terkena penyakit kuning meningkat.
    • Anda mungkin mengalami keguguran semasa awal kehamilan atau bayi mungkin mati dalam kandungan sebelum kelahiran.Jika anda mendapat rawatan sebelum dan semasa mengandung, anda berkemungkinan melahirkan bayi yang sihat.

    APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL?

    Kencing manis semasa mengandung boleh terjadi tanpa simptom yang jelas. Walau bagai mana pun, ujian air kencing dan darah semasa mengandung boleh mengesahkan jika anda mempunyai kencing manis atau tidak. Jika anda telah pun mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda akan mendapati ianya lebih sukar dikawal semasa mengandung. Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, sila berjumpa doktor secepat mungkin.

    • Sentiasa dahaga
    • Kehilangan berat badan
    • Makan dalam kuantiti yang banyak
    • Kerap kencing
    • Keletihan tanpa sebabBAGAIMANA KENCING MANIS DIRAWAT?

    BAGAIMANA KENCING MANIS SEMASA HAMIL TERJADI?

    Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, anda akan mendapat kencing manis.
    Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai latar belakang seperti berikut lebih berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung:

    • Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis
    • Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
    • Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4 kg semasa lah
    • Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
    • Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
    • Pernah mengalami keguguran
    • Umur melebihi 35 tahun


    Anda harus mengawal aras gula dalam darah dengan melakukan perkara seperti berikut:

    • Mengubah cara pemakanan anda. Kebiasaannya, dietitician akan memberikan garis panduan kepada wanita mengandung yang mempunyai kencing manis.
    • Mempunyai rutin bersenam, sekurang-kurangnya berjalan 30 minit sehari.
    • Memantau aras gula dalam darah dengan menggunakan alat yang didapati di pasaran. Penggunaan alat ini memerlukan modal yang agak tinggi dan ianya adalah pilihan anda untuk menggunakannya. Sebaik-baiknya, ia digunakan supaya anda mengetahui pemakanan yang diamalkan semasa mengandung boleh mengawal aras gula dalam darah atau tidak.
    • Bagi yang lebih serius, anda mungkin memerlukan suntikan insulin atau ubat mengawal aras gula dalam darah.


    Supplement Cadangan Dari Shaklee

    Vitalea

    Mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dgn membantu membentuk insulin
    Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.


    B- Complex

    Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan
    Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi.


    OsteMatrix

    Membekalkan Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium antara punca kencing manis)
    Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu.
    sumber kalsium, mangnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis.



    Untuk mendapatkan Supplement Shaklee ini, anda boleh hubungi saya di:-

    No Tel:-014-5340123
    COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

    No comments:

    Post a Comment