Sunday 14 September 2014

Bagaimana Migrain Berlaku Dan Cara Merawat Yang Berkesan.

Bagaimana migrain berlaku? Adakah ianya merbahaya? Ramai menganggap sakit kepala hanya penyakit ringan, namun kecekapan kerja seseorang akan terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain dan sakit akibat ketegangan menjadi serius. Bagaimana migrain berlaku sering menjadi tanda tanya kepada pesakit dan tidak mengetahui mereka mengalami migrain. Bagaimana pula cara merawat migrain dengan berkesan?




Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.


Jenis-jenis migrain yang utama
1 - Classic migraine
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.

Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.

2 - Common migraine
Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.

Sebab-sebab terjadinya migrain
Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Keturunan. Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).
  • Pemakanan. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain. 
  • Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang. 
  • Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. 
  • Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang. 
  • Hormon. Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun. 
  • Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid. 
  • Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain. 
  • Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain. 
  • Cara hidup. Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.
  • Pengambilan ubat. Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba. 
  • Perubahan cuaca. 
  • Cuaca terang matahari atau lampu. 
  • Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat. 
  • Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. 
  • Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi.

Cara Merawat Migrain
Antaranya ialah:
  1. Jauhi bunyi bising, bau-bauan kerana ia boleh memburukkan lagi migrain anda.
  2. Cuba tidur seketika dalam suasana yang gelap dengan posisi yang anda selesa.
  3. Kurangkan pengambilan kafein dalam minuman anda, sebaliknya biasakan diri dengan pengambilan jus oren kerana jus oren membekalkan vitamin C dan ia dapat merawat migrain anda.
  4. Mandi tanpa menggunakan water heater, anda akan rasa lebih segar dan migrain anda akan beransur hilang.
  5. Lakukan solat dan berlama-lamalah semasa sujud kerana salah satu fadhilatnya ialah sangat baik untuk peredaran darah.


Bagaimana Set Migrain Shaklee Membantu




1. Ostematrix 120 biji RM61.00
Merupakan kalsium untuk membantu ritma jantung, menyelesaikan masalah insomia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran dan dalam pembekuan darah.

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot dan buah pinggang. Ia juga dapat mengurangkan kolestrol dalam darah.

Dalam Ostematrix juga mengandungi magnesium di mana ia dapat membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang iaitu salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.

2. B-Complex 120 biji RM53.75
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain.

Vitamin B lengkap dalam B-Complex bukan sahaja dapat mencegah migrain, malah dapat mencegah penyakit-penyakit lain juga seperti depresi, strok dan sebagainya



untuk mencuba sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

No comments:

Post a Comment