Saturday 8 August 2015

5 Tips Memilih Baju & Warna Supaya Nampak Kurus dan Ramping


Ramai yang  tidak tahu bagaimana untuk memilih pakaian agar nampak sesuai dengan bentuk tubuh badan dan lebih langsing apabila dipandang. Semestinya sukar bagi anda jika tidak mengetahuinya. Untuk itu saya ingin berkongsi tips cara memilih baju dan warna supaya lebih nampak kurus dan langsing dan semoga tips ini membuat anda lebih langsing tanpa bekerja keras membanting tulang untuk melakukan diet.



Pertama sekali anda perlu mempelajari bentuk tubuh anda. Bahagian mana yang menonjol yang merupakan pusat perhatian dari bahagian bermasalah di tubuh anda agar anda nampak lebih lansing. Contohnya, elakkan memakai tali pinggang yang terlalu lebar dan besar bila pinggang anda terlalu besar. 

Untuk yang memiliki badan yang besar di bahagian atas, elakkan memakai baju yang ketat dibahagian tersebut. Anda seeloknya menggunakan baju yang warna lebih gelap. Pakailah pakaian dengan lengan besar atau  yang akan nampak jatuh dan longgar ke bawah untuk menutupi pinggul dan pinggang. Anda juga boleh menggunakan pakaian berasaskan cottan. Salah satu cara lain untuk nampak lebih langsing adalah dengan menggunakan pakaian satu jenis warna sahaja. Cara ini akan membantu kelihatan langsing.



Warna memainkan peranan yang besar untuk nampak lebih langsing. Warna hitam memang yang paling sesuai untuk mengelakkan tubuh anda nampak agak besar. Namun tidak bererti anda harus selalu memakai baju bewarna hitam dan anda tidak berani memakai pakaian berwarna lain. Anda dapat memakai baju berwarna lain namun sebagai hiasan saja yang boleh digunakan. Pola yang besar juga cenderung kelihatan tubuh anda nampak lebih besar. Jadi carilah design yang sederhana untuk menjadikan tubuh tampak lebih langsing.


Jika pinggul anda besar, pilihlah baju dengan tambahan pad yang kecil saja pada bahu. Bahu dengan pad besar akan membuat anda tampak sangat besar, padahal anda harus menghindarinya. Pilih pola yang jatuh ke bawah lutut anda. Hal ini akan menyamarkan bahagian pinggul. Jadi jika Anda ingin mengenakan gaun, maka pilihlah yang labuh sehingga ke tumit. Tetapi pilih pola A line dan hindari potongan pinafore atau potongan paying.

Selalu pilih bahan dengan garis vertikal. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk kelihatan langsing. Penggunaan garis vertikal juga membuat tubuh tampak lebih panjang dan langsing. Garis horisontal akan menambah lebar tubuh, jadi hindarilah penggunaannya.

Padankan dengan bangle dan jam model gelang kadang kala membuat lengan anda nampak lebih kecil. Elakkan memakai pakaian yang berwarna -warni kerana akan memantulkan cahaya dan membuat anda nampak lebih besar.

Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

*Daftar keahlian Shaklee dan anda akan mendapat FREE Vitalea


No comments:

Post a Comment