Thursday 2 October 2014

Bagaimana untuk Merawat atau Mengatasi Pedih Ulu Hati Ketika Hamil


Dada saya terasa panas selepas makan. Adakah ini pedih ulu hati? Besar kemungkinan, ya. Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi. Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar. Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.



Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.


Adakah pedih ulu hati perkara biasa dan bilakah ia akan berhenti?

Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.

Kira-kira satu pertiga daripada wanita-wanita hamil mengalami pedih ulu hati seawal trimester pertama dan angka ini meningkat sehingga dua pertiga bagi mereka yang dalam trimester ketiga. Jangan bimbang. Sebaik sahaja bayi anda lahir, simptom-simptom ini biasanya akan hilang tanpa meninggalkan kesan buruk.

Bagaimana untuk menghindar  pedih ulu hati?

Ya, memang ada. Pencetus utama pedih ulu hati biasanya ialah makan, berbaring dan membongkok. Jika anda boleh mengenalpasti aktiviti apakah yang mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang membuatkannya lebih teruk, anda boleh cuba untuk mengelakkannya.

Walaupun anda mungkin tidak dapat mengelakkannya seratus peratus, sesetengah daripada perkara berikut mungkin dapat membantu anda melegakannya:

  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

Bagaimana untuk Merawat atau Mengatasi Pedih Ulu Hati Ketika Hamil




Kombinasi 4 herba tu berkesan untuk..

1. Pudina
  • Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang.
  • Membantu dalam penghadaman, mabuk laut / darat, mabuk hamil, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi
  • Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema
  • Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus

2. Halia
  • Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun.
  • Halia merangsang rembesan enzim saliva untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, seleps melahirkan anak (semasa pantang).
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut
  • Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan dalam perjalanan / pengembaraan.

3. Pokok Adas (fennal)

Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
Ia melegakan sakit perut, melegakan gejalan flur
Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus


4. Cekur Manis
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba.
  • Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba di musim panas dan lembap
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Mungkinkah pedih ulu hati ini petanda bagi sesuatu yang lain?

Mungkin, tetapi ini bergantung kepada di mana kesakitan itu berlaku dan samada anda mengalami simptom-simptom yang lain. Pedih ulu hati biasanya bergerak dari belakang tulang dada hingga ke tekak. Sebaliknya, jika anda merasa sakit pada bahagian atas abdomen, di bawah tulang rusuk, ini mungkin tanda praeklampsia. Jika anda tidak pasti, hubungilah doktor anda.
Jika kesakitan itu berlaku pada bahagian kanan atas abdomen dan anda rasa loya, ini mungkin menandakan masalah hati yang berkaitan dengan kehamilan anda.
Ada kemungkinan anda mengalami masalah pencernaan yang tidak berkaitan dengan kehamilan, seperti ulcer peptik.


Jika anda rasa sukar untuk makan, berat badan anda menurun atau anda bimbang mengenai simptom-simptom lain seperti yang dinyatakan di atas, jumpalah doktor anda.


Bagaimana untuk mendapatkan Pappermint Ginger atau sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

No comments:

Post a Comment