Wednesday 29 October 2014

Resepi Pertama Yang Saya Masak: Nasi Goreng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa resepi pertama yang korang masak? ingat lagi tak? apa rupa masakan itu? menjadi atau tak? terdetik di hati hari ini untuk kongsikan resepi pertama yang saya masak pada kali pertama iaitu nasi goreng. Bila ingat balik senyum sorang-sorang sebab boleh bayangkan lagi betapa kalutnya ketika itu. Sebelum itu, memang pernah masak telur goreng, masak nasi dan masak air sebab benda tu semua benda asas dan senang je. tapi bila kena masak nasi goreng yang perlu letak bahan-bahan yang banyak, memang haru la jadinya..hahaha..



Gambar Ehsan dari Google


Punca yang saya kena masak nasi goreng tu sebabnya arwah ayah yang suruh, kalau tak silap darjah 5. Dah la kena buat banyak sebab saya mempunyai 6 beradik ketika itu, termasuk arwah ayah dan umi, 8 orang la jadinya. Bayangkan darjah 5 masak nasi goreng, kalau sekarang, darjah 5 tak tahu pon masak nasi, hebat jugak la kiranya..hehehe..

Masa arwah ayah suruh masak tu untuk makan malam, nasi dah ada sebab umi dah masakkan, jadi saya tinggal gorengkan je, bayangkan masa tu saya sorang-sorang kat dapur, tak ada pon yang datang tolong sebab diaorang sibuk duk tengok tv. Berbekalkan ingatan yang kuat dan selalu tengok umi masak nasi goreng, saya pon meneruskan operasi. 1 kuali besar saya masak, macam dah nak meniaga dah time tu.

Bahan-bahan yang saya masukkan masa tu ialah:

  1. Bawang Merah
  2. Bawang Putih
  3. Cili Boh
  4. Kicap
  5. Sos Cili
  6. Garam
  7. Telur
  8. Ayam

Tak ada sayur, sebab saya memang tak makan sayur, makan pun kena paksa dan selalunya saya akan buang sayur tu sebelum makan..selalu kena marah dengan arwah ayah..huhuhu. Bawang tu saya tumbuk je, tak ingat berapa biji letak, main campak je , masa nie dah ready dengan air, takut bawang yang ditumis tu hangus, bahan-bahan lain tu, saya masukkan je tak kisah kuantitinya, sebab tak reti lagi nak agak.

Part yang paling mencabar ialah ketika nak kacau nasi atas dapur tu, saya dulu seorang budak yang pendek, walaupun dah darjah 5 tapi macam budak tadika, ikut baka umi pendek-pendek hehehehe. Masa nak kacau nie, saya guna 2 senduk, tapi kekuatan masa tu sangat minima. Nasi 1 periuk dikacau oleh tangan kecik, memang lenguh, tapi usaha juga takot nasi tu hangit nanti. dah puas hati dan gaul rata, saya angkat nasi tu. Tabiat saya dari dulu sampai sekarang, bila saya masak, saya tak rasa, tawakal je rasa apa.

For the first time buat nasi goreng, arwah ayah puji sedap, macam umi masak. Kembang hidung, tak makan pun tak apa lah, kenyang sebab dipuji, hehehee. Alhamdulillah mungkin sebab masak dengan kasih sayang untuk keluarga. Kenangan pada malam itu masih terbayang lagi, riuh rendah adik-beradik, arwah ayah dan umi ketika makan. Satu kepuasan bila tengok nasi goreng tu habis licin. Arwah ayah memang suka nasi goreng. Walaupun nasi goreng tu simple je, mesti licin dia makan.

Kenangan ini akan terpahat teguh dalam lipatan hidup saya, walaupun kami bukan orang senang tapi kebahagian dan kegembiraan ini lebih bernilai dari harta benda. Ikatan persaudaraan adik-beradik masih utuh walaupun ayah telah tiada. Semoga Allah lindungi kami semua..


Anda memerlukan Vitamin / Supplement Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

No comments:

Post a Comment