Friday 10 October 2014

Cabaran 7 Hari Entri : Day 1 - 3 Fakta Menarik Tentang Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Entry kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua tentang diri saya. Susah juga nk describe diri sendiri. Kalau orang lain tu kita boleh nampak tapi diri sendiri nie lama jugak kena fikir. Ini semua kerana cabaran 7 hari entri dan tajuk pula 3 Faktar Menarik Tentang Diri Saya. Kalau tidak kerana cabaran ini, rasa nya tak kan buat tajuk ini sebab tak pernah terfikir pun..hehehehe. Jom tengok apa faktar yang menarik tentang diri saya nie.


1. Suka Simpan Benda Kecil
Mesti anda semua tertanya-tanya apa benda tu kan? Jawapannya apa-apa bende, contohnya lotion yang botol2 kecil, kotak kecil, pen kecil, plastik kecil (yang nie paling obses) pantang tengok plastik kecik, saya akan lipat dan simpan. Mungkin pelik bagi sesetangah orang,  tapi tidak bagi saya..hehehe nnti klau ade bende kecik2, boleh la jual pada saya.


Yang nie yang ada dalam handbag, yang lain tersimpan rapi kat umah. Disebabkan hari nie last day untuk entri tajuk ini, saya snap je yang ada depan mata.

2. Pemain Hoki
Kecik-kecik cili padi. Jangan pandang sebelah mata je taw. Walaupun Hockey Stick tu sama tinggi dengan saya tapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk bermain..hehehe. Dulu blh dikategori saya nie budak paling kecik dan pendek dalam kelas. Sebab tu orang tak percaya saya main hoki. Gambar masa main hoki xde, tak pernah amik. So, gambar yang nie je la yang ada. Dulu mana ade murid-murid bawak smartphone pg sekolah, Kalau ade pon phone biase, dan saya memang tak mampu lah nak memiliki phone masa tu.


Gambar nie masa darjah 3




Gambar dulu. Tak silap masa darjah 6.



Gambar sekarang. Masa Raya tahun ini.

Sekarang semua dah nampak sama saiz. Nie semua kawan-kawan since tadika. Kekal samapai sekarang. Alhamdulillah..

3. Saya Tak Suka Window Shopping dan  Ambik Masa 2, 3 Jam Memilih Untuk Membeli.

Kalau nak suruh teman saya shopping, ok je. Tapi kalau setakat nak tengok2 je, sila lah ajak orang lain. Satu lagi kalau memilih tu dah lebih setengah jam, sila lah sediakan saya tempat duduk. Paling tak suka duk tunggu orang memilih barang2 nie. Sebab jenis saya, kalau xde duit, atau tak cukup duitt, tak payah la nak keluar servey2 dulu. Kumpul duit, duit dah cukup, baru la keluar servey2 dan terus beli. Saya pun tak kan amik masa yang lama untuk memilih, sekali tengok yang berkenan, check condition barang tu ok, terus bayar.

Walaupun tak ada la menarik sangat tentang diri saya, but I'm pround with myself.  Ok, rasanya cukup la dulu entri cabaran pertama ini, kita jumpa pula pada entri seterusnya.


No comments:

Post a Comment