Wednesday 23 March 2016

Cara Untuk Mengelak Strok Haba Dan Dehidrasi

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.




Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.

                                  


Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Tanda awal strok haba:





Cara rawat mangsa strok haba:
  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air
  8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:
  1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen
  6. Selain itu,anda juga boleh mengamalkan Performance Drink dari Shaklee untuk kekal cergas walaupun cuaca panas. 



Jika dibiarkan tanpa rawatan, strok haba boleh membawa kepada komplikasi seperti kerosakan otak dan kegagalan organ. Tidak mustahil individu boleh meninggal dunia akibat strok haba.


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

No comments:

Post a Comment