Tuesday, 14 October 2014

Cabaran 7 Hari Entri : Day 5 : Homemade Resepi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Cabaran blog masih lagi berlangsung dan hari ini merupakan hari ke 5 untuk saya. Banyak-banyak tajuk yang diberi, cabaran Homemade Resipi paling mencabar bagi saya kerana biasanya saya akan masak masakan yang paling ringkas dan tak banyak guna bahan. Bila tengok tajuk Homemade Resipi, saya dah termenung, tiba-tiba entri lain yang ciap, entri tajuk Homemade Resipi masih lagi terbengkalai. Jadi hari ini nekad jugak untuk menyiapkan entri Homemade Resipi ini walaupun ianya hanya resipi biasa dan sangat ringkas iaitu Ayam Goreng Halia.



Resipi ini sangat senang dan dijamin sedap. Jika anda ingin mencuba resipi ini, saya sediakan dibawah ini semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Ayam Goreng Halia ini.

Antara bahan-bahan Ayam Goreng Halia:
  1. Ayam dipotong dadu / potong kecil
  2. 4 Ulas bawang putih
  3. 3 Ulas bawang merah
  4. 1/2 Ulas bawang besar
  5. 2 Inch halia
  6. 1 sudu kecil kunyit
  7. Garam / Gula secukup rasa
Kisarkan bawang merah, bawang pitih dan halia. Masukkan bahan kisar kedalam bekas berisi ayam, masukkan kunyit dan garam serta sedikit gula (jika perlu) dan perapkan selama 10 minit. Masukkan ayam yang telah diperapkan tadi kedalam kuali tanpa minyak dan masukkan sedikit air untuk mempercepatkan proses ayam itu masak. Setelah air kering, masukkan sedikit minyak masak dan goreng sehingga garing. Taburkan bawang besar supaya aromanya lebih menyelerakan. Angkat, dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas...senang kan??.

Resipi ini lah yang selalu saya masak dan yang paling saya gemari. Dapat pulak dengan nasi panas-panas, memang bertambah-tambah lah jawabnya. Itu sahaja Homemade Resipi yang saya ingin kongsikan, kita jumpa untuk cabarn seterusnya. Assalamualaikum.


Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee, sila hubungi saya di talian dibawah, Khidmat nasihat terbaik dari saya untuk anda.

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

2 comments: