Wednesday 1 October 2014

Hilangkan Loya Morning Sickness Ketika Hamil Dengan Peppermint Ginger

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Anda pernah mengalami loya morning sickness? atau anda sedang mengalaminya sekarang?apa yang pasti, rasa itu adalah rasa yang sangat tak selesa, betul tak?
Kalau yang teruk tu sampaikan tak boleh makan. Asal makan je mesti muntah balik semuanya. Paling sedih bila rasa lapar tapi bila makan, akhirnya muntah.... last2 kita taktau dah nak buat apa lagi. Ketika Hamil Loya morning sickness sering berlaku pada awal kehamilan. Ia berlaku pada bila-bila masa dan kebanyakan bermula seawal minggu ke-6 pertama dan berakhir pada minggu ke -16 bayi. punca utama disebabkan oleh hormone dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan terutamanya hormone hCG.



Wanita yang menghidapi loya morning sickness secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil.

Bentuk loya morning sickness yang paling teruk dipanggil hiperemesis gravidarum (bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menghidap hyperemesis. Tidak seperti kesan sampingan kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh.


Berapa lamakah mabuk hamil ini akan berlangsung?

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurangan di antara minggu ke-14 dan ke-16. Tetapi anda mungkin dapati pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah berterusan sehingga minggu ke-20, malah sepanjang keseluruhan kehamilan. Nasib baiklah perkara ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telah mendapatkan bantuan dari awal.

Jika anda mengalami kesakitan, demam atau sakit kepala, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah buat pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda. Simptom-simptom tersebut mungkin menunjukkan masalah lain dan bukannya mabuk hamil biasa.

Di manakah boleh mendapatkan bantuan dan sokongan?

Perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan perubatan semula jadi seperti halia atau acupressure mungkin membantu anda menangani mabuk hamil dengan lebih baik, salah satu cara untuk menghilangkan loya morning sickness ialah dengan Peppermint Ginger Shaklee dapat membantu anda kerana mengandungi 4 jenis herba semulajadi iaitu daun pudina, halia, jintan putih dan jintan manis yang membantu untuk melancarkan sistem penghadaman.



Kelebihan daun pudina 
  • Membantu merawat masaalah cirit birit dengan baik. 
  • Melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya.
  • Membantu Sistem Penghadaman
  • Bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan 'flatulens'. 
  • Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dananti virus.
  • Mengatasi rawatan masalah GASTRIK.
Kelebihan Halia 
  • Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
  • Melegakan ketidakselesaan perut / sakit perut
  • Membantu mengurangkan loya ibu hamil atau morning sickness
Kelebihan Jintan Putih 
  • Melegakan masalah gas dan seterusnya memperbaiki sistem penghadaman dan menggalakan selera makan. 
  • Mengandungi “thymol”, kompaun yang merangsangkan pengeluaran asid perut dan membolehkan tubuh untuk mendapat khasiat maksimum daripada makanan.
Kelebihan Jintan Manis
  • Bertindak sebagai anti gas dalam perut
  • paling berkesan untuk pencernaan, boleh membantu kejang perut dan melegakan sembelit.
  • menghalang pembentukan gas dalam saluran usus

Testimoni Peppermint Ginger




Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami dan apa yang anda perlukan, kerana mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak sihat, jadi tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan membuat kerja rumah. Anda mungkin perlu memberitahu majikan tentang kehamilan dan masalah anda lebih awal daripada yang dirancang supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan.

Jika anda menghidap mabuk hamil apabila mengandungkan bayi pertama , ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua.


Bagaimana untuk mendapatkan Pappermint Ginger atau sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.



No comments:

Post a Comment