Monday, 20 October 2014

Membace Novel Merupakan Hobi dan Kegemaran Saya Yang Terlalu Obses

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua apa hobi dan kegemaran saya yang telalu Obses sangat. U'olls pun mesti ada hobi dan kegemaran masing-masing kan? Macam saya, hobi dan kegemaran saya yang terlalu obses ialah membaca novel. kalau boleh baca novel, tak makan pun tak apa. berhenti kejap untuk mandi dan solat. Pastu sambung balik sampai la novel tu habis. 




Punca yang menyebabkan saya terlalu obses dan menjadi hobi dengan membaca novel ialah disebabkan novel "Adam Dan Hawa". Dulu saya langsung tak minat membaca, nak-nak kalau buku tu tebal-tebal, memang buku yang baca saya sebab last sekali meti tertidur. tapi bila start je baca novel hasil karya "Aisya Sofea" nie, memang menarik dan boleh menghayalkan..hahaha..
dan dari situ lah bermulanya titik permulaan saya obses dengan membaca novel.




Lepas dah baca banyak hasil karya "Aisya Sofea", mula la rasa nak tukar angin try baca novel karya orang lain pulak. Dan yang menjadi pilihan adalah "Siti Rosmizah" dan Novel pertama hasil karya beliau yang saya baca ialah "Andai Itu takdir". ternyata beliau merupakan seorang penulis yang sangat hebat yang mampu membuat pembaca merasai dan mendalami watak dan jalan cerita tersebut. Setakat ini, novel karya beliau yang saya baca, semuanya mengalirkan air mata..huhuhu. memang betul beliau pandai memainkan watak dalam setiap novelnya.




Antara sebahagian kecil hasil karya beliau yang telah saya khatamkan dan khatam berualang-ulang kali.











Tapi yang sedihnya baca novel nie bila dah nak habis baca. Part nie saya akan melambat-lambatkan pembacaan sebab tak nak habiskan lagi ceritanya..huhu. And of course 2 atau 3 hari lepas baca sesebuah novel, stil lagi teringan cerita tu dan belek-belek lagi part yang best-best.. hehe.

Ok, sampai sini je perkongsian saya mengenai hobi dan kegemaran saya yang obses iaitu membaca nonvel. Kita jumpa lagi di lain entri dengan tajuk dan perkongsian yang lebih menarik. Assalamualaikum..



Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum


Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

Saturday, 18 October 2014

Vitamin C Sustained Release Menghilangkan Jerawat Dan Merawat Resdung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat berhujung minggu semua. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang Vitamin C yang dapat menghilangkan jerawat dan merawat resdung. Ramai di kalangan kita yang mempunyai jerawat akibat daripada masalah resdung. Ada yang telah mengetahui yang jerawat itu akibat resdung, dan ada juga yang tidak mengetahui bahawa jerawat yang dialami itu adalah dari masalah resdung. Jadi oleh sebab itu lah saya ingin kongsikan dengan anda semua bagaimana vitamin C dapat menghilangkan jerawat dan merawat resdung.


Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi. Jelas disini bukan bahawa fungsi vitamin  C dapat menghilangkan jerawat dan merawat resdung? 

Keluarga saya merupakan baka resdung, adik lelaki mempunyai resdung yang teruk sehingga jerawat batu penuh di belakang badan dan muka. Makanan laut langsung tak makan. Namun setelah mengambil vitamin c shaklee selama 3 minggu, jerawat di belakang badan menjadi kecut dan telah hilang. Mukanya juga telah bebas dari jerawat batu dan hanya tinggal kesan jerawat sahaja. Sekarang dia sedang mengambil vitamin e untuk menghilangkan parut dan kesan jerawat itu.

Doktor juga mencadangkan pengambilan vitamin c untuk merawat resdung, kerana kawan saya mengalami resdung tetapi tiada jerawat. Namun gejala resdung yang dialaminya ialah bersin yang teruk setiap pagi dan alahan makanan laut dan juga habuk. Setelah pengambilan Vitamin C 2 botol, Alhamdulillah masalah resdung semakin pulih dan tiada lagi bersin pada waktu pagi.




Keperluan Vitamin C dalam Badan:
  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Walaupun kita tidak mempunyai masalah jerawat atau resdung, kita masih lagi memerlukan vitamin tambahan pada tubuh kita untuk mengelakkan diri dari mudah terkena penyakit berjangkit seperti demam, selsema dan batuk. Vitamin c bertindak sebagai perisai untuk tubuh badan kita. Langkah pencegah perlu diambil segera sebelum terlambat.


Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.





Thursday, 16 October 2014

Cabaran 7 Entri: Pengedar Shaklee Kuala Lumpur & Selangor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Anda merupakan pengguna produk Shaklee? Atau anda sedang mencari tempat atau kawasan yang boleh mendapatkan produk Shaklee? Kini, untuk anda yang berada sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Penghantar secara Cash On Delivery (COD) di kawasan Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya, Bangsar, Brickfield, Mid Valley,  Abdullah Hukum dan kawasan sekitarnya, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee. Saya merupakan pengedar sah Shaklee Kuala Lumpur dan Selangor,  yang memegang ID - 1047152.



Jika anda membeli Produk Shaklee dengan saya, anda akan mendapat:

  1. Free consultation 
  2. Penghantaran yang cepat dan tiada caj tambahan
  3. Tips mengenai Produk yang diambil
  4. Free keperluan untuk vitamin
  5. Sebarang pertayaan boleh dibuat setiap hari dan pada bila-bila masa.
Saya akan membantu anda untuk mencadangkan produk mana yang bersesuai dengan anda mengikut masalah dan bajet anda. Saya akan guide pelanggan saya sebaik mengkin sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.


Advanced Joint Health Shaklee Melegakan Sakit Sendi, Otot Dan Tulang Dengan Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda pernah mengalami sakit sendi? otot? atau tulang? kalau seusia mak atau ayah kita, tak hairan lah kerana mereka telah menggunakan sendi, otot dan tulang dah lama kan? kalau 20an dah sakit-sakit sendi,otot, dan tulang macam mane? Malu je kan dengan mak cik pak cik kat luar sana yang masih gagah tanpa sakit-sakit kerana mereka menjaga dan memberi makan yang cukup kepada sendi, otot dan tulangnya.

Oleh sebab itu, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang Advanced Joint Health Shaklee yang dapat melegakan sakit sendi, otot dan tulang dengan berkesan. Bukan sahaja untuk orang tua, tapi juga untuk orang muda yang mengalami masalah yang sama atas faktor-faktor gaya hidup yang tidak mengikut keperluan seperti tidak mengambil kalsium, tidak bersenam, mengamalkan makanan yang tidak seimbang dan beberapa faktor lain.Advanced Joint Health Shaklee telah terbukti berkesan dan telah ramai yang merasai dan bebas dari sakit-sakit sendi, otot dan tulang setelah mengamlkannya. Sebelum itu, kita ketahui dulu apa itu Advanced Joint Health Shaklee 



Advanced Joint Health Shaklee ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yg dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yg sihat. Ia dihasilkan dari ramuan yg bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yg diperlukan oleh sendi-sendi.




Apakah Kandungan Advanced Joint health Shaklee?
Kandungan Advanced Joint Health berasakan tumbuhan. Antara kandungannya ialah estrak jagung dan Boswellia.

Estrak jagung -  secara semulajadinya kaya dgn glukosamina yg merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yg juga dijumpai dalam tendon dan ligemen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dalam membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Boswellia - merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi. Ekstrak Boswellia proprietari yg digunakan di dalam Shaklee Advanced Jointh Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yg berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yg berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yg lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutirisinya dapat menyokong keselesaan sendi yg lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yg lebih tinggi. Selain itu, Advanced Joint Health juga mengandungi Vitamin c dan juga Zink

Vitamin C - menyumbang nilai harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien penting yg diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu kompenen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yg lain di dalam tubuh.


Zink -  menyumbang nilai haria 10% mineral surih zink, tembaga, dan mangan yg merupakan faktor sampingan enzim-enzim yg membina kolagen dan glukosaminoglikan.


Siapakah yg memerlukan khasiat Shaklee Advanced Jointh Health Tablet?
Lelaki dan wanita dewasa yg mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yg mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Tidakkah anda menyayangi tubuh badan anda yang akan anda gunakan sepanjang hidup anda? Jagalah sebaik mungkin dan elak serta atasi masalah sakit sendi, otot dan tulang dengan Advanced Joint Health Shaklee. Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara percuma sila hubungi saya. Ini kerana anda berhak untuk dapatkan layanan daripada saya. Khas untuk pelanggan saya sahaja. 


Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.



Wednesday, 15 October 2014

Cabaran 7 Entri: Day 6 : Restoran Kegemaran Saya Murah dan Romantik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk cabaran hari ke -6, saya nak kongsikan restoran kegemaran saya. Sebenarnya restoran nie bukan selalu saya pergi tapi yang menjadi restoran kegemaran saya adalah kerana makan yang dihiangkan sangat lazat dan harga yang murah serta layanan yang diberikan kepada pengunjung sangat baik, sebab itu ianya menjadi restoran kegemaran saya. Menu yang disediakan ialah masakan kampung dan ada juga western food. Tempat yang disediakan boleh dikatakan romantik juga lah..hehehe.






Our Birthday.Jimat sebab birthday sama. 



Antara Menu yang disediakan


Restoran ini berkonsepkan flora bersesuaian dengan nama restorannya iaitu Flora Kafe yang terletak di Ampang Walk. Sebelum anda ke sana, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana biasanya restoran ini penuh dengan pengunjung. Jadi, untuk tidak mengecewakan anda, hubungi lah dahulu dan buat tempahan meja untuk anda.



Dekorasi Meja yang ditempah untuk sambutan hari lahir 



Dekorasi dalam kafe



Depan Flora Kafe



Dekorasi luar Kafe 


Anda juga boleh menyambut apa majlis disini, cakap je nak buat majlis apa pihak restoran akan sediakan untuk anda. Biasanya majlis yang selalu dibuat ialah sambutan hari lahir, sambutan ulang tahun perkahwinan, majlis perkahwinan dan beberapa majlis lagi. Lagi satu, kat sini mereka telah menyediakan photographer yang akan mengambil gambar pengunjung dan akan dimasukkan ke dalam facebook atau intagram Flora Kafe. Semua pengunjung ye, dan ianya free of charge.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi 
Mel 012-2070166 / 03-21810986

Itu sahaja yang saya ingin kongsikan tentang Restoran Kegemaran saya, iaitu Flora Kafe. Jumpa di cabaran akan datang. Assalamualaikum..


Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee, sila hubungi saya di talian dibawah, Khidmat nasihat terbaik dari saya untuk anda.

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.