Sunday 5 October 2014

Apakah Vitamin Shaklee Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Ibu mengandung

Assalamualaikum & Salam sejahtera.. :)

Kali ni saya nak kongsikan dengan anda semua tentang Vitamin yang TIDAK BOLEH di ambil oleh ibu mengandung. Seperti mana yang kita tahu, Shaklee merupakan vitamin atau supplement kan, namun untuk memastikan anda dan kandungan anda sentiasa selamat dan sihat, maka anda hendaklah peka tentang beberapa vitamin yang tidak boleh di ambil semasa anda mengandung. Jika anda hendak ambil vitamin tersebut, anda kenalah bersabar sehingga anda selamat melahirkan bayi anda. Terdapat
beberapa produk Shaklee tidak boleh untuk di amalkan oleh ibu mengandung. Di sini, saya akan senaraikan dan terangkan serba sedikit sebab ibu mengandung tidak digalakkan pengambilan sesetengan vitamin-vitamin tersebut.




VITAMIN SHAKLEE YANG TIDAK BOLEH!

Antara vitamin-vitamin yang ibu mengandung perlu elakkan adalah:
  • Alfalfa complex
  • DTX complex
  • Collagen powder
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Lecithin
  • Caratomax
  • Nutriferon
  • Vitamin E complex
  • GLA complex
  • Vivix
  • Cinch

KENAPA VITAMIN DI ATAS TIDAK BOLEH DI AMALKAN?

  • Vitamin-vitamin di atas adalah bersifat antioksidan yang tinggi seperti Vitamin E, Caratomax, GLA dan Nutriferon. 
Okay sekarang kita tengok kenapa ibu hamil tak boleh ambil vitamin-vitamin yang saya dah senaraikan tadi.. Cinch tidak boleh di ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi.. Vit E, vivix, GLA dan Carotomax tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran kerana vitamin-vitamin ini merupakan vitamin yang mempunyai tahap antioksidan yang tinggi..

  • Ada juga yang bersifat panas seperti Garlic, Ginger, Alfalfa dan Vivix
Alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Memang tidak digalakkan untuk ibu-ibu mengandung bagi mengelakkan dari memberi kesan yang kurang baik pada bayi. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan untuk mengambil, anda perlulah merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Mereka lebih arif untuk menentukan setiap keperluan tubuh badan anda.


APA VITAMIN YANG SESUAI BAGI IBU HAMIL?

Ringkasnya:

  • ESP : Protein soya untuk mebekalkan tenaga dan baiki sel-sel rosak. Soya non-GMO ni sangant bagus dan rasanya juga sedap. Ramai customer yang 'declare' kulit baby jadi halus dan gebu bila ESP diamalkan ketika mengandung.
  • B Complex : Kandung asid folik penting untuk perkembangan saraf, sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang-tulang bayi. 
  • Vitamin C : penting untuk imunisasi dan penjagaan kulit. Perubahan hormon ketika mengandung mungkin ada ibu-ibu mengandung mengalami kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya. Walapun Vitamin juga bersifat antioksidan, tetapi kadar antioksidannya tidak lah setinggi Vitamin E dan A. Boleh diambil oleh ibu-ibu mengandung.
  • Vita-Lea with iron formula : mengandungi semua kandungan vitamin dalam jumlah yang kecil. Diformualsikan bersama iron untuk membantu pembentukan hemoglobin dalam darah. Bagi sesiapa yang mengalami masalah low Hb, sangatlah digalakkan pengambilan Vitalea ini.
  • OsteMatrix : Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung, kalsium diserap oleh baby. Kerana itulah badan sering saring, gigi rosak dan lain-lain lagi. Yang paling penting masa nak meneran baby keluar kerana memerlukan sepenuh tenaga dan kudrat sampai bagi effect pada tulang-tulang dan urat-urat ibu. Oleh itu, pastikan kalsium diambil untuk mengelakkan dari tulang cepat reput.
  • OmegaGuard : Ini biasa diambil pada trimester 2 dan 3 bagi perkembangan otak bayi.

Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

No comments:

Post a Comment