Thursday 9 October 2014

Tips Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Halus, Lembut Dan Gebu

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera..

Bila bercakap mengenai kecantikan, semua wanita inginkan kecantikan, tidak kita usia muda atau pun tua. Mendapatkan kulit yang halus, lembut dan gebu menjadi impian dan dambaan kita. Jika anda telah dianugerahkan rupa paras yang cantik, kulit pula halus , lembut dan gebu, mungkin tiada masalah untuk anda. Namun bagaimana pula yang tidak bertuah seperti anda? Kulit bermasalah jerawat, jeragat, kusam dan tona kulit tidak sekata, mesti merasa rendah diri kan? pembagai cara dan rawatan yang akan dicuba, perbelanjaan juga mungkin banyak. Hari ini, sayan akan kongsikan dengan anda semua, tip bagaimana untuk mendapatkan kulit halus, lembut dan gebu.





Tips untuk mendapatkan kulit halus, lembut dan gebu. 

Tips semulajadi - anda perlu minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan singkirkan toksik dalam badan kita. Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang cukup. Tidur seharusnya perlu sekurang-kurangya 8 jam sehari. Buat senaman ringan untuk mengelakkan stress dan melancarkan perjalanan darah. anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dalam seharian. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

Tips rawatan muka - amalkan membersih muka 2 kali sehari, iaitu ketika bangun tidur waktu pagi dan sebelum tidur malam. Gunakan toner yang sesuai sebab toner akan menyingkirkan lebihan minyak dan kekotoran di muka yang menutup pori2 kulit. Pelembap juga sangat perlu kerana pelembap boleh menjadikan kulit lebih glowing bagi jangka masa panjang.





Tips Pengambilan supplement - membantu merawat kulit dari dalam. Jika dalaman kita sihat, akan terpancar kesrian diwajah kita. Vitamin apa untuk dapatkan kulit lembut, halus dan gebu? saya mengamalkan Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex. Ini adalah antara vitamin yang paling mendapat tempat di hati wanita. Selain tu, vitamin itu, pengambilan ESP juga sangat penting kerana ESP adalah sumber protin, ESP sangat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jika sel kulit itu tidak diganti maka perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Lama kelamaan kulit akan menjadi bertompok-tompok dan tidak sekata.

Vitamin E adalah vitamin antioksidan. Penting untuk menjaga sel-sel agar tidak dirosakkan oleh radikal bebas. Kita memang tak nampak radikal bebas ni. Tapi kalau kita selalu terdedah kepada pencemaran, asap kenderaan, asap rokok maka faktor ini yang akan menyebabkan badan kita akan diserang radikal bebas. Sel-sel yang diserang radikal bebas ni akan menjadi tua dengan lebih cepat. Ia berkemungkinan anda akan nampak lagi tua dari usia anda.  

B- Complex juga harus diamalkan untuk dapatkan kulit halus, lembut dan gebu. kerana ia penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah yang tidak sekata. Jadi masalah warna tona kulit yang tidak sekata tidak akan timbul. Selain itu,  B-Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan dan dapat mengurangkan stress pada diri kita.

Untuk pengambilan supplement, anda harus mengambilnya dengan konsisten. Perlukan kesabaran yang tinggi kerana supplement bukan ubat, atau badan kimia yang apabila anda mengambilnya, ia terus berkesan dalam masa 3 hari. Supplement merupakan makanan tambahan yang membantu untuk menambah apa yang kurang dan diperlukan oleh badan kita. Insyaallah, jika anda sabar, konsisten dan mengambilnya dengan cara yang betul, anda akan mendapat kulit halus, lembut dan gebu seperti yang anda inginkan. Pilihlah SID yang berpengetahuan untuk consult anda tentang pengambilan supplement yang betul. 

Bagaimana untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda boleh hubungi saya di:

FB: Ai Mun Amanina Pengedar Shaklee KL dan Selangor
No Tel:-014-5340123
COD area: Pantai Dalam, University Malaya, Petaling Jaya Seksyen 14, Bangsar, Brickfield, Mid Valley, Abdullah Hukum

Untuk seluruh Malaysia, pengeposan akan dilakukan melalui Pos Laju. Consultation akan diberikan kepada semua pembeli.

No comments:

Post a Comment