Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tips tradisional untuk hilangkan ulser dengan mudah. Sebenarnya tips ini tips turun temurun oleh nenek saya. Katanya dulu-dulu mana ada ubat untuk merawat ulser, jadi saya pun tak tahu macam mana orang dulu-dulu tahu merawat ulser dengan cara ini. Memang sangat menyakitkan jika ada ulser dalam mulut, apa pun tak boleh makan dan minum. Yang paling teruk jika ianya melarat dan boleh demam.
Apa Itu Ulser
Dan menurut pembacaan saya, kesakitan dari sakit ulser ni akan berkurangan selepas 3-4 hari tetapi mengambil masa 7-14 hari untuk sembuh sepenuhnya dan juga biasanya bila ia sudah sembuh, takde meninggalkan parut. Ia hilang begitu saja. Macam chipsmore. Kejap ada, kejap takde.
Punca terjadinya ulser mulut:
- kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
- daya menahan sakit yang lemah.
- kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
- tekanan perasaan (stress).
- alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
- penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
- pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
Tips Untuk Hilangkan Ulser Dengan Mudah
Masa sakit, apa pun sanggup buat, asalkan sakit tu hilang. Jadi saya ikut je apa yang nenek saya bagitahu iaitu letak garam kasar dekat ulser tu selama boleh. Dalam hati apa la sangat setakat letak garam kan? Letak je garam tu automatik ye, bukan manual, air mata meleleh membasahi pipi. PEDIIIHHHH..!!. Tahan juga sebab sakit punya pasal. alang-alang dah buat, dah letak garam kat ulser tu, memang saya biarkan selama boleh. tapi memang mujarab. Lepas buang garam dekat ulser tu, terus rasa kebas tempat ulser tadi. Esoknya dah tak rasa apa-apa, cuma kesan ulser tu masih ada. Jadi sampai sekarang saya amalkan petua nie, tapi sekarang dah jarang kena ulser. Alhamdulillah..Untuk anda semua, Selamat Mencuba..!
Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:
FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
Fan Page: Health & Beauty Vitamin Store
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum
Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.
No comments:
Post a Comment